Friday, July 7, 2017

Cara Buat Sambal Jate (Sambal nasi Berlauk Kelantan)

Assalamualaikum...
Tajuk hari ni sambal hahaa...Pernah dengar nama Sambal Jate tak?Sambal paling sempoi.Sambal jate ni merupakan sambal basic sahaja menggunakan cili padi merah, limau kasturi, garam+gula dan cuka.Kalau letak belacan ada plak yg claim kata tak ori huhu.Pada saya nak letak belacan atau tidak, itu terpulang kepada selera kita la.Sambal jate ni sesuai dimakan dengan Bihun Goreng (Bihun Singapore),Nasi Berlauk, Nasi Ala Kak Wok, Nasi Kerabu atau Laksam.Pendek kata boleh ajer di'gu'kan dengan apa2 menu yang sesuai.Kalau di Kelantan Sambal Berlauk ni juga dipanggil 'Air Lada' old skool betul nama dia kan hahaa...Ekceli cara buat sambal dan sedikit tips ni saya belajar dari M.I.L ms raya aritu..sebelum saya pernah buat jugak Sambal Kelantan ni tapi saya durhaka letak belacan bg seimbangkan rasa..ngelat kikiiii.Pastu saya buat siket jer versi tumbuk.Kali ni buat banyak terus dan blend jer senang kije.Confident level tinggi sungguh la haih..Alhamdulillah lulus dengan cemerlang..husband kata sedap..memula tu rasa pelik siket..macam tak balance rasa dia..pastu ada sedikit pahit (sebab saya blend sekali dengan kulit limau-MIL ajar camtu..kita follow jer la)
Tapi lepas biar dalam 3jam..semua sudah sebati dan terjeruk..alhamdulillah sedappppppp pedas berdesing jugaklah.Bila makan keesokan harinya..kurang siket pedasnya..pendek kata makin lama makin sedap..Haaaa gitew.Kalau ada yang follow resepi sambal nasi berlauk klate versi LiNa Pg bolehlah follow resepi ni...Kang u olls adjust la serba sedikit naaa...Resepi anggaran untuk guide sahaja..tang garam dan gula tu pepandailah adjust ikut selera..sama gak dengan cuka makan tu..sebabnya tahap kepedasan setiap orang tak sama.
Cara Buat Sambal Kelantan yang sedap
 Dapat sebekas ni...bolehlah buat stok seminggu
Paling penting ialah seimbangkan rasa.Sambal Jate atau Sambal nasi Kerabu ni mesti ada rasa manissss, pedas sedikit masam.Jadi,masa tambah garam+gula dan perasa.Tambah jugak cuka (jika perlu) Pandai2lah adjust rasa tu ya.Resepi sebagai panduan jer

3 comments:

Phong Hong said... Balas

Lebih kurang macam sos cili ya, Lina. Mesti cuba ni. PH suka makan pedas2.

LiNa_Pg said... Balas

PH,
Sambal ni pedas berdesingggg tp manis hujung2 tu...tektur kasar siket dri sos cili..kalau dengan sambal siam tu ada sipi2 siket la...

Puan Hazel said... Balas

PH dah try...saya pun nk try jugaklah k.lina :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...