Thursday, August 16, 2018

Ikan Masak Pindang

Assalamualaikum...
Ikan Masak Pindang atau Singgang Serani.Apa nama pun boleh...singgang kuning2 siket.Kalau masakan macam ni saya panggil pindang sebab kena tumis terlebih dahulu.Kalau singgang tak tumis..main lebur terus ajer.Tak kisahlah apa namanya sekali pun, yang penting sedap hirup kuahnya tu.Kali ni saya guna ikan siakap rasanya macam Kengsom la pulak..cuma takde daunan jer hahaa.Memang sedap tau dan menu ni jugak sesuai untuk orang pantang..tak kiralah pantang bersalin atau anak2 yang pantang bersunat.Tapi kena guna ikan yang sesuai untuk pantanglah.Jangan guna ikan siakap pulak tau..Guna Ikan Bawal Putih, Tenggiri atau apa2 ikan yang tidak gatal dan sesuai dengan badan orang yang berpantang tu.Resepi Ikan Masak Pindang ni saya ada upload di youtube jugak beberapa hari lepas.Boleh refer kat sana.Kalau ada 'lari ' turutan masuk bahan tu tak mengapalah kadang2 masak main campak2 ni tak berapa nak ingat..bahan mana yang buat terjunan bebas ke dalam periuk terlebih dahulu hahaa...Okey jom kita semak resepi.
Ops sebelum ada yang tanya kat IG nanti, baik saya bagitau dulu...resepi menggunakan noodle maker nanti saya akan update kemudian..mengikut giliran.Masih banyak yang tertunggak..Kita selang seli dengan n3 masakan.Bukan apa sebab gambar masakan saya dah tunjuk kat IG ada yang tertunggu2 nak bereksperimen dengan Noodle Maker masing2.Yang dah beli tu boleh mulakan dengan mi basic dahulu, lepas tu laksa, maruku dan koay teow ok..Mi kuning/mi telur nanti akan menyusul kemudian.Boleh cuba yang mana saya dah update resepi..Ikut sukatan betul2 dan InsyaaAllah menjadi...
Panjang lak bercerita pasal noodle maker ni hihiiii...Okey jom kita semak resepi Ikan Masak Pindang ni
Simple jer tapi cukup menyelerakan
IKAN MASAK PINDANG
by Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com
Bahan-Bahan
2 ekor ikan siakap (saiz kecil - potong 3 bahagian)
1 labu bawang besar (hiris)
5 ulas bawang merah (kisar kasar)
3 ulas bawang putih (kisar kasar)
3 biji cili merah (kisar kasar)
3 hiris lengkuas (kisar kasar)
1 cm halia (kisar kasar)
1 cm belacan (kisar)
1 biji tomato (kisar)
2 batang serai (titik)
1 labu bawang besar (belah 4)
Cili merah dan cili hijau (patah2kan)
Cili padi (terpulang nak letak banyak mana)
Tomato
Kacang panjang
2 asam keping
Garam dan gula/perasa
Sedikit minyak

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan serai hingga wangi.Kemudian masukkan bahan kisar.Tumis sekejap hingga hilang pijar/bau bawang.Tak perlu garing.
  2. Tambah air secukupnya untuk kuah.Masukkan asam keping, garam dan gula/perasa.Biarkan kuah mendidih terlebih dahulu.
  3. Masukkan ikan.Kemudian tutup periuk sekejap (~5min)
  4. Masukkan bawang besar (yang dibelah 4),cili hijau dan cili merah, cili padi, buah tomato (LiNa Pg guna tomato ceri) dan masukkan kacang panjang yang dipotong anggaran 3in).
  5. Dah siap Ikan Masak Pindang.Lepas masuk sayuran biar sekejap jer sebab sayuran ni cepat masak.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...