Assalamualaikum....
Baru berkesempatan untuk tepek gambar ketupat...Ketupat ni buat untuk makan2 kat rumah ni masa raya haji mggu lepas.Tercipta sejarah 2018 ni kami buat pertama kalinya beraya di perantaun huhu..biasanya raya haji kami tetap balik kg jugak walaupun terpaksa bergegas pulang ke sarang petang raya.Tapi tahun ni memang tak dapat nak balik sebab abang long ada kelas..cutinya cuma sehari (pada hari raya sahaja)ditambah pula dengan si abah yang baru bekerja tu cutinya pun tak seberapa.So,kami berayalah di Penang ni.Alhamdulillah meriah jugaklah sebab hari raya tu ada 2 orang adik saya beraya di Penang jugak dan en.husband ada jemput kawan2 sekerjanya datang beraya.Meriah jugak dari pagi hingga 5.30pm...syukur ada yang sudi bertandang dan menjamah hidangan yang disajikan.Nanti saya kongsikan apa hidangan raya aritu.Hari tayang ketupat jer dulu.
Plan asal nak buat Ketupat Palas tapi sebab rasa terlalu lama untuk membalut (Sebab saya kurang mahir) tambahan nak buka daun (palas) pun satu hal berjam2..adoi surrender la...Nasib baik ada standby siket daun pisang...lebihan buat props noodle aritu.Terus tukar balut guna daun pisang...Tak cukup la pulak daun pisang tu...terus roger en.suami minta belikan lepas balik kije..Alhamdulillah cun2 maghrib baru siap balut...rebuslah ketupat sampai ke mid night...Ketupat yang direbus ni tahan lebih lama berbanding dengan yang dikukus tau.Alhamdulillah tetamu saya suka ketupat ni..ada satu keluarga Indonesia (kawan husband) anak2 dia sangat sukakan ketupat ni..Katanya tak ada di Jakarta..dia pestaim makan masa di Bintang (saya pun xtay daerah mana ni)Berbaloi buat penat2 sampai malam..bila makanan kita disukai oleh tetamu.
By : Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
BAHAN-BAHAN:
1 kg beras pulut.
700-750ml santan pekat
2 sb gula
secubit garam (lina pg letak 1sk)
Daun pisang / daun palas
tali rafia (untuk mengikat ketupat)
CARA-CARA:
- Beras pulut dicuci hingga betul2 bersih (cuci hingga air cucian menjadi jernih).Rendam semalaman.Toskan hinggan kering.Kemudian kukus selama 20-25min(Pastikan air kukusan mendidih terlebih dahulu)
- Sementara itu satukan santan pekat, garam dan gula (Garam dan gula ikut selera ya).Kacau hingga garam dan gula hancur.Rasa dulu masin dan manisnya. Panaskan santan atas api hingga naik wap sahaja.Jangan biarkan santan mendidih takut pecah minyak dan cantik.Sentiasa kacau ya.Tutup.Ketepikan sebentar.
- Setelah pulut naik wap, Angkat pulut dan tuang ke dalam bekas yang besar.Pulut diarun dengan santan.Tuangkan santan pekat sedikit demi sedikit dan gaul rata.Memadai setakat lembabkan pulut.Kalau dah ok, tak perlu habeskan semua santan.
- Biarkan sebentar supaya pulut mesra dengan santan (anggaran 10minit) Sejukkan sebentar
- Sementara itu, layurkan daun pisang atas api dapur supaya tidak mudah terkoyak semasa proses membalut ketupat.Daun pisang dilap bersih dan siat lebar sedikit dari tapak tangan.Macam buat lepat tuh.
- Letakkan pulut lebih 2 sudu besar dan dibentuk seperti gambar kat atas tuh.
- Selesai membalut, masukkan ketupat ke dalam periuk yang agak besar, masukkan air sama paras dengan ketupat dan rebus hingga air kering.
- Proses ini memakan masa yang agak lama jugak (LiNa Pg rebus ~3jam) note: LiNa Pg alas dasar periuk dgn lebihan daun pisang/daun palas supaya ketupat tidak hangus di bahagian bawah
0 comments