Mee

Laksa Beras Homemade Dan Resepi Kuah Laksa

By LiNa_Pg - Friday, August 10, 2018

Assalamualaikum....
Sakan la haih sejak ada Pensonic Noodle Maker ni kan...sat mi, sat muruku..ni laksa pulak.Bagi penggemar Laksa korang wajib beli noodle maker ni sebab senang sangat nak guna.Secara jujurnya saya bukan peminat tegar atau hantu laksa...Saya makan sekadar makan jer.Kira makan tahap  beli bungkus jer la.Tapi gigih jugak buat laksa beras ni untuk testing capability of Pensonic Noodle House ni.Alhamdulillah keupayaannya terbukti.Laksa dihasilkan dalam masa 3-4minit sahaja DAN ianya sangat cantik..panjang2 dan sedikit kenyal...terasa seperti yang dibeli.In fact lebih sedap...Trust me.Rasa macam tak percaya jer boleh buat laksa sendiri.Lepas masuk bahan tu tercongok dan terintai2 menantikan 'kemunculan'laksa dari corong/nozle tu hahaaa....Bila dah nampak keluar...yippi maka bersorak giranglah si mama dan anak2 hahaaa..kelakar pulak rasanya.
Okey jom saya kongsikan resepi Laksa Beras Homemade by LiNa Pg.Peringatan mesra..Sukatan cawan untuk laksa ini ialah CAWAN METRIK (bukan cup/cawan yang disediakan oleh PNM-01)

 Cantik kan laksa Noodle maker ni..panjang dan warnanya putih.Sedikit tips..lepas laksa keluar dari nozzle tu terus rebus dalam air panas yang mendidih.Kalau biar lama pada suhu bilik, laksa cepat kering dan patah.Kalau terlambat sedikit untuk merebus, tutup laksa yang belum rebus dengan kain tuala lembab (bersih) supaya laksa tidak kering.

Inilah laksa yang ready to eat..sebenarnya plan asal nak buat Laksa Kuah Lemak..ulaman beli untuk laksa kelantan..Tapi bahan laksa utara pulak..Hasilnya laksa rojak..Kuah Laksa Utara..Ulaman laksa lemak..tu daun colgate tak ada..bawang pun lupa nak boh..kalu nak makan punya pasal.Salad pun tak ada terpaksalah si kobis hijau menyamar jadi salad hahaa...Apapun memang terbaik.
Ni jer step mudah untuk buat laksa.Sam seperti mi jugak..cuma beza tepung jer.

Jika Berminat untuk membeli Noodle Maker ni, sila layari

Jangan Lupa Masukkan Kod
Lina5PNM
untuk redeem freegift exclusive dari Pensonic

LAKSA BERAS HOMEMADE DAN KUAH LAKSA
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan (Sukatan Cawan Dan Sudu Metrik)
2 cawan tepung beras (LiNa Pg guna cap teratai)
2 sudu rata tepung gandum
2 sudu rata tepung ubi
120ml air panas + sedikit minyak

Cara-Cara
  1. Masukkan tepung ke dalam pengadun.Tutup cover
  2. ON Pensonic Noodle House (Quick Noodle+Confirm)
  3. Masukkan air panas dari tepi (refer gambar no.2)
  4. Tunggu hingga laksa keluar.
  5. Sementara itu didihkan air, rebus laksa hingga masak.
  6. Angkat dan masukkan ke dalam air sejuk.Toskan laksa
KUAH LAKSA
Bahan-Bahan
5 ekor ikan kembung
1 labu bawang besar
10-15 biji cili kering (yang direbus)
seikat daun kesum
2 bunga kantan
4 asam keping
Garam dan perasa

Cara-Cara
  1. Ikan dibersihkan, rebus hingga masak bersama asam keping dan garam.Kemudian asingkan isi dan tulang.Air rebusan jangan dibuang
  2. Kisar isi ikan bersama sedikit air.Masukkan ke dalam periuk.
  3. Kisar pula bawang besar dan cili kering bersama sedikit air.Masukkan ke dalam [eriuk berisi isi ikan tadi
  4. Kemudian kisar tulang ikan bersama air rebusan ikan tadi.Tapiskan ke dalam periuk.
  5. Masukkan asam keping (LiNa Pg guna pakai asam keping yang digunakan utk merebus ikan)
  6. Masukkan daun kesum dan bunga kantan.
  7. Masukkan garam dan perasa.Biarkan kuah menggelegak dan kacau sekali sekali.Reneh hingga pekat.
Note 
Kuah Laksa lebih sedap jika dibuat sebelah malam dan diperangat keesokan harinya.
Boleh tengok cara2 di youtube jugak ok

  • Share:

You Might Also Like

5 comments

  1. Lagi elok buat lakas beras sendiri, kan Lina. Susah nak dapat yang fresh. Yang kering punya tu PH tak suka sebab macam ada bau.

    ReplyDelete
  2. @Phong Hong
    Alang-alang dah ada mesin ni buat sendiri la lagi bagus kan OH..Kalau yang beli tu kadang2 dah celur sekejap dah lembek/benyai lak...hilang selera.Kalau betul2 nasib baik dapatlah yang elok

    ReplyDelete
  3. Cik Lina, betapa panas air untuk membuat mee beras? Air mesti didih (100 C) atau suam sahaja? Saya bimbang air itu akan merosakkan mesin kalau terlalu panas. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya guna air panas dari thermo pot. panas jugak lah...ramai dah yang buat laksa ni kt IG dan tunjuk hasil kat saya. . semuanya sukses. Alhamdulillah

      Delete
  4. Salam cawan metrik tu sy lihat ada yg 250ml 1cwn, ada yg 100ml 1cwn yg mana satu yer terima kasih ��

    ReplyDelete