Sup Ayam Hatyai (Masakan Patani)

By LiNa_Pg - Friday, August 03, 2018

Assalamualaikum...
Kebelakangan ni cuaca redup dan agak sejuk sepanjang hari.Bila dapat menikmati hidangan yang dapat memanaskan badan memang terasa segar bukan?Agak lama saya tidak memasak Sup Hadyai ni tak tahulah mana yang betul ejaannya Sup Hatnya ke Hatnyai...Tak apalah janji supnya sedap.Dah banyak jugak saya membuatnya.Cuma kali ini saya buat video sekali dan telah pun dii'upload' ke youtube.Kenapalah harini skema benar tulisan ni...Mungkin ada  sinar keinsafan mencintai Bahasa Melayu hahaaa.Sup Thai ni saya ambil dari myR (Terima Kasih Pyhonda)Walaupun banyak kali ulang siar tetap mahu petik nama tuan tanah.Mana boleh mengaku resepi sendiri kan.Walaupun dah olah serba siket.Sup Ayam Hatyai ni rasanya agak berempah, pekat sedikit, beraomatik dan sedapppp bila hirup.Rasa best dapat panaskan badan.Sup ni tak guna sup bunjut tau..Hanya guna rempah from the scratch..biji ketumbar, jintan manis dan jintan putih.Kalau nak rasa kelainan..bolehlah mencuba untuk variasikan masakan keluarga.Okey jom kita semak resepi


SUP AYAM HATYAI
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Youtube version https://www.youtube.com/watch?v=U8pff9wniVw
Bahan-bahan ( 3 orang makan ) 
Resepi di bawah berbeza sedikit dari video sebab dah terbiasa buat main agak3 ajer.Dan guna stok bahan yang ada kat rumah jer
Sebelah ayam dipotong-potong 
3 ulas Bawang putih (kisar)
5 ulas bawang merah (Kisar
5 biji cili padi 
4 cm halia ditumbuk lumat (kisar)
7 cm lengkuas ketuk utk pecahkannya 
5 batang serai ditumbuk untuk pecahkan 
2 sudu besar Ketumbar (kisar)
1 sudu kecil jintan manis (kisar)
1 sudu kecil jintan putih (kisar)
2 biji bunga lawang 
5 biji buah pelaga (skip)
3 ketul kayu manis 
3 kuntum bunga cengkih(linapg xboh) 
daun sup, daun bawang, daun sadri dan batang sadri  
Karot dan kentang (linapg tambah) 
Tomato belah 4
1 biji jus limau kasturi
1 akar ketumbar

Cara-cara 
Tumiskan bawang putih, merah, halia, ketumbar, jintan manis dan putih, bunga lawang buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, lengkuas dan serai sehingga menaikkan bau yang semerbak harum dan mewangi 
Masukkan ayam yang sudah dipotong-potong mengikut citarasa kedalam tumisan tadi dan gaulkan sehingga rata tutup dan biarkan 5 minit.
Masukkan 5 cawan air dan akar ketumbar(masukkan kentang dan karot) dan biarkan sehingga menggelegak. Tambahkan garam secukup rasa n sedikit saja gula untuk menyedapkan rasa kuahnya. 
Hiriskan daun bawang, sup dan sadri taburkan pada hidangan. Masukkan buah tomato.Perahkan sedikit limau nipis. 
Sedia untuk dimakan dan dihirup.....aahh..sodapnya

  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. mesti sedap ni. nak try lah hujung minggu nanti. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe. saya followers ke 1446

    ReplyDelete