Tuesday, April 23, 2019

Cara Buat Sira Pisang Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum....
Apa khabar semua?Kebizian siket tak sempat nak update blog.Hari ni pepagi hari lagi kita dok depan lappy menaip n3 serba ringkas.
Puasa dah tak lama lagi kan?So, saya share beberapa resepi untuk juadah berbuka iaitu Kuih Muih atau Pemanis Mulut.Banyak video manissss kat utube sana...tengah tunggu Q untuk update kat sini.Kalau nak resepi yang fresh tengok kat utube ok.Biasanya kalau blog lambat siket sebab kadang2 saya tak ada idea ak mengarang.Youtube takpa letak video dan resepi that is...setel hahaa.
Hari ini saya nak kongsikan Resepi Sira Pisang atau Pisang Sira yang mudah dan sedap.Ekceli dah banyak kali jugak ulang siar dalam blog ni.Ada yang saya gunakan laici dan ada juga yang guna gula dan air macam biasa jer.Untuk membuat Sira Pisang seeloknya guna pisang masak yang masih pejal.Kalau yang dah ranum tu nanti isinya lembek/lunyai selepas siap disira.
Sedapnya lahai kalau buat minum petang atau berbuka puasa.Kalau simpan dalam peti ais dan makan yang sejuk2 bertambah2 sedap.
RESEPI SIRA PISANG
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
1 sikat pisang awak (apa2 pisang yang sesuai)
1/2 cawan gula
1 cawan air
2 helai daun pandan
5-6 biji bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning

Cara-Cara
  1. Masukkan air, gula, daun pandan, bunga cengkih da pewarna kuning ke dalam periuk dan masak hingga mendidih dan gula larut.
  2. Masukkan pisang dan goyang/lenggangkan periuk supaya kuah besalut rata dengan pisang.Boleh jugak dikacau dengan sudu/senduk (tapi nanti pisang akan 'cedera' dan tak cantik hasilnya nanti.
  3. Tutup periuk dan biarkan mereneh hingga kuah likat.Kacau/goyangan periuk sekali sekala.
  4. Apabila kuah pekat/tinggal separuh dari asal.Tutup api dan Sira Pisang sedia dihidang.
  5. Untuk video tutorial.Sila klik link di bawah


Friday, April 19, 2019

Cara Masak Sotong Goreng Kunyit Yang Sedap Petua Supaya Sotong Lembut Dan Tidak Liat

Assalamualaikum...
Suka makan Sotong Goreng Kunyit tak?Kadang2 sotong yang digoreng terasa keras dan agak liat kan?Sebenarnya Sotong tersebut dan terlebih masak (overcook) sotong pun dah kelihatan kecut atau mengecil dari saiz sebelum goreng.
Sebenarnya mudah sahaja untuk masak sotong ni supaya lembut jer.Kalau untuk resepi masak sambal atau kuah kicap, saya sangai/goreng tanpa minyak sekejap anggaran 1min api besar.Tapi untuk Resepi Sotong Goreng Kunyit ni saya goreng menggunakan minyak selama 10-15 saat sahaja API BESAR.InsyaaAllah lembut jer sotong tu nanti.
Untuk Resepi Sotong Goreng Kunyit ni saya sediakan video tutorial di youtube channel sana.Boleh tengok cara masak.Bahan2 tu boleh masuk apa sahaja sayuran kegemaran masing2.Masa saya masak ni (dah lama hahaa) bahan dalam peti sangat limited.So, guna jer la apa yang ada.
Okey jom kita semak resepi sotong kunyit yang simple dan sedap.Sesuai jugak la kalau nak buat juadah berbuka atau bersahur semasa bulan Ramadan nanti.
 Simple saja.Lauk macam ni kalau ada telur mata dan direnjis-renjis dipilis dengan kicap siket pun dah cukup nikmat kan?
LiNa Pg menggunakan Serbuk Kunyit Mak Siti untuk buat Sotong Goreng Kunyit.Terima Kasih Mak Siti.Adeh macam tak luak jer lagi hamper produk Mak Siti.Kena rajin2 masak lagi ni nampak gayanya hahaa
SOTONG GORENG KUNYIT
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
7 ekor sotong
2 ulas bawang putih (cincang)
1 labu bawang besar hiris
Garam dan serbuk kunyit
Minyak
Sedikit kacang buncis
sedikit kiub ikan bilis
Karot/apa2 sayuran kegemaran
Cili merah/cili hijau
Sedikit lada sulah

Cara-Cara
  1. Perasakan sotong dengan sedikit garam dan serbuk kunyit
  2. Panaskan minyak, goreng sotong sekejap selama anggarn 15saat API BESAR.Angkat dan ketepikan.Keluarkan lebihan minyak.Tinggal sedikit untuk menumis.Kalau suka minyak untuk gaul dengan nasi, Tak perlu keluarkan minyak.
  3. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga terbit bau dan bawang besar sedikit layu.
  4. Masukkan karot, kacang buncis kacau sekejap.Kalau nampak kurang kunyit.Tambah sedikit serbuk kunyit dan taburkan sedikit kiub ikan bilis.
  5. Masukkan sotong, cili merah cili hijau dan serbuk lada sulah.Kacau selama anggaran 1 min.Tutup api.
  6. Sendeng/sengetkan kuali supaya lebihan minyak akan terasing dari sotong.
  7. Selamat Mencuba.Untuk video tutorial klik utube di bawah

Tuesday, April 16, 2019

Ikan Goreng Berlado Mudah dan Sedap

Assalamualaikum...
Masih lagi dengan resepi yang serba ringkas sahaja.Macam tema Mudah Ringkas Sedap ajer minggu ni kan?Ekceli resepi Ikan Balado ni saya masak selepas cuti sekolah hari tu.Masa cuti tu kan rama yang kawen.Kira tema sesuai lah untuk adik adik yang baru bergelar isteri.Resepi yang mudah2 sahaja dan yang pasti sangat menyelerakan.
Untuk Resepi Ikan Goreng Berlada ni saya sediakan youtube.Nanti saya sertakan link untuk menonoton video itu nanti.
Okey kita terus sahaja dengan resepi ikan balado ni.
Suka jugak lauk kering2 macam ni.Anak saya suka gaul2 sambal tu dengan nasi hahaa..
RESEPI IKAN GORENG BERLADO|IKAN BALADO
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 4 keping ikan (LiNa Pg guna ikan bawal emas+ikan nyok2)
  • 1 labu bawang besar (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 3 ulas bawang merah (kisar)
  • 5 biji cili merah (kisar)
  • 1 batang serai (titik)
  • 1 sudu besar cili giling (jika suka pedas)
  • 1 asam keping
  • Garam, gula dan serbuk kunyit
  • Sedikit kiub ikan bilis
  • Minyak
Cara-Cara
  1. Perasakan ikan dengan sedikit garam dan kunyit.Goreng hingga masak.Jangan terlalu garing.Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak gorengan dan tinggal sekadar untuk menumis.
  3. Tumis serai dan bahan kisar hingga agak garing.Masukkan cili giling dan tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan asam keping, sedikit garam dan gula.Masukkan ikan (yang telah digoreng tadi) Gaul rata dan sesuaikan rasa.Tambah sedikit kiub ikan bilis jika perlu.
  5. Tutup api.Ikan Goreng Berlado sedia dihidang.Selamat Mencuba.
  6. Untuk video tutorial.Sila lihat paparan video Youtube LiNa Pg
Jika paparan.Tengok lebih jelas di sini

Monday, April 15, 2019

Sup Telur Bersama Kentang Resepi Ringkas Dan Sedap

Assalamualaikum...
Kadang-kadang buntu jugak tak tahu nak masak apa kan?Lauk sup macam ni sangat sesuai apa jua cuaca.Kalau hujan pun sedap hirup sup ringkas macam ni.Kalau cuaca panas pun bagus jugak.Boleh tambah air dalam badan dengan menghirip kuah.Resepi pun senang, sedap pun sedap..Apa lagi On teruslah kan.
Tetiba tak ada idea pulak nak mengarang ni.Okeylah kita terus tepek resepi.Untuk Resepi Sup Telur ni saya sediakan video tutorial jugak.Boleh tengok di youtube LiNa Pg.Ekceli dah lama upload ke sana.Cuma ikut Q jer buat n3 ke blog.Kalau u olls nak latest resepi subscribe Youtube Channel LiNa Pg okey
Tekan butang SUBSCRIBE untuk melanggan..Free jer.Jangan risau


Walaupun simple jer tapi cukup menyelerakan.

SUP TELUR BERSAMA KENTANG
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
4-5 biji telur
3 ulas bawang merah (tumbuk)
1 ulas bawang putih (tumbuk)
2 biji kentang (potong dadu)
1/2 batang karot
1 sup bunjut
Kiub ayam
Fucuk 
Garam dan gula/perasa
Air secukupnya
Sedikit minyak
Daun sup/daun bawang

Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk hingga sedikit garing.
  2. Masukkan air secukupnya untk kuah.Masukkan kentang, sup bunjut, garam dan perasa.Biarkan air mendidih dan kentang empuk.
  3. Masukkan fucuk dan karot (LiNa Pg potong nipis macam dalam video)Kalau potong baji masuk awal siket bersama kentang.Masuk kiub ayam (jika perlu)
  4. Apabila kuah mendidih,masukkan telur satu persatu.Tutup periuk anggaran 1-2 minit supaya telur 'set'
  5. Apabila telur masak/set boleh tutup api.Taburkan hirisan daun bawang semasa menghidang.
  6. Selamat Mencuba.Untuk video tutorial sila klik link ke Youtube LiNa Pg 


Wednesday, April 10, 2019

Resepi Gulai Udang Daun Kesum Yang Sangat Mabeles

Assalamualaikum...
Dah lama betul tak buat Gulai Udang Daun Kesum.Sejak kebelakangan ni en.suami rajin pulak beli seafood untuk anak2.Memang agak lama (makan tahun jugak)tak ada seafood ni sejak en.suami kena gout.Tapi kebelakangan beliau beli jugak untuk anak2.So, bila dah selalu ada udang kena reka dan tukar2 resepi jugak lah.Kalau biasanya buat sambal tumis, kali ini buat Gulai Udang guna pulak Rempah Ratus Maksiti memang sedap.Kaler pun menarik.Terima kasih Mak Siti sebab sponsored rempah.Nanti hantar lagi ek...
Okey untuk resepi Gulai Udang ni saya tak sempat nak sediakan video tutorial.Biasalah kalau hari persekolahan memang agak kelam kabut.Masak mesti kena siap dalam pukul 11am.Nak masak memang cepat, kalau nak rekod memang akan mengambil masa yang agak lama.Nak rekod-stop/pause-resume back.Kalau kelam kabut kadang TERRRpause tak rekod...Hancuss video.Penat jer kan.
Okey tanpa buang masa, jom kita semak resepi
Sedap kuah pekat macam ni, kaler pun menarik.
GULAI UDANG DAUN KESUM
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Inspired By Alla Daud (Blog dah jadi hutan belantara neh)Harap tuan dia baca hahahaa
Bahan-Bahan: 
5 ulas bawang merah (tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
1 paket Rempah Ratus Mak siti 
1 cawan santan segar
2 sudu besar cili giling 
1/2kg saiz sederhana
Sedikit Daun kesum 
1 asam keping
Air secukupnya
Garam dan perasa/gula
Minyak 

Cara-Cara

  1. Panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbuk hingga garing.
  2. Masukkan cili giling dan rempah makanan laut/rempah ikan dan masukkan air (supaya rempah tak hangus)
  3. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan santan, air, asam keping,garam dan perasa.Seimbangkan rasa terlebih dahulu.
  5. Masukkan udang dan daun kesum.Masak sekejap sahaja sebab kita tak mahu udang over cook.Dah siap tutup api.
  6. Gulai Udang Daun Kesum sedia untuk dihidang.Selamat Mencuba.

Tuesday, April 9, 2019

Cara Buat Kek Batik Mudah Sedap Tak Guna Telur

Assalamualaikum...
Lama betul tak buat kek lejen ni.Biasa kek ni anak2 remaja suka buat sebab tak perlu bakar.Kacau2 atas dapur, masuk biskut dan sejukkan.Mudah sangat..sedap pun sedap.Rasanya kali terakhir saya buat Kek Batik ni mula2 baru berjinak dengan dunia blogging.Lama tu sekitar 2009-2010 lagi tu.Tetiba terajin pulak sebab nampak Kek Batik Viral sekarang ni.So buat ajerlah kan lagipun senang jer.Anak2 pun suka makan.
Kali ni saya sediakan video tutorial.Nanti saya sertakan link di bawah.
 Gambar ntah pape jer..sebab masa ni cuaca mendung.Saya ni dah la snap gambo takde flash atau lighting bagai...Harap lampu dapur jer.Sabor jer la kan..Asal nampak bongkah2 macam menara tu kira jadilah kek batik

Untuk Resepi Kek Batik kali ni saya nak kongsikan sedikit tips.
  1. Saya guna MAJERIN sahaja untuk buat Kek Batik ni.Kenapa majerin, butter kan lebih sedap.Ye betul butter lagi sedap, kalau guna pure butter lagi sedap.Memang itulah selalunya tanggapan kita, taksub sangat butter/pure butter.Sebagai penjual kek (yang dah pencen) saya tau tentang hal itu.Saya guna majerin bukan kedekut butter ada jer butter dalam peti ais.Kek Batik merupakan kek old skool, dulu2 tak ada pun pure butter dan kek elok jer berada di suhu bilik, kenapa sebab zaman dulu hanya guna majerin.Majerin tekturnya lebih firm walaupun berada pada suhu bilik.Korang boleh buat 2 versi kek batik, satu guna butter dan satu guna majerin.Masa simpan dalam peti ais kedua-duanya nampak elok.Bila berada pada suhu bilik (luar peti ais) akan nampak perbezaan.Yang guna majerin masih steady jer..tapi yang guna butter akan mencair dan tak cantik.
  2. Saya menggunakan sedikit tepung kentang dalam adunan Kek Batik, supaya adunan coklat/milo lebih kental dan senang bersalut dengan coklat.Lagi satu bila makan kek batik tangan tak comot.Kalau tak ada tepung kentang boleh ganti dengan tepung jagung.
  3. Selain milo, penambahan serbuk koko gelap (dark cocoa powder) akan memberikan impact sedikit pahit pada rasa kek.So akan mengimbangi rasa manisssss kek Batik.
  4. Okey itu sahaja sedikit sebanyak tips yang saya kongsikan.Jom kita semak resepi


RESEPI KEK BATIK MUDAH DAN SEDAP
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 200g majerin/butter (LiNa Pg guna majerin)
  • 200g susu pekat manis
  • 200g milo
  • 30g serbuk koko
  • 200g biskut marie
  • 1 sk tepung kentang
Cara-Cara
  1. Cairakn majerin/butter guna api kecil sahaja.Masukkan susu, milo dan serbuk koko.
  2. Gaul rata hingga sebati kemudian masukkan tepung kentang.
  3. Tutup api.Terus masukkan biskut marie yang dipatah-patahkan.Gaul rata.
  4. Kemudian masukkan ke dalam bekas.Alas bekas dengan alumium foil atau baking paper/plastik supaya kek senang dikeluarkan.Tekan2 sedikit supaya kek mampat/padat
  5. Simpan dalam peti ais selama 4-5jam/semalaman.
  6. Potong kek batik sebaik sahaja dikeluarkan dari peti.Hidangkan bersama Kopi O kosong.
  7. Selamat Mencuba

Kalau paparan kecil/kurang jelas.Sia klik


Monday, April 8, 2019

Ikan Masak Cuka Mudah Sedap Dan Menyelerakan

Assalamualaikum...
Berpagian buat n3 hari ni.Biasalah Isnin bz siket sebab Maisarah masuk sekolah awal.So,mama kena laju2 taip lepas ni nak masak pulak.So hari ni saya nak kongsikan idea lauk lunch utk kawan2 di luar sana.Pernah buat tak Ikan Cuka ni?Kalau tak pernah kenalah try sekali.Saya masa pestaim masak, dok ingat anak tak makanlah tapi saya dan suami kompom lalu makan.Tapi tak sangka lak anak2 suka Ikan Masak Cuka ni.Anak2 tu 2 jer..bukan anak3 ya hahaa...sebab budak sarah xde maknanya dia nak makan lauk macam ni.Sekarang ni kalau ada isi ikan saya akan masak lauk macam ni la..tapi bukan sekerap setiap mggu tapi 2bulan sekali ada mesti repeat Ikan Masak Cuka ni.
Kalau nak tengok versi youtube boleh tgk video terdahulu.Kali ni takdelah saya rajin nak buat video lagi kan...Sama jer la yang dulu pun.Cuma terkadang ada la bahan yang tercampak awal hahaa...Biasalah dah selalu masak xde lah nak ikut tertib sangat.Asal hasilnya sama tu dan menten sedap kira Ons la.
Okey jom kita tengok resepi Ikan Masak Cuka.
Oh ya..sebelum tu nak bagitau hari ni ada video terbaru di youtube LiNa Pg.Pukul 10am.Jangan lupa tonton okey
Timun tu jangan dok buat rajin na kupas kulit.Kena ikut macam ni ja..barulah timun menten crunchy.Kalau dah kupas kulit...tektur jadi lembek dan tak krup krak.
IKAN MASAK CUKA
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan 
3-5 ketul isi ikan (apa2 ikan LiNa Pg guna Ikan Bawal Emas+Ikan Nyok2) 
3 ulas bawang merah (hiris) 
2 ulas bawang putih (hiris) 
1 cm halia (mayang halus 3-5 ulas bawang merah  
2 ulas bawang putih sedikit biji sawi (LiNa Pg letak hujung sudu jer) 
1/4 cawan cuka (atau secukup masam) 
1 cawan air 
1/2 batang karot (potong bentuk batang mancis) 
Timun  
Garam dan gula/perasa 
Kunyit 


  1. Cara-Cara Ikan diperasakan dengan garam dan kunyit.Kemudian goreng hingga masak.Jangan terlalu garing.Angkat dan ketepikan Keluarkan minyak gorengan, tinggal sedikit untuk menumis.
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris hingga naik bau.Kemudian tumis pula halia yang dimayang. 
  3. Masukkan bawang merah dan bawang putih (yang sebiji-sebiji), masukkan biji sawi, tumis hingga garing. 
  4. Masukkan cuka dan tambah air (untuk kuahnya) Masukkan gula dan garam dan sedikit kunyit (jika suka) 
  5. Masukkan karot dan timun.Kemudian masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Sesuaikan rasa.Ikan Masak Cuka kena ada rasa masam2 dan sedikit manis (rasa macam acar).
  6. Tutup api..sedia dihidang.
  7. Untuk video tutorial, boleh refer video youtube LiNa Pg yang terdahulu


Friday, April 5, 2019

Cara Buat Nasi Ayam Paling Mudah, Ringkas Dan Sedap (Resepi Lengkap Nasi Ayam)

Assalamualaikum...
Bersiaran di hari Jumaat.Nampak mendung jer pagi.Sekarang ni cuaca tak menentu.Pagi macam cerah jer..Kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan ribut petir di tengahari.Beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan fenomena Belalai Air di Pulau Pinang.Saya pernah menyaksikan sendiri fenomena Belalai Air ni tapi bukan di Penang, kejadian depan di mata di negeri Sabah (dua tahun lepas)masa tu tengahari dalam pukul 1pm macam tu.Pusing2 sekitar bandar KK sementara nak check in ke epot.
Okey kita tinggalkan cerita Belalai Air, semoga kita semua dijauhkan dari segala musibah.Setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya.
Berbalik kepada n3 hari ini, saya nak kongsikan Resepi Lengkap Cara Buat Nasi Ayam.Kira pakej lah Nasi Ayam, Sup, Kicap dan Sambal.Sebenarnya dah banyak kali buat Nasi Ayam ni saya ulang siar jer.Memang suka guna resepi ni sebab senang dan memenuhi citarasa kami sekeluarga.Kali ni terajin siket buat video tutorial.Kalau masak biasa jer dalam masa 1jam++ dah siap dah Nasi Ayam ni, tapi bila record buat video memang jadi lambat la.Almaklumlah semuanya saya buat sendiri.
Untuk Nasi Ayam ni 'keyword' dia ialah SUP.Saya suka masak Sup versi SUP AYAM yang makan dengan nasi putih tu.Cuma kalau korang nak buat lauk SUP AYAM tambah jer kentang, karot atau celery.Kalau Sup dah sedap senang jer yang lain ta perlu adjust apa-apa dah.Kita guna sup ini untuk semua resepi ayam, kicap dan sambal/sos.Mudahkan?
Gambar tak berapa cun, sebab anak2 dah kelaparan.Snap lebih kurang.

RESEPI NASI AYAM MUDAH DAN SEDAP
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/ 
https://www.youtube.com/watch?v=ii2xYdtxYuA&t=13s
BAHAN A (Sup)  

  • 1 ekor ayam potong 12 (cuci bersih)  
  • 3 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk) 
  • 1 inci halia (ketuk)   
  • 1 batang kulit kayu manis  
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga  
  • 1 kiub ayam maggie 
  • 1 sup bunjut
  • Sedikit daun bawang (ambil bahagian batang)
  • Garam dan perasa (jika perlu)  
  • Air secukupnya 
  • Sedikit minyak

Cara-Cara:  

  1. Panaskan minyak, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga,halia, daun bawang dan bahan tumbuk hingga wangi dan garing.  
  2. Masukkan ayam (kalau ada bahagian tulang/kaki/leher) masukkan sekali.Kacau sebentar.Tutup peiuk anggaran 2-3min.Untuk kecutkan ayam (ayam berubah menjadi pucat sedikit)
  3. Tambah air hingga paras yg diinginkan(kena lebih dari sup biasa sebab nak guna untuk nasi) 
  4. Masukkan sup bunjut,garam dan perasa.Biarkan ayam hingga hampir empuk.
  5. Keluarkan ayam (untuk nasi ayam)tinggalkan bahagian tulang/kaki/leher (jika ada)
  6. Tambah kiub ayam dan sesuaikan rasa Sup sesedap rasa.Tambah air jika kuah nampak berkurangan.Masak hingga ayam (bahagian tulang2) betul2 empuk.
  7. Sup Ayam Dah Siap.Ketepikan sebentar.
BAHAN B (AYAM)

  • 12 ketul ayam (dari Sup)
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram (atau secukupnya)
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu besar kicap pekat (option:kalau nak warna lebih gelap)


Cara-Cara

  1. Gaul rata semua bahan di atas.Perap selama 1/2 jam (dalam peti ais)
  2. Kemudian goreng secara deep fry.Balik-balikkan ayam semasa proses menggoreng supaya ayam masak sekata dan tidak hangus.
  3. Note: Guna api sederhana/kecil sahaja.Goreng sekepaj sahaja sebab ayam dah masak.

BAHAN C (NASI AYAM)
  • 3 cawan beras basmati 
  • 4 cawan sup
  • 3 hiris halia
  • 3 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 helai daun pandan (LiNa Pg habis stok x letak)
  • 1 batang serai
  • sedikit butter dan minyak
Cara-Cara
  1. Cuci beras basmati, rendam selama 20-30min kemudian toskan.Kalau guna beras biasa tak perlu rendam.
  2. Panaskan minyak masak dan butter.Tumis serai, bahan tumbuk dan halia hingga naik bau (tak perlu garing)
  3. Masukkan beras dan gaul rata.Masukkan sup (bergantung jenis beras)
  4. Masak seperti biasa (LiNa Pg guna rice cooker jer) Selepas nasi masak, gembur-gemburkan nasi.Nasi Ayam sedia dihidang.
BAHAN D (KUAH KICAP)
  • 1 ulas bawang putih (cincang)
  • Lebihan perapan ayam (lepas goreng ayam jangan buang bahan perapan)
  • 1 cawan sup
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu besar kicap pekat
  • Bancuhan tepung jagung (1 sudu kecil+air)
  • Sedikit minyak (anggaran 1 sudu besar)
Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minya, tumis bawang putih hingga sedikit garing.
  2. Masukkan lebihan perapan ayam tadi.Masukkan sup ayam
  3. Masukkan sos tiram, masukkan kicap pekat (untuk warna lebih gelap)Kalau tak ada boleh skip jer.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung.Tips supaya kuah kicap nampak pekat sedikit.
  5. Reneh sekejap hingga kuah nampak pekat.Sesuaikan rasa (tambah garam+perasa jika perlu)Kalau sup sesedap rasa.Tak perlu tambah apa-apa dah.
  6. Kuah Kicap dah siap.
BAHAN E (SAMBAL NASI AYAM)
  • 1 ulas bawang putih (blend)
  • 1 ulas bawang merah (blend)
  • 1 biji tomato (buang biji-blend)
  • 5 biji cili merah (blend)
  • 1 cawan sup
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar cuka
  • Garam dan gula/perasa (jika perlu)
Cara-Cara
  1. Kisarkan bawang merah, bawang putih, tomato dan cili merah bersama 1 cawan sup.
  2. Masukkan ke dalam periuk kecil.
  3. Masukkan sos cili, cuka dan masak sekejap di atas api hingga nampak pekat.Sesuaikan rasa tambah gara dan gula/perasa jika perlu.
  4. Sambal Nasi Ayam Dah siap.
Untuk memudahkan adik adik yang baru belajar nak masak Nasi Ayam.Jom kak LiNa Pg kongsikan tips.Supaya proses membuat Nasi Ayam berjalan lancar dan tidak kelam kabut.
  1. Sediakan sup terlebih dahulu.Pastikan sup sesedap rasa.Kerja-kerja yang lain akan jadi mudah sebab tak perlu adjust/ sesuaikan rasa.Keseluruhan Nasi Ayam ni kita guna SUP.
  2. Sup dah siap.Keluarkan Ayam dan perap.
  3. Sementara Ayam diperap (selama setengah jam) Tanak nasi terlebih dahulu.Tanak guna rice cooker jer.Lepas tumis,masuk beras.Tunggu siap jer.
  4. Lepas tu buah Kuah Kicap..sementara reneh, blend bahan untuk Sambal.Kuah Kicap siap...masak sambal...
  5. Last sekali goreng ayam...Nasi Masak, Ayam Siap Goreng (panas-panas) Kuah Kicap dan Sambal Pun siap...Senang kan??
  6. Esok dah hujung minggu.Boleh buat hehee...
  7. Untuk lebih mudah faham boleh tengpk video tutorial di bawah.Jangan Lupa Subscribe okey
Kalau paparan kecil/kurang jelas.Sila klik link di bawah

Tuesday, April 2, 2019

Gulai Ikan Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Hari ni saya nak share idea jer.Resepi Gulai Ikan ni mesti semua dah tahu kan?Saya buat cincai2 jer neh....Takde tumis halba campur apa pun...cuma bawang-bawangan jer.
Kali ni saya cuba rempah ikan Mak siti pulak.Memang sedap.Kuah pun cantik.Kalau perangat cicah roti esok hari lagilah sedap.
Saya guna ikan nyok nyok dan ikan bawal emas..Ambil bahagian kepala, perut dan ekor hahaa...Bahagian isi selalunya buat masak style goreng-goreng.Kan dah dapat 2 menu hahaa.Kalau dah resepi pun malas nak tulis, video memang kompom la tak ada heheee...
Kalau ada yang nak resepi Gulai Ikan ni bagitau la ya...Boleh jer saya taip.Kalau tak ada yang minta, saya anggap semua dah pandai.Lagipun simple jer ni.Selamat Menjamu mata hehee
Kuah pekat cam ni, barulah sedap..

Monday, April 1, 2019

Bubur Jagung Bersagu Resepi Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Bersiaran di bulan April.Rasa macam baru sekejap sahaja masuk tahun baru 2019 tapi dah masuk bulan April dah.Cepat sungguh masa berlalu.
Okeylah tambah membuang masa, hari ini saya nak share idea minum petang yang ringkas iaitu Bubur Jagung.Agak lama juga lah tak buat bubur ni.Sebenarnya plan asal beli jagung 2 tongkol nak buat cucur tapi tak tahulah tetiba ubah fikiran sebab rasa malas nak menggoreng.Adoi macam2 sungguh la.Pekna bubur jagung time cuaca panas ni memang nikmat...Kalau simpan dalam peti sejuk makan yang versi sejuk punnnnnn sedap.Terpulanglah selera masing-masing.
Untuk Resepi Bubur Jagung kali ini saya sediakan video tutorial.Rajin kannnnn bubur simple macam ni pun buat video hahaa..
Okey jom lah kita semak resepi.Kalau suka guna gula melaka pun boleh jugak nanti kuah tu warna gelap siket la.Saya guna gula putih jer...So warna dia putih suci gitew hehehe..
Bubur Jagung serba ringkas tapi cukup menyelerakan.Memang sesuai dibuat minum petang.Tak kira cuaca panas berdenting atau pun musim hujan.
BUBUR JAGUNG BERSAGU
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 2 tongkol jagung (sagat ambil isinya)
  • 6-7 sudu besar gula (kemanisan ikut selera)
  • 2 helai daun pandan (simpul)
  • 250ml santan
  • 1/2 cawan sagu (rendam sekejap dan toskan)
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya
Cara-Cara
  1. Masak jagung bersama air hingga empuk.
  2. Masukkan gula, daun pandan, garam, santan dan sagu.Masak hingga kuah mendidih dan sagu bertukar menjadi jernih.
  3. Dah siap.Tutup api.Mudah kan?Bubur Jagung sedia dihidang.
  4. Video tutorial 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...