Assalamualaikum...
Berpagian buat n3 hari ni.Biasalah Isnin bz siket sebab Maisarah masuk sekolah awal.So,mama kena laju2 taip lepas ni nak masak pulak.So hari ni saya nak kongsikan idea lauk lunch utk kawan2 di luar sana.Pernah buat tak Ikan Cuka ni?Kalau tak pernah kenalah try sekali.Saya masa pestaim masak, dok ingat anak tak makanlah tapi saya dan suami kompom lalu makan.Tapi tak sangka lak anak2 suka Ikan Masak Cuka ni.Anak2 tu 2 jer..bukan anak3 ya hahaa...sebab budak sarah xde maknanya dia nak makan lauk macam ni.Sekarang ni kalau ada isi ikan saya akan masak lauk macam ni la..tapi bukan sekerap setiap mggu tapi 2bulan sekali ada mesti repeat Ikan Masak Cuka ni.
Kalau nak tengok versi youtube boleh tgk video terdahulu.Kali ni takdelah saya rajin nak buat video lagi kan...Sama jer la yang dulu pun.Cuma terkadang ada la bahan yang tercampak awal hahaa...Biasalah dah selalu masak xde lah nak ikut tertib sangat.Asal hasilnya sama tu dan menten sedap kira Ons la.
Okey jom kita tengok resepi Ikan Masak Cuka.
Oh ya..sebelum tu nak bagitau hari ni ada video terbaru di youtube LiNa Pg.Pukul 10am.Jangan lupa tonton okey
3-5 ketul isi ikan (apa2 ikan LiNa Pg guna Ikan Bawal Emas+Ikan Nyok2)
3 ulas bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1 cm halia (mayang halus 3-5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih sedikit biji sawi (LiNa Pg letak hujung sudu jer)
1/4 cawan cuka (atau secukup masam)
1 cawan air
1/2 batang karot (potong bentuk batang mancis)
Timun
Garam dan gula/perasa
Kunyit
- Cara-Cara Ikan diperasakan dengan garam dan kunyit.Kemudian goreng hingga masak.Jangan terlalu garing.Angkat dan ketepikan Keluarkan minyak gorengan, tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris hingga naik bau.Kemudian tumis pula halia yang dimayang.
- Masukkan bawang merah dan bawang putih (yang sebiji-sebiji), masukkan biji sawi, tumis hingga garing.
- Masukkan cuka dan tambah air (untuk kuahnya) Masukkan gula dan garam dan sedikit kunyit (jika suka)
- Masukkan karot dan timun.Kemudian masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Sesuaikan rasa.Ikan Masak Cuka kena ada rasa masam2 dan sedikit manis (rasa macam acar).
- Tutup api..sedia dihidang.
- Untuk video tutorial, boleh refer video youtube LiNa Pg yang terdahulu
1 comments
Boleh cuba try buat nanti.
ReplyDelete