Ikan Goreng Berlado Mudah dan Sedap

By LiNa_Pg - Tuesday, April 16, 2019

Assalamualaikum...
Masih lagi dengan resepi yang serba ringkas sahaja.Macam tema Mudah Ringkas Sedap ajer minggu ni kan?Ekceli resepi Ikan Balado ni saya masak selepas cuti sekolah hari tu.Masa cuti tu kan rama yang kawen.Kira tema sesuai lah untuk adik adik yang baru bergelar isteri.Resepi yang mudah2 sahaja dan yang pasti sangat menyelerakan.
Untuk Resepi Ikan Goreng Berlada ni saya sediakan youtube.Nanti saya sertakan link untuk menonoton video itu nanti.
Okey kita terus sahaja dengan resepi ikan balado ni.

Suka jugak lauk kering2 macam ni.Anak saya suka gaul2 sambal tu dengan nasi hahaa..
RESEPI IKAN GORENG BERLADO|IKAN BALADO
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 4 keping ikan (LiNa Pg guna ikan bawal emas+ikan nyok2)
  • 1 labu bawang besar (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 3 ulas bawang merah (kisar)
  • 5 biji cili merah (kisar)
  • 1 batang serai (titik)
  • 1 sudu besar cili giling (jika suka pedas)
  • 1 asam keping
  • Garam, gula dan serbuk kunyit
  • Sedikit kiub ikan bilis
  • Minyak
Cara-Cara
  1. Perasakan ikan dengan sedikit garam dan kunyit.Goreng hingga masak.Jangan terlalu garing.Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak gorengan dan tinggal sekadar untuk menumis.
  3. Tumis serai dan bahan kisar hingga agak garing.Masukkan cili giling dan tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan asam keping, sedikit garam dan gula.Masukkan ikan (yang telah digoreng tadi) Gaul rata dan sesuaikan rasa.Tambah sedikit kiub ikan bilis jika perlu.
  5. Tutup api.Ikan Goreng Berlado sedia dihidang.Selamat Mencuba.
  6. Untuk video tutorial.Sila lihat paparan video Youtube LiNa Pg
Jika paparan.Tengok lebih jelas di sini

  • Share:

You Might Also Like

0 comments