Tuesday, April 9, 2019

Cara Buat Kek Batik Mudah Sedap Tak Guna Telur

Assalamualaikum...
Lama betul tak buat kek lejen ni.Biasa kek ni anak2 remaja suka buat sebab tak perlu bakar.Kacau2 atas dapur, masuk biskut dan sejukkan.Mudah sangat..sedap pun sedap.Rasanya kali terakhir saya buat Kek Batik ni mula2 baru berjinak dengan dunia blogging.Lama tu sekitar 2009-2010 lagi tu.Tetiba terajin pulak sebab nampak Kek Batik Viral sekarang ni.So buat ajerlah kan lagipun senang jer.Anak2 pun suka makan.
Kali ni saya sediakan video tutorial.Nanti saya sertakan link di bawah.
 Gambar ntah pape jer..sebab masa ni cuaca mendung.Saya ni dah la snap gambo takde flash atau lighting bagai...Harap lampu dapur jer.Sabor jer la kan..Asal nampak bongkah2 macam menara tu kira jadilah kek batik

Untuk Resepi Kek Batik kali ni saya nak kongsikan sedikit tips.
  1. Saya guna MAJERIN sahaja untuk buat Kek Batik ni.Kenapa majerin, butter kan lebih sedap.Ye betul butter lagi sedap, kalau guna pure butter lagi sedap.Memang itulah selalunya tanggapan kita, taksub sangat butter/pure butter.Sebagai penjual kek (yang dah pencen) saya tau tentang hal itu.Saya guna majerin bukan kedekut butter ada jer butter dalam peti ais.Kek Batik merupakan kek old skool, dulu2 tak ada pun pure butter dan kek elok jer berada di suhu bilik, kenapa sebab zaman dulu hanya guna majerin.Majerin tekturnya lebih firm walaupun berada pada suhu bilik.Korang boleh buat 2 versi kek batik, satu guna butter dan satu guna majerin.Masa simpan dalam peti ais kedua-duanya nampak elok.Bila berada pada suhu bilik (luar peti ais) akan nampak perbezaan.Yang guna majerin masih steady jer..tapi yang guna butter akan mencair dan tak cantik.
  2. Saya menggunakan sedikit tepung kentang dalam adunan Kek Batik, supaya adunan coklat/milo lebih kental dan senang bersalut dengan coklat.Lagi satu bila makan kek batik tangan tak comot.Kalau tak ada tepung kentang boleh ganti dengan tepung jagung.
  3. Selain milo, penambahan serbuk koko gelap (dark cocoa powder) akan memberikan impact sedikit pahit pada rasa kek.So akan mengimbangi rasa manisssss kek Batik.
  4. Okey itu sahaja sedikit sebanyak tips yang saya kongsikan.Jom kita semak resepi


RESEPI KEK BATIK MUDAH DAN SEDAP
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 200g majerin/butter (LiNa Pg guna majerin)
  • 200g susu pekat manis
  • 200g milo
  • 30g serbuk koko
  • 200g biskut marie
  • 1 sk tepung kentang
Cara-Cara
  1. Cairakn majerin/butter guna api kecil sahaja.Masukkan susu, milo dan serbuk koko.
  2. Gaul rata hingga sebati kemudian masukkan tepung kentang.
  3. Tutup api.Terus masukkan biskut marie yang dipatah-patahkan.Gaul rata.
  4. Kemudian masukkan ke dalam bekas.Alas bekas dengan alumium foil atau baking paper/plastik supaya kek senang dikeluarkan.Tekan2 sedikit supaya kek mampat/padat
  5. Simpan dalam peti ais selama 4-5jam/semalaman.
  6. Potong kek batik sebaik sahaja dikeluarkan dari peti.Hidangkan bersama Kopi O kosong.
  7. Selamat Mencuba

Kalau paparan kecil/kurang jelas.Sia klik


2 comments:

EmbunRosaliza said... Balas

Sedap nampak kek batik

ezzyra said... Balas

boleh komen dah
mmg xleh pkai pc

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...