Resepi Kari Kepala Ikan

By LiNa_Pg - Friday, October 17, 2014

Assalamualaikum...
Hari ni nak tayang menu siaran ulangan jer...dah selalu sangat masak kari kepala ikan, tp nak share gak resepi saja nak memeriahkan n3 kat blog hihhii...Rasanya semua orang tau kot masak kari kepala ikan ini..Cuma kari kepala ikan ni istimewanya tidak menggunakan asam jawa sebagai agen pemasam dalam masakan..Saya menggunakan sos tomato mmberi impact masam yg agak lite tidak terlalu tajam seperti asam jawa.Kalau ada yg bertukar selera dari resepi yg agak cliche tu bolehlah cuba resepi ni pulak..pasti korang akan tau perbezaan dari segi rasa..Apa yang penting anak2 lebih memilih kari kepala ikan yg menggunakan sos berbanding menggunakan asam jawa..Alhamdulillah..sekali sekala tukar selera la kan hihi..Jom kite semak resepi

Ekceli kuahnya agak pekat, tp saya snap time panas2 lagi..nampak cam ceroi sket la..Bukan apa kalau tak snap cepat2 mmg tinggal pinggan jer la haha..

RESEPI KARI KEPALA IKAN

Bahan - Bahan:
  • 1 ketul kepala ikan jenahak/apa2 pun boleh (dibelah dua)
  • 2 paket kecil rempah kari ikan (jadikan pes)
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 2 sudu makan cili giling
  • 4 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan gula merah
  • 1 labu bawang besar (dihiris nipis )
  • 6 ulas bawang merah ( tumbuk/blend)
  • 2 ulas bawang putih ( tumbuk/blend )
  • 1 cm halia ( tumbuk/blend )
  • 1 labu bawang besar (tumbuk/blend)
  • 2 biji cili merah
  • 2 biji buah tomato dibelah empat
  • Daun kari
  • Kacang bendi
  • Minyak
  • Garam dan perasa
  • Air secukupnya

Cara Penyediaan:
  1. Tumiskan hirisan bawang besar, daun kari  dan halba campur hingga naik bau dan garing.Masukkan bahan tumbuk/kisar dan cili giling.Tumis hingga garing 
  2. Masukkan pes rempah ikan tumis hingga pecah minyak
  3. Masukkan sos tomato dan gula merah. Kacau sebentar.
  4. Masukkan air ikut suka banyak mana.Masukkan garam & perasa, reneh sehingga kuah kelihatan pekat.
  5. Kemudian masukkan kepala ikan, Simbah2kan kuah ke atas kepala ikan.Sesuaikan rasa
  6. Masukkan kacang bendi, cili merah dan tomato.Kacau sekejap. Tutup api

  • Share:

You Might Also Like

5 comments

  1. Assalam Lina,
    Betul tu kalau letak sos tomato dalam kuah tu gives a different taste kan..macam baru2 ni akak Cuba ayam lemak padi letak sos tomato ...pada mulanya macam hairan gitu Dan tak convince..sekali dah Cuba sedap lah pulak..heheh

    ReplyDelete
  2. Assalam, ai tak pandai buat kari kepala ikn tanpa santan, mesti rasa lain

    ReplyDelete
  3. sedap sedap.... nasib baik baru je mkn kari kepala ikan... memang suka sgt kari kepala ikan... tang mata mesti jadi rebutan ngan suami...

    ReplyDelete
  4. Saya panggil kari mamak sbb xada santan..

    ReplyDelete
  5. memang kalau dapat hirup kuah kari ni mesti best ni kak..slurppp

    ReplyDelete