Resepi Marble Baked Cheesecake

By LiNa_Pg - Tuesday, October 21, 2014

Assalamualaikum...
Cam lamaaaa sangat tak buat cis kek..Beberapa hari lepas tengok EG post gambo kek kat fb, terus jatuh chenta..abes segala perancangan/plan nak buat macam2 kena tolak tepi sbb nk ON jugak projek membaking ciskek ni.Bila semak resepi semuanya ada..cuma shortage sket cream cis..ada dalam 350g jer.Takpe on gak...sket jer tu maybe tak menjejaskan tektur kek..Bila siap Alhamdulillah menjadi ngan jayanya.Dan kami sangat sukakan tektur kek ni..Perut yg masih kenyang ngan dinner pun masih terasa keenakan ciskek ni...so yummy.
Okey la tanpa membuang masa, jom kite sema resepi.InsyaaAllah tak menyesal korang mencubanya.Sila terjah ke blog EG sbb dia ada sertakan tips dan macam2 ilmu pasal peel/perangai cis kek..Sy CnP resepi sahaja.

Setiap suapan penuh nikmat..lembut, gebu dan sangat enak...nyum..nyum...

RESEPI MARBLE BAKED CHEESECAKE

Bahan A
  • 500g cream cheese
  • 50g gula kaster
  • 1 sk esen vanila (saya tambah)LiNa Pg tambah gak
Bahan B
  • 230g whip topping cream
Bahan C
  • 5 biji kuning telur
Bahan D
  • 120g tepung gandum
Bahan E
  • 1 biji parutan kulit lemon (saya skipkan)LiNa Pg skip gak

Bahan F
  • 5 biji putih telur
  • 120g gula kaster
  • 1 sk jus lemon (saya skip)
Bahan G (LiNa Pg gn coklat paste)
  • 50g coklat
  • 1sb susu segar
Cara2 membuatnya:
  1. Panaskan oven pada suhu 150C. Sediakan loyang bulat bersaiz 9 inci, griskan & alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Pukul bahan A hingga lembut & berkrim.
  3.  Masukkan B, pukul sebati. Masukkan bahan C, D & E, pukul lagi hingga sebati.
  4. Pukul putih telur dari bahan F hingga berbuih. Masukkan bahan2 F yang lain & pukul hingga kembang.
  5. Satukan adunan F dengan adunan cheese (langkah 3) tadi. Gaul hingga rata.
  6. Cairkan coklat pada bahan G, masukkan susu segar & gaul rata. Ambil adunan tadi (langkah 5) sebanyak 200g & satukan dengan adunan coklat. Gaul rata.
  7. Tuang 1/3 adunan cheese kedalam loyang. Kemudian, tuang pula 1/2 adunan coklat atas adunan cheese tadi. Tuang pula baki adunan cheese atasnya. Akhir sekali, tuang adunan coklat & lorekkan guna chopstick/pencungkil gigi untuk membuat bentuk marble.
  8. Bakar kek guna kaedah waterbath selama 90 minit atau hingga kek masak pada suhu 150C.(LiNa Pg bakar selama 50min)
Inilah hasilnya
 
Cantik kejadiannya..tak merekah

  • Share:

You Might Also Like

12 comments

  1. Assalam tuan umah, pasti sedap kek yg bercheese mcm ni, terliur tgk. Mkn sejuk2 nyaman rasa sedap je

    ReplyDelete
  2. Seronok tengok cheese kek kak lina ni..puas ati kan sebab buat sendiri :D

    ReplyDelete
  3. Errrmmm..saya memang antu cheese kek..nak cubalah nnti!!!

    ReplyDelete
  4. @EmbunRosaliza
    wslm kak rosa, mmg sedap sangat cis kek ni...sejuk2 nyaman masuk tekak hihi

    ReplyDelete
  5. @Yusliza Yusoff
    Haaa..kalau antu ciskek harusss coba ni mestu terpikat hihi

    ReplyDelete
  6. terguda cekk tgk cheese cake kak lina...
    smooth ja, x da merekah..
    klau sy buat, sana sini merekahnya...

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Assalam Lina,
    Waduh dah malam baru dapat jalan2.. Siang hari..tak kering kuku..Asik didapur aje...cantik kek Lina tu..teringin pulak nak merasa malam2 ni..huhu

    ReplyDelete
  9. rumah kita klu ciskek laku la...npak pun gebuss...

    ReplyDelete
  10. ngancamnyeee...tetiba rasa mengidam lak...dushhh kena cuba buat ni :)

    ReplyDelete