Assalamualaikum...
Ramadan datang lagi, tentu ibu-ibu atau yang bujang pening kepala nak masak apa yang mudah kan? Balik kerja, kena hadap jalan sesak dan menyebabkan kekangan untuk menyediakan juadah yang berbaloi untuk dimakan buat berbuka. Pastinya kita semua memerlukan makanan yang sedap dan paling penting sihat. Jadi untuk memastikan kita semua mendapat yang terbaik , jom cuba resepi mudah dengan hanya tiga hingga empat langkah sahaja.
Kali ini saya nak kongsikan satu resepi yang sangat mudah dan cepat, sangat sesuai untuk para ibu yang berkerjaya juga untuk golongan bujang iaitu Roti Kukus Seri Kaya Yeo's.Ianya semudah A.B,C sahaja.Bahan yang diperlukan cuma roti Banggali atau roti putih, Seri Kaya Yeo's dan sedikit susu cair atau susu segar.3 bahan magik ini akan menjadikan juadah berbuka ringkas tapi sangat mengenyangkan dan juga berkhasiat untuk keperluan tubuh badan kita.
Jika tidak ada pengukus, pun tidak mengapa, nanti saya tunjukkan bagaimana cara mengukus menggunakan kuali sahaja.Mudah bukan?Yang penting hidangan enak yang panas tersaji untuk keluarga tersayang.
Roti Kukus Seri Kaya Yeo's ini juga sesuai dijadikan juadah bersahur.Kadang kadang kita terlajak tidur dan tak sempat untuk masak nasi atau makanan berat untuk keluarga.Jadi bolehlah buat Roti Kukus bersama Seri Kaya Yeo's ni dapat untuk keluarga bersahur.Senang kan?Okey jom kita lihat bahan bahan dan cara membuatnya
- 4 keping Roti Banggali/roti putih (atau secukupnya) potong kiub (bite size)
- 1 sudu besar (atau secukupnya) susu segar/susu cair
- 2 sudu besar Seri Kaya Yeo's (atau secukupnya)
- Sediakan pinggan atau bekas tahan panas.Susun roti.Masukkan Seri Kaya Yeo's ke dalam mangkuk kecil (tahan panas).Boleh juga gunakan terus tin Seri Kaya Yeo's
- Tuangkan susu segar ke dalam Seri Kaya Yeo's.
- Kukus selama 8-10min.Pastikan air kukusan mendidih terlebih dahulu.
- Roti Kukus Seri Kaya Yeo's sedia dinikmati.
2 comments
mudah, rigkas, cepat,jimat, berkhasiat dan sedap.
ReplyDeletebetul tu... tepat sekali hehee
ReplyDelete