Resepi Kuih Koci Pulut Hitam Bersantan (Tips Kuih Lembut Sedap, Tidak Terlalu Liat Dan Lambat Basi)

By LiNa_Pg - Wednesday, October 23, 2019

Assalamualaikum...
Hari ni kita belajar buat Kuih Tradisional yang sangat sedap iaitu Kuih Koci.Kuih Koci ni ada macam macam versi dan pelbagai inti juga.Kalau di negeri Pantai Timur, khususnya Kelantan, cara balut Kuih Koci agak berlainan iaitu seakan Pulut Inti.Di mana ada sebahagian kuih agak kelihatan (terjojol keluar dari balutan) Manakala intinya pula ada yang menggunakan kacang hijau/kacang merah dan sebahagian kecil sahaja menggunakan inti kelapa.Berlainan pula di negeri lain.Koci dibalut kemas, tertutup secara keseluruhan dan ada yang bersantan.Santan pula ada yang versi leleh dan ada yang kental sedikit.Nahhh...korang suka versi mana terpulang selera.Kalau mengikut tekak saya yang mana pun boleh.Kelantan ke Utara ke semua okey jer.Untuk kali ni saya kongsikan resepi Kuih Koci versi bersantan.

Memang padu, intinya yang manis...dibalut pulak dengan pulut hitam tu bahagian luar lemak2 masin.Setiap suapan yang pebuh nikmat..
 Layoq sekeping lagi...saja nak bagi korang terliur hahaa

Yang warna merah putih tu Kuih Koci Kelantan.Montokkkkk hahaa.Punya gigih tuan punya ni balut kecik2.Kuih ni saya makan kat umah MIL inti kacang merah.

RESEPI KUIH KOCI PULUT HITAM YANG SEDAP
By Malina LiNa Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan A (Inti Kelapa)
  • 200g kelapa parut putih
  • 200ml air
  • 140g nisan kerek/gula melaka
  • 2 helai daun pandan
  • 30g gula merah 
  • 1 sb gula pasir
  • 1 sb tepung gandum
  • Sedikit garam
Cara-Cara
  1. Satukan air, nisan kerek, gula merah, daun pandan dan garam ke dalam periuk.Kemudian masak hingga kesemua gula larut.Angkat dan tapiskan.
  2. Masukkan kelapa parut ke dalam periuk (yang lain) dan tuang larutan gula yang dimasak tadi.Gaul rata kelapa parut dan air gula.
  3. Tambah gula pasir (inti kelapa kena sedikit manis baru sedap)
  4. Kemudian tabur tepung gandum, kacau rata hingga inti agak kering sedikit.Jangan terlalu kering.Biar basah2 dan melekit sedikit barulah sedap.
  5. Tutup api dan biarkan inti sejuk.
  6. Setelah inti sejuk, gentel bulat anggaran sebesar biji guli.Tips supaya senang untuk balut dengan beras pulut.
Bahan B (Dadih/Santan)

  • 450ml santan pekat
  • 3 sb rata tepung beras (kalau nak buat versi leleh guna 1sb)
  • Sedikit garam
Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan ke dalam periuk.Kacau rata terlebih dahulu (hingga tiada ketulan tepung)
  2. Dah sebati baru buka api dan kacau hingga likat.Ketepikan sebentar.
Bahan C (Doh/Onde-Onde)
  • 200g tepung pulut
  • 50g beras pulut hitam (beras pulut hitam kisar kering dan tapis)
  • 1 sb tepung gandum (tips supaya kuih tidak liat)
  • 240ml air
  • Garam
Bahan D
  • Daun pisang secukupnya (layur terlebih dahulu)
Cara-Cara
  1. Satukan semua tepung dan garam.Gaul rata.
  2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
CARA-CARA MEMBUAT KUIH KOCI
  1. Ambil sedikit doh (Bahagian C) bentukkan seperti onde-onde/buah melaka dan masukkan inti kelapa (yang telah dibulat-bulat tadi.
  2. Balut dengan kemas (seperti Buah Melaka).
  3. Ulang proses hingga doh habis.Inti tak habis tak mengapa boleh digunakan untuk membuat kuih ketayap atau pulut inti.
  4. Didihkan air kemudian rebus doh/bebola berinti kelapa tadi hingga masak.Bila kuih dah terapung tandanya dah masak (sama seperti merebus kuih buah melaka)
  5. Angkat dan masukkan ke dalam air biasa.Tujuan supaya dapat membersihkan sisa kanji pada kuih (supaya kuih lebih tahan lama/lambat basi).
  6. Kemudian toskan dan lalukan dengan air paip.
  7. Masukkan kuih yang telah direbus tadi ke dalam dadih/santan yang telah dimasak.
  8. Golek/salut kuih dengan santan dan balut dengan daun pisang hingga kemas (cara balut boleg refer ke video tutorial)
  9. Kemudian kukus kuih selama 4min (guna api kecil sahaja) supaya kuih tidak melelh keluar.
  10. Tujuan kukus sekadar untuk menaikkan aroma daun pisang sahaja sebab kuih telah pun masak.
  11. Untuk video tutorial, sila klik butang PLAY




  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. sedapnyaaa koci. kite suka semua.. yg ada santan o xde semua sedap. dlu nenek rajin buat tapi dia da x larat.. anak2 cucu buat gak tp x uumph mcm dia buat..

    ReplyDelete
  2. This is my first time i visit here. I found so many interesting stuff in your blog especially its discussion. Looking for some inspiration for your next trip? Find great vacation ideas and inspiration from Things to do with your source for the web's best reviews and travel ...

    ReplyDelete