Lontong Kuah Lodeh Simple Dan Sedap | Resepi Sambal Kerang

By LiNa_Pg - Sunday, September 24, 2023

Assalamualaikum...

Lama betul tak bersiaran, apa khabar semua pengunjung TMK?Rindu betul dengan dapur maya nan satu ini, banyak resepi-resepi yang tertangguh dan masih belum diupdate kat sini.Hari ini saya nak kongsikan resepi 'lontong' kuah lodeh.Sebut sahaja lontong pasti akan mengundang kontroversi.Ramai la yang mempertikai lontong begitu begini.Ya betul secara tradisionalnya memang lontong dibalut dengan daun pisang berbentuk silinder, rasanya semua orang pun tahu.Untuk tajuk di blog TMK 'lontong' kuah lodeh ialah keywords sahaja sebab tak ada carian nasi impit 'plastik' kuah lodeh 😂.Biasanya pelayar laman sosial akan membuat carian LONTONG.

Resepi kuah lodeh ini saya buat masa bulan Syawal lagi, masa ni mood open house dan makan-makan raya masih membara.Tapi itulah dah nak Maulidur Rasul baru buat posting huhu..

nasi impit kuah lodeh ini saya makan bersama sambal kerang dan telur rebus.

Resepi Kuah Lodeh Simple Dan Sedap
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan A (Kisar)
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sb udang kering (rendam hingga lembut)
3 biji buah keras
3 inci kunyit hidup
2 biji cili padi 
Sedikit air

Bahan B
1 batang serai (ketuk)
1 cm lengkuas (ketuk)
1 batang karot (potong bentuk batang mancis)
1/4 kobis (lina pg guna kobis Beijing)
Fucuk (potong pendek-pendek dan rendam hingga lembut)
Kacang panjang
Suhun (rendam hingga lembut)
Sedikit udang segar (jika suka)
250ml santan pekat
1 kiub ikan bilis
Garam
Air


Cara-Cara
  1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk, kemudian masukkan serai, lengkuas dan sedikit air (anggaran 1 cawan).Reneh guna api kecil hingga air dalam periuk hampir kering.Tujuan supaya bawang dan cili betul-betul masak dan kuah lodeh menjadi lebih sedap.
  2. Kemudian baru masukkan air (untuk kuah), masukkan sayuran yang keras seperti karot/baby corn (kalau suka).Biarkan kuah mendidih.Keluarkan lengkuas (supaya rasa lengkuas tak terlalu kuat dalam kuah).
  3. Masukkan kobis, fucuk, kacang panjang (boleh masukkan apa sahaja sayuran kegemaran masing-masing), udang, santan pekat, garam , kiub ikan bilis dan suhun.Biarkan kuah mendidih.Siap
Note:
Kalau suka tempe dan tauhu, kena goreng terlebih dahulu dan masukkan ke dalam kuah semasa masukkan sayuran.
Kalau terlupa untuk rendam suhun, sebaiknya skip sahaja suhun tersebut, kerana suhun akan menyerap kuah (jika tidak direndam).

Resepi Sambal Kerang
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan A (Bahan Kisar 1)
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 hiris halia
Air
==========
Bahan Kisar 2
10 tangkai cili kering (rebus hingga lembut)
1 cm belacan (bakar)
1 inci kunyit
1 sb udang kering (rendam hingga lembut)
Air

Note:
Kisar bahan di atas secara berasingan.

Bahan B
300g isi kerang
1 sk gula merah
1 asam keping
garam
Minyak

Bahan Lain
Nasi impit/lontong
Telur rebus

Cara-Cara:
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar 1 hingga garing.Ke mudian masukkan bahan 2 dan tumis hingga pecah minyak.
  2. Setelah tumisan pecah minyak, masukkan gula merah, asam keping, kerang, kacau/gaul sekejap.
  3. Kemudian masukkan sedikit garam, perasa dan tutup periuk sekejap hingga kerang masak.
  4. Setelah sambal kerang masak, keluarkan asam keping dan sambal kerang siap dihidang bersama lontong kuah lodeh.

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Saya pun ada gambar-gambar lontong kuah lodeh, lama dulu saya masak tak tak lagi djadikan entri.
    Agaknya sebab susah nak dapat daun pisang, jadilah nasi himpit. Nak lebih senang ada pula ketupat segera. Semua bahannya sama, cuma pembungkusnya berbeza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak amie, dalamnya tetap beras yang dimasak dan dimampatkan.Dah ada benda senang,kita guna jalan pintas je la.Daun pisang sekarang ni memang mahal harganya sebab dijual kuantiti 'seguni' gitu 😂.Kita nak guna 2-3 lai je.

      Delete