Assalamualaikum...
Ada nasi lebih yang tak habis makan lepas sahur pagi tadi?Jangan buang tak baik membazir.Jom kita buat cucur nasi yang simple dan sedap.Cucur nasi ni sesuai kalau nak buat kuih berbuka 'last minute' sebab sangat cepat.Kalau nak buat pukul 7pm pun masih sempat makan semasa berbuka puasa.Makan panas-panas memang sedap tau.Kalau nak buat moreh pun boleh juga cicah dengan sos cili Thai tu memang padu.Rasa pedas manis bergabung dengan cucur yang lembut memang sangat nikmat.Resepi cucur nasi ini tidak menggunakan bahan pelik-pelik, bahan yang digunakan hanya bahan basic sahaja.Untuk protin boleh guna apa sahaja bahan yang ada di rumah.Dalam resepi ini saya hanya guna crab stick sahaja.Kalau nak guna udang atau apa sahaja pun boleh.Begitu juga dengan sayuran, boleh masukkan apa sahaja sayuran yang sesuai, saya cuma guna daun bawang, karot dan cili merah sahaja.Itu je yang ada kat rumah ni.Kalau nak guna kucai pun boleh.Kalau tak ada sayuran hijau boleh skip sahaja.Kita buat dia, bukan dia buat kita kan?
- Satukan nasi, telur dan air ke dalam pengisar.Kemudian kisar hingga halus.
- Masukkan bahan kisar tadi ke dalam bekas, kemudian masukkan bahan aksesori iaitu hirisan daun bawang, karot yang telah disagat, cili merah, crabstik dan serbuk pati ayam.Gaul rata semua bahan.
- Kemudian masukkan tepung gandum.Gaul sebati.Adunan cucur nasi tidak boleh terlalu cair dan tidak boleh terlalu pekat (agak-agak la hingga kita boleh jemput semasa hendak menggoreng)
- Panaskan minyak, kemudian goreng hingga golden brown.Angkat dan toskan.Cucur nasi sedia dihidang.Selamat Mencuba!
1 comments
Sedapnyaaaa...nak request anak dara SA buatkan la..semalam dia buat apam choc...sedap sungguh..
ReplyDelete