Monday, March 28, 2011

Kuih Cek Mek Molek

Assalamualaikum!
Rasanya agak lama juga tak wat kuih cek mek molek ni. Walaupun resepinya sangat senang tp susah nak dapatkan ubi keledek.Ni pun hasil window shop'g kat Sunshine ari tu..nampak jer ubi keledek@ubi stelo ni terus je rembat. Ambil dalam 7 ketoi size comel2 jer..baru RM1.50. Kira murah la kan?Bila bahan mentah dah ada, tunggu kerajinan sket bleh terus ON projek cek mek ni.

Kuih ni wat ari Sabtu lepas, time hujan turun mencurah2 ngan lebat kat di bumi Pulau Pinang ni. Time sejuk2 dapat lak kuih cek mek ni memang best..Memula plan nak wat utk bekfas, tp my laling terajin lak pi beli nasi lemak..postpone la wat minum petang..pepon mmg sedap kuih cek mek ni. Resepi bleh tengok kat SINI
 nak makan kuih ni kena berhati2 dgn air gula..takut melecur lidah
 rupa paras dalaman kuih cek mek molek
ubi keledek rebus..byk ni je tggl..sbb my laling dh mkn huhuhu..manis ubi keledek ni

KUIH CEK MEK MOLEK

Bahan-Bahan (10 biji)
  • 400-450gram ubi keledek (2 cawan keledek lecek)
  • 1 cawan tepung gandum @ secukupnya
  • Gula putih
  • Minyak masak
Cara-cara:
  1. Ubi keledek direbus hingga empuk ( masukkan sedikit garam ).Biarkan ubi keledek rebus sejuk,kemudian lecek halus
  2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, adun hingga boleh dibentuk.(jangan masukkan terlalu byk tepung, nnt kuih akan menjadi keras).
  3. Bahagikan adunan kepada 10 bahagian, bulat2 (besar sket dr bola pingpong), leperkan masukkan setengah sudu kecil gula kat tengah.
  4. Pastukan bentukkan seperti kuih cekmek molek.
  5. Goreng dgn api sederhana hingga kuning keemasan. SeLamaT MeNcUbA
Note:
  • Pastikan ubi keledek betul2 sejuk,barulah masukkan tepung.kalau masih suam2..akan menambahkan penggunaan tepung.
  • Jika adunan masih melekat kat tangan, sapukan tangan dengan tepung supaya kuih boleh dibentuk.
  • Berhati2 kalau makan cekmek time panas2 sbb gula cair masih panas kat dalam..nnt melecur lak

Sunday, March 27, 2011

Segalanya Kicap

Selamat berhujung minggu suma, hari ni nmpknya cuaca di Pulau Pinang agak cerah.Matahari telah menampakkan wajah setelah bersembunyi beberapa hari. Kemarin ( hari Sabtu) hujan telah turun dengan jayanya di bumi bertuah ni. Segala aktiviti hujung minggu terpaksa dibatalkan huhuhu.Apa lagi kalau bukan aktiviti kuar jenjalan cari makan sambil window shop'g huhuhu..tu je la kejenya. Seharian dok umah..ngan esbok kosong jer, apa sangatlah yang boleh dimasak huhuhu..maka terhasillah..tara..segalanya kicap..
 sardin masak kicap. kalau nak rcp tengok kat SINI
telur mata kerbau kicap..hahaha..sedap gak mkn ni time hujan

Saturday, March 26, 2011

Moi Kentang

Tajuk moi kentang tapi gambo amoi plak hik3..saja tunjuk tuan badan moi kentang tu dulu hehehe..Jom Amani ngan zhariff kite makan moi kentang ni..dap..dap tau..kite makan semangkuk licin wat bekpas ngee..
pin..pin..jom Amani, zhariff kite ronda2..
moi kentang sesuai untuk bayi berusia 8 bulan ke atas..
Moi Kentang

Bahan-Bahan:
  • 1 biji kentang (dadu kecil )
  • 1/2 batang karot (dadu kecil )
  • 1 labu bawang besar kuning ( dadu/goreng skjp-layu)
  • 1/2 batang celeri (dihiris nipis)
  • 2sb susu baby ( sy gn Enfalec)
  • Air 
Cara-Cara:
  1. Satukan suma bahan, masak hingga kentang dan karot empuk
  2. Blend halus, kemudian tapis 
  3. Dah siap
 
bahan-bahan yang digunakan

Thursday, March 24, 2011

Kek Batik

Adoyai sadis tul tengok rupa paras kek batik ku ini huhuhu..xtau lah tang mana silap..terlembik sket, pastu agak sememeh.Rasanya dah follow step by step dengan penuh taat dan patuh. tapi xpe next time cuba lagi. Pepon kek batik memang sedap walaupun rupa paras tak secantik mana.Resepi tengok umah hana. Terim kasih pada tuan punya asal wendy dan juga hana:
  walaupun dari segi rupa tak seberapa tp anak2 suka kek batik ni..mmg sedap
Kek Batik
Bahan-bahan
  • 250g@satu peket biskut merie
  • 200g@satu peket milo
  • 397g @ 1 tin susu pekat - sy buh 3/4tin
  • 5 biji telur (sy gn 4biji gred A)
  • 1sk esen vanilla
  • 150g butter @ 2/3 cawan
  • 2 sudu besar serbuk koko(sy boh hersey syrup)
  • 1sk nescaffe - optional (xboh)
  • 2 sudu besar air panas - optional (utk kek yg agak moist)
Cara-cara
  • Sediakan loyang 7 inci yang di alas dengan kertas minyak bawah dan juga kelilingnya. Pastikan kertas minyak melebihi paras loyang. Ketepikan.*boleh rujuk step by step di SINI.
  • Satukan semua bahan kecuali butter dan kacau sebentar. Masukkan ke dalam kuali. Buka api kecil untuk mengelakkan hangit bahagian bawah. Kacau sehingga semua bahan sebati. Kemudian masukkan butter dan kacau lagi sampai pekat dan kasar berbintil-bintil. Matikan api.
  • Cedokkan satu senduk adunan ke dalam loyang dan ratakan. Susun biskut di atasnya. Ulang proses melapis sehingga habis.
  • Lapisan yang terakhir tekan sedikit lebihan kertas minyak tadi supaya permukaan rata dan tutup. Dan biarkan sejuk beberapa jam di dalam peti ais.
  • Keluarkan dan potong. Hidangkan.
sebelum dipotong..

Saturday, March 19, 2011

Set Nasi Dagang

salam
Dah petang dah pun baru bleh wat n3. Hari ni bz sket mengukus nasi dagang ni. Bukannya rajin sangat sebenornya tapi kesian tengok beras lembut tu dah ada bendasing hahaha...terpaksalah merajinkan diri. Nasi dagang ni makan ngan gulai ikan aya@tongkol. Tapi wat juga gulai ayam sbb anak2 lebih suka mkn ayam. Untuk mama ngan abah..gulai ikan aya lebih 'kena' digengkan ngan nasi dagang.Resepi nasi dagang bleh tengok kat SINI, gulai ayam n gulai ikan aya tuh wat cam biasa jerr..tadak resepi istimewa pun, main campak2 jerr..
 ada yang lapar tak? jom pekena nasi dage ni..masih byk lagi kat dapoq tuh

Tuesday, March 15, 2011

Idamkan Yang Panas Atau Sejuk?

Salam siaran suma...dah selesai menjamu selera ngan hidangan makan malam? hmm kami suma dah selesai makan malam. Malam ni rajin siap ngan pencuci mulut lagi.Tengok pada tajuk tuh Panas atau sejuk?? apa dia ya? alah aiskrim goreng la..dah lama anak2 dok minta, mama depa je yang malas nak wat..ni pun saya prepare ari Ahad lepas, malam ni tinggal nak goreng jerr..Jom jamu mata.Resepi bleh tgk kat SINI. Memandangkan terlebih rajin, saya tepek gak la kat sini:
sedap ni..panas dan rangup di luar..sejuk kat dalam..

Resepi Aiskrim Goreng
By: linapg.blogspot.com
Bahan-bahan:
  • 10 keping roti
  • 5 scope aiskrim (apa2 perisa)
  • Plastik ( untuk balut roti)
  • Minyak 
Cara-Cara:
  1. Lembabkan roti dengan air ( saya spraykan roti tu )
  2. Skopkan aiskrim ke atas roti. 
  3. Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi
  4. Tekan acuan telur yang bulat tu supaya roti terputus (Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar)
  5. Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman 
  6. Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan.
  7. SeLamaT MenCuba

close up sket..bagi ngences hehehe..
masih ada lagi ni..

Sunday, March 13, 2011

Ikan Celup Tepung DJ

salam ceria di pagi Ahad..Ikan Celup Tepung ni wat petang kemarin..saja nak ngabieskan stok ikan kembung kecik tuh..Jeuh google sana sini cari resepi. Jumpa kat Myr..tengok cam sedap n senang jer..cek2 tgk rupanya resipi sifu kite dayangjack hehehe..apa lagi terus godek2 kat dapur..Alhamdulillah licin sumanya..memang sedap..rangup jer kerak tuh walaupun dah sejuk..DJ kite CnP resipi kat sini ya
Resepi: Ikan Celup Tepung
By: DayangJack
CnP : Myresipi

Bahan-bahan ( 3 orang )

  • 3 ekor ikan kembung/selayang/ape2 je jenis ikan yg digemari (cuci bersih dan tuskan)
  • 3 camb tepung beras
  • 1 camt serbuk kunyit
  • sedikit kapur
  • sedikit garam
  • air secukupnya utk bancuhan(sy gn air suam)
  • 1 biji telur
  • minyak yg banyak utk menggoreng

Cara-cara

  1. Bancuh kesemua bahan adunan di dalam mangkuk dgn air yg secukupnya.
  2. Panaskan minyak di dlm kuali dgn api yg sederhana.
  3. Celupkan ikan di dalam adunan tpg td.
  4. Kemudian goreng sampai btl2 garing.
  5. Siap utk dihidangkan. Selamat Mencuba! 
 
sedap ikan celup tepung..

Saturday, March 12, 2011

Bila Tadak Keje

salam...
Pekaba suma? Dah siap bersarapan ke suma? puan blog TMK bf ngan roti canai dan nescafe..alhamdulillah dah kenyang ni.roti cana home made ke? of course la yang beli kat restoren mamak..tu pun adik kite yang tulun belikan hehehe..kakak dia makan jer ahaks..panjang lak intro pagi ni..almaklum saja lah lama tak blogging.
N3 ari ni pun bukan n3 masakan..dah lama dapur TMK tak berasap..nak kata bz sangat tuh tak la juga..tp sibuk dok melayan dak kecik yang semakin lasak..

Picas ni snap kat belakang umah bonda kat kampung..time tuh dok tunggu my laling kopek buah nyoq..yang selamat jadi kuih sagu tuh..Boring2 dok tunggu mata melilau cari objek2 menarik yang bakal menjadi sasaran lensa kamera kami..tetiba ternampak la menda alah ni....apa tu?? terus klik..klik..meh tengok menda yang chumel ni....
 cute mute Ladybird ni kan? suke badan dier kalerpul gitew...ssh betul nak snap picas ni ngan objek bergerak huhuhu..blurr sket
 model ni pemalu sket..tetiba jerr nak melarikan diri..
 paparazzi terus kejar 'model' ni..

top view..plak...

Tuesday, March 8, 2011

Sungguh kuterharu...

salam...
Rajin sungguh memalam ni wat n3..saja nak amek tarikh 8/3/11...petang tadi blik dr keje..sambil2 main ngan Maisarah..capai gak la netbook ku ini..memang netbook ni sentiasa ON..jerr..nk tengok refresh skrin jerr.Tengok ramai gak yang meninggalkan komen dan ucapan selamat hari lahir sempena besday ari ni. Terima kasih suma yang sudi memanjatkan doa kehadrat Ilahi..sesungguhnya amat ku terharu dan berterima kasih..sayang you all..
Besday tahun ni jatuh pada hari berkerja, so xde mkn2 spesel, makan kat umah jerr la..tu pun tapau jer ahaks..tapi my laling kata makan2 spesel tggu ari sabtu..hehehe kak rosa nak ikut tak? Jom.jom...Balik keje tadi my laling ada la beli kek..so ada gak la acara potong2 kek..bebudak yang beriya nak potong..tak sangka lak dah tua2 ni my laling nak beli kek..kalau besday anak tu rajin gak la godek2 wat kek..besday sendiri huh..malas la..tak kose you..tak kisah pun sangat..
jangan ada yang minta resepi ya..kek beli jerr ni



masih ada banyak lagi ni..meh2 sapa nak joint..sedap gak ni..


dapat adiah dari my laling..apa mendanya..tak mahal sangat pun..
v
v
v
v
v
v
v
v
v


tunjuk kotak dulu..


hitam itu menawan..laling kata tahun ni budget ciput jerr..tggu projek mega bulan Okt nnt hehehe..tak kisah la laling..mahal ke murah ke..yang penting diberi dengan penuh kasih sayang..
ni lak datangnya dari my sis alla..cute kan mug ni..ngan bekas kecik tu..apa menda ntah..tp chumel sangat..suke2 kaler purple..

Hepi Besday To Me . . .

8hb Mac...bertambahlah usiaku setahun lagi...semoga Allah s.w.t akan memanjangkan umurku, memberikan kesihatan dan kebahagiaan di samping suami dan anak2 tersayang..amin.
***Terima kasih untuk semua yang meninggalkan komen di sini..terima kasih juga atas ucapan dan doa kalian..sesungguhnya sata amat terharu..sob..sob..semoga persahabatan kita akan terus berkekalan..spesel thxs utk my luvly sister kak rosaliza sebab sudi wat spesel n3 besday adikmu ini..thxs sis

Saturday, March 5, 2011

Puding Jagung

Lama betul tak wat puding jagung ni, dok belek2 dalam kabinet ada lagi stok jagung dalam tin.1 tin yang biji2 dan 1 tin lagi jagung cream. Stok susu cair pun dah nak expired..hmm..kena wat stock clearance ni nnt tak pasal2 kena buang lak. So hari ni merajinkan diri wat puding jagung peberet abanglong neh..si abang suka jagung yang berbiji, si adik lak suka yang cream..aduyai susah betul melayan tekak dema berdua ni..Resepi cukup ringkas dan amat mudah disediakan.
Puding Jagung by F&N (myR)

Bahan-bahan ( sefamily )

  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan jagung manis (sy gn 1 tin)
  • 3/4 cawan gula
  • 3 cawan air
  • 1 1/2 cawan susu cair 
  • Sedikit garam (sy tambah)
  • Pewarna ijo (sy tambah)

Cara-cara

  1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
  2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
  3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll. 
terajin boh kaler ijo nak bg lawa la kunun..tp sememeh jer rupa paras hahaha

Sudah Kuterima...

Salam..
N3 pertama di bulan March..Dah 5hb dah pun..lama gak tak bersiaran. Pekaba suma?harap kwn2 mayaku suma dalam keadaan sihat. Sejak dua menjak ni puan blog agak sibuk sket, sibuk ngan keje dan macam2 hal yang nak kena setel.
Sudah kuterima...apa yang dah diterima tu? Bungkusan la..nun dari Sarawak terbang ke mari. Terima kasih banyak2 ya sue (hasue)  sebab sudi bersusah payah poskan bungkusan ni.Sebenornya bungkusan ni dah terima dua ari lepas yp tak sempat nak wat n3.


loyang ni ada nama tau..hehehe..loyang Maisarah hik3..

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...