Monday, July 2, 2012

Gulai Ayam@Kari Ayam

Assalamualaikum...
Menu peberet anak2..kalau masak ayam mesti laju jer depa makan, tak kiralah menu masakan apa sekali pun.Gulai ayam ni, kalau dipanaskan lagi sedap.Ada belen kuah bolehlah buat cicah ngan roti pulak.
seeedapppp

RESEPI GULAI AYAM@KARI AYAM
By: linapg.blogspot.com

Bahan - Bahan:
  • setengah ekor ayam (linapg potong kecik2)
  • 5 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1cm halia (tumbuk)
  • 1 batang serai (ketuk)
  • 1 kotak santan pekat 200ml
  • 1 paket rempah kari daging (jadikan pes)
  • Rempah 4 beradik
  • Asam keping
  • minyak utk menumis
  • Air secekupnya

CARA2
  1. Tumiskan rempah 4 beradik dan serai hingga wangi.Masukkan bahan tumbuk, tumis hingga garing.
  2. Masukkan pes rempah kari, tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam, gaul sebati hingga keluar jus ayam. Masukkan sedikt air (agak2 paras ayam)
  4. Masukkan juga asam keping, garam dan perasa
  5. Apabila ayam agak2 sudah empuk, masukkan santan.Tambah air jika nak lebih kuah.
  6. Kacau selalu hingga kuah mendidih.Sesuaikan rasa, tutup api

8 comments:

alin said... Balas

wahhhh... sedap2.. febret nih... cecah ngan roti pun sedap nih

Cheq Sue said... Balas

gulai camni kalau dapat pekena dengan nasi dagang sedap ni kak lina... adehhhhhh teringin la pulak

Azie said... Balas

Nampak pun sedap jer. Cicah roti jala pun sedap

Anna Qawina said... Balas

nak kari sikit kak..nak cicah roti..hehe

man said... Balas

zaman sekarang, ayam menjadi menu masakkan harian..

lina_pg said... Balas

Terima kasih semua atas komen kwn2..

mama aryan said... Balas

anak saya pun suka makan ayam,termasuk la emaknye juga..hehe

EmbunRosaliza said... Balas

sedap menu wajib setiap minggu, ank2 semua suka

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...