Wednesday, July 25, 2012

Sayur Labu Air

Assalamualaikum..
Hari ni wat tayangan menu sahur yang sangat ringkas dan menyelerakan.Hirup kuah panas2 memang sangat sedap.Resepi saya amek dari kawan baik saya.Selalunya labu air saya wat sayur air jer, yang kaler sup tu.his time ada kaler merah2 sket.Laling kata sedap n anak2 pun suka.
pic ni saya snap ngan enpon jer..maklum le nak cepat sahur la katakan..
RESEPI SAYUR LABU AIR
by: linapg.blogspot.com
Bahan-Bahan:
  • 1 biji labu air (linapg gn saiz kecil jer)
  • 3 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 sb udang kering (rendam jap ngan air panas spy kembang-tumbuk)
  • 1 sd cili giling
  • Sedikit serbuk lada hitam  (kasar)
  • sedikit karot
  • 1 batang celeri (xboh pun xpe)
  • 1 kiub ikan bilis/garam&gula(perasa)
  • Air secukupnya
  • Minyak
Cara-Cara:
  1. Tumis bahan tumbuk hingga garing dan wangi.
  2. Masukkan cili giling, tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air dan kiub ikan bilis dan serbuk lada hitam .Masukkan labu air, karot dan celeri
  4. Tunggu hingga labu empuk.Sesuaikan rasa.Tutup api

4 comments:

EmbunRosaliza said... Balas

Assalam, wahhhh pepagi lagi TMK dah kuar N3, sedap nampak kaler merah tu buat anak2 tetarik nak makan. Ok la kalo diorg mkn, kat rumha akk, sayur mcm ni makbapak je la yg mamamnya huhu. Tapi hari ni rasa mcm nak makan sayur2 bening mcm ni dgn ikan goreng je, lama rasa tak mkn heheh. Blk kg nnt boleh msk mcm ni la rumah bonda byk labu air heheh.

lina_pg said... Balas

kak rosa> wslm.amboi2 pg lagi dah sampai..
sedap wat sayur camn, ada kelainan dari syur bening yg bese tu

che mid said... Balas

Che Mid datang lewat ni... mak che mid suka masak labu air.. tapi che mid dah 10 thn tak masak kut...

lina_pg said... Balas

che mid> Awat mai lambat sangat..awat tu lama xmasak sayur labu.Ada citer disebaliknya ke?cer citer

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...