Tuesday, January 29, 2013

Angel Cake@Devil's Chocolate Cadbury Food Cake

Assalamualaikum....
Gigih petang2 hari update blog gara2 adindaku tak sabar2 tak wat kek yang panjang nama neh.Hehehe sengaja boh angel kat depan tuh sebab gerun tul ngan nama dalam surat beranak kek ni.Walau apa pun nama kek...ia sememangnya sedap.Kaya dengan rasa coklat.Tambahan pulak ada coklat cadbury kat dalam tu.Ekceli dah lama study resepi ni,tapi asyik tergendala gara2 coklat cadbury asyik tinggal bekas jer dalam peti ais..sebijik demi sebijik 'dipunggah' oleh si comelku...Takpe la anak mama nak makan coklat tu..Kali ni berjaya sebab beli dua dan sorok sampai Maisarah tak namapk.Bila dia tengok abes...kira dah abes la tu kih2...Kepada sesiapa yang nak buat kek ni, kena prepare coklat ganache sehari sebelum wat kek.Barulah coklat ganache akan likat dan senang dibentuk.Refer ke blog Evelyn..kat sana ada ditunjukkan step by step

RESEPI ANGEL CAKE@DEVIL's CHOCOLATE CADBURY FOOD CAKE
Sumber : Evelyn Gemina
Sharing : lina pg

Ganache:
  • 454g dark chocolate, dicincang kasar (lina pg gn 450g)
  • 2 cawan fresh cream
  • 56g butter (lina pg gn 50g)
Cara2 Membuat Ganache:
  1. Panaskan fresh cream dalam saucepan hingga mendidih. 
  2. Letakkan coklat yang di cincang kasar kedalam bekas tahan panas.
  3. Tuang fresh cream atas coklat tadi, biarkan sebentar selama 3 minit tanpa digaul.
  4. Gaul perlahan2 hingga semua coklat cair & masukkan butter, gaul lagi. Tutup & biarkan semalaman atau sejukkan dalam peti sejuk selama 3 jam.
Note:
Lina pg biarkan ganache menyejuk pada suhu bilik (2jam)barulah disimpan ke dalam peti ais semalaman)

RESEPI KEK
Bahan-Bahan:(lina pg genapkan jer sukatan)
  • 170g butter 
  • 227g superfine flour (lina pg gn 220g SRF)
  • 2 cawan brown sugar (kena kurangkan sebab agak manis)
  • 2 sk esen vanila
  • 3 biji telur gred A (lina pg gn 4biji telur A-perabih stok)
  • 3/4 cawan high quality cocoa powder
  • 1 1 /4 sk baking soda (lina pg xboh)
  • 1 sk baking powder (lina pg xboh)
  • 1 1/2 cawan buttermilk 
  • 1/4 cawan mayonnaise (lina pg gn 2sb agak2 jer)
  • 30 biji dairy milk cadbury chocolate 
Cara2 membuat kek:
  1. Panaskan oven pada suhu 160 C. Sediakan 3 loyang bersaiz 8', griskan & alaskan dasar dengan wax paper.(Lina pg guna 2 loyang saiz 9inci.Gris dgn mentega n tabur sedikit tepung)
  2. Ayak bersama tepung, soda, baking powder & serbuk koko (Lina pg ayak SRF n serbuk koko)
  3. Pukul brown sugar, vanila & butter hingga ringan & lembut.
  4. Masukkan telur satu persatu. Pukul sebati.
  5. Kemudian, masukkan campuran tepung & buttermilk berselang seli, pukul sebati.
  6. Masukkan mayonnaise kedalam adunan tadi.Kaup balikkan mayonnaise hingga sebati.
  7. Tuang adunan sama rata kedalam loyang yang disediakan. Bakar pada suhu 160 C selama 20 - 30 minit (lina pg bako selama 20min)
  8. Apabila kek masak, rehatkan kek dalam oven selama 10 minit (buka pintu oven sket mcm kek karamel.Tepi kek akan meregang sedikit.Jgn lupa ttp suiz oven.
  9. Terbalikkan kek dansejukkan atas wire rack.
Cara2 Menyusun kek:
  1. Letakkan kek atas cake board (trimkan kek jika tidak rata). Kemudian letakkan cake ring (optional)
 
 cantik kejadian kek ni..langsung tak merekah

 2. Sapukan 2/3 ganache atas kek, susunkan coklat cadbury atasnya.
3. Kemudian ulang semula proses tadi hingga lapisan kek yang terakhir diletak di bahagian atas.

4. Sapukan keseluruhan kek denganlebihan ganache. Hiaskan ikut kreativiti.
Inilah hasil tangan ku yang 'paling kreatif' muahaha...

11 comments:

faa.rosli said... Balas

memang nampak sedap...

lina_pg said... Balas

@faa.rosli

Memang sedap...dapat kat anak2 jap jerr licin

Amie said... Balas

Memang hasil yang kreatif Lina... kak Amie belum mahir lagi deko2 kek ni he he he ehhhh....

mama sara nur said... Balas

assalam
mahal tu penuh rasa coklat kan cadbury my feberet coklat hehee tp takut tak sempat je nk wat kek ni
cantik dan kreatif tu, kemas keknya

lina_pg said... Balas

@Amie
Camni la paling lawa yg mampu dihasilkan kak amie,sy ni semula jadi keras tgn haha

lina_pg said... Balas

@mama sara nur

Wslm,memang betul tu..kaya ngan rasa coklat yg mewah kegemaran bdk2,mama abah merasa sepotong sorang jer

Asyifa Mustaffa said... Balas

Sedapnyaaaaaaa........nak sepotong kak...nak mmbuatnya ntah bila x tau....

Evelyn Gemina said... Balas

Salam kak lina, sorry baru kesini, tq sbb sudi cuba resepi kek yang panjang lebar namanya ni, hehe.

lina_pg said... Balas

@Asyifa Mustaffa
sepotong mana cukup...nah amek 2 potong

lina_pg said... Balas

@Evelyn Gemina
wslm Lyn, tu la kan panjang beno nama kek ni..pepon memang sedap.Tenkiu ya Lyn

tun_telani said... Balas

wahhh!! tgk bahan2 dh terasa moist kek nih.. xcukup mcm satu slice nih.

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...