Wednesday, March 20, 2013

Resepi Puding Trifle Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Kali ni wat Puding Trifle.Kaler maler yang memeriahkan lagi puding ni.Memang menjadi satu tarikan untuk memakannya.Sesiapa yang belum mencuba..dipersilakan memang sedap dan lembut.Terasa nyaman masuk anak tekak dikala mentari hangat membahang.Ewah..bahasa berbunga2 lak..Hari tu ada tengok Tun Telani  wat Puding Trifle in Jar...so kita pun wat jugaklah sket..saja ngetest skill haha...Ada yang nk order ke?Untuk hantaran ke door gift ke?menarik ni kaler maler....reben menten pink la kan sebab kaler tu yg cheq ada...Kalau berminat,sila hantar e-mail ada kat side bar tuh...
sweet jer kan...suka tengok
 Lagi seketoi upload
Ni versi dalam casserol lak...tak kosa haih nk boh dalam balang semua..kami jer yg nak makan...
Hasil bedah siasat..snap dalam bekas jer...3 layer yg sedap...

RESEPI PUDING TRIFLE MUDAH DAN SEDAP
by : Lina pg

BAHAN A (Lapisan Kek)
  • Swiss roll secukupnya
  • Air dari jus koktel
CARA-CARA:
  1. Swiss roll dipotong setebal 1cm.Masukkan ke dasar mangkuk.Kek mestilah menutupi setiap ruang dasar mangkuk.Tekan2 sket supaya padat.
  2. Siram/renjiskan dengan air/jus koktel ke atas kek/swiss roll.Tujuan supaya lapisan kek agak moist.Ketepikan
BAHAN B (KASTAD)
  • 1 cawan rata tepung kastad
  • 1/2 cawan gula 
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air (sukat guna tin susu cair)
  • 1 tin buah2 koktel (asingkan buah dan jus)
CARA-CARA:
  1. Satukan semua bahan, kacau hingga kastad sebati dan gula hancur.Kemudian masak atas api yang kecil hingga pekat.Kastad akan kelihatan sedikit meletup2.Tutup api.
  2. Curahkan adunan kastad ke atas lapisan kek (Bahan A)
  3. Susun buah koktel ke atas adunan kastad sambil ditekan2 sedikit supaya buah tidak terapung.Sejukkan sebentar.
BAHAN C (Kristal Jelly)- sy gn agar2 jer sbb lupa beli
  • 10g serbuk agar-agar
  • 1.2liter air
  • 3/4 cawan gula
  • 1-2 titis pewarna merah
CARA
  1. Satukan semua bahan,masak atas api hingga agar2 dan gula hancur.
  2. Curahkan ke atas adunan kastad.Curah perlahan menggunakan senduk/sudu.Mulai dari tepi supaya lapisan tidak bolos dan bercampur warna.Dengan kata lain buat dengan cermat hoket.Sejukkan sebentar.Pastu pindahkan ke dalam peti ais hingga puding keras.
Update:
Sekiranya menggunaka Kristal Jelly, cuma ikut arahan pada belakang kotak.
Saya gunakan Kristal Jelly brand Nona.Campurkan dengan 400ml air.Dan masak atas dapur hingga hancur.Kemudian curahkan adunan ke atas lapisan kastad


28 comments:

JaSSNaNi said... Balas

alamakkkk.. comelnye puding dlm balang kecil tu.. rajin men-trifle dlm balang kecil ye..

Asyifa Mustaffa said... Balas

triffle ni la dok terbayang 2 3 hari ni kak.....nak buatya....tp barang2 kena bli...nak kuar ru yg malasnya tu....cuaca panas skrng ni...itu mlas kuar rmh....huhuhu.....

MaDiHaA a.k.a Ratna said... Balas

memang cantik & menarik kalau buat door gift kan...

lina_pg said... Balas

@JaSSNaNi
Comey2 pun kena ngap gak Nani haha

lina_pg said... Balas

@Asyifa Mustaffa
Sedap ni asyifa layan puding trifle time cuaca panas camni

lina_pg said... Balas

@MaDiHaA a.k.a Ratna
Nampk sweet jer kan kalau wat door gift

Hafizah Mohamad said... Balas

sedapnyer kak...cuaca dah la panaih la ni...kalau masuk lam tekak ni perghhh....bestnyer....akak dok penang area mana...leh tau x...he he he

zila norazila said... Balas

cantik btl layer dia lina..
klu buh dlm balang kecik2 syg plk nk makan..chomeelll sgt..:)

EmbunRosaliza said... Balas

Assalam, semlm dah komen pas tu hang pulak tak kuar2 komennya,.

Cantik menarik nampak puding tu,sedap dimakan. Teringin nakbuat juga lah

lina_pg said... Balas

@Hafizah Mohamad
betoi tu sedap makan time panas2 ni kn..
sy tinggal di sg.nibong

lina_pg said... Balas

@zila norazila
tq zila, trifle yg dalam balang tu,aemk pegang..pusing2 tengok tepi kiri kanan..cam sayang nk makan..bila buka penutup..satu suap..pas sesuap..tup2 licin muahaha

lina_pg said... Balas

@EmbunRosaliza
wslm..mayb komen tu tak tersent lagi dah hang..

Ruzie Zabidin said... Balas

wah...nampak meriah, nk cuba tq for sharing the recipe...

aliza jaja said... Balas

Cantik sgt..ni resepi untuk berapa hidangan..? Nak cube nti..:-)

sha tembam said... Balas

Kak lina.kan akk tlis buah koktel ngan air diasingkan.maknenye guna buah je la.air koktel tu tak guna pon la eyh??

LiNa_Pg said... Balas

@sha tembam
BAHAN A (Lapisan Kek)
Swiss roll secukupnya
Air dari jus koktel
CARA-CARA:
1)Swiss roll dipotong setebal 1cm.Masukkan ke dasar mangkuk.Kek mestilah menutupi setiap ruang dasar mangkuk.Tekan2 sket supaya padat.

2)SIRAM/RESNJISKAN DENGAN JUS KOKTEL ke atas kek/swiss roll.Tujuan supaya lapisan kek agak moist.Ketepikan

radz kaber said... Balas

comelnye trifle tu.. nampak sedap...rasa nak makan jk. terliur tgk gambak :)ada amik tempahan ker?

www.mnmforlife.blogspot.com

LiNa_Pg said... Balas

@radz kaber
Kalau berminat nk menempah boleh e-mail saya.E-mail addrs ada kat side bar.Bawah gambar kek..

ROSLINDA ROSLI said... Balas

salam..nampak best semua resipi..kalau nak belajar bole..i mean ader buat kelas x,,tqvm

Aliff Amran said... Balas

Nak cuba buat triffle...anak ada jamuan kat skoloh

Aliff Amran said... Balas

Nak cuba buat triffle...anak ada jamuan kat skoloh

nur asyiqin said... Balas

Akk.. Gula tu .. Gula biasa or gula Castor?

Unknown said... Balas

Area melaka amik x? Emel saya azura769@gmail.com

Unknown said... Balas

Area melaka amik x? Emel saya azura769@gmail.com

Arinie Ghazali said... Balas

Kreatif btol letak dlm bekas kecik tu

Mama Adam said... Balas

memang sedap la puding ni..

Nad Love Fad said... Balas

akak nak tumpang tanya. puding dalam jar ni kalo x masuk peti tahan berapa lama?
(dah sejukkan dr dlm peti pastu keluarkan bawak g taska anak, tunggu lepas majlis siap baru makan, lama jugak)

Diana Din said... Balas

alamak!! sedapnya..bilalah tangan Na nak membuatnya nih..hehe

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...