Tuesday, June 4, 2013

Resepi Daging Sekilo Bawang Sekilo

Assalamualaikum...
Sejak terpandang  resepi Daging Sekilo Bawang Sekilo yang selalu diulang siar oleh kak Amie, hati terdetik ingin mencuba, tapi asyik terbantut jer sebab mengenangkan anak2 tak bape sukakan menu daging.Depa lebih prefer makan ayam...Bukan apa takut tidak mendapat sambutan, jenuh mama ngan abah depa nk makan kan?Dah la nk masak ni makan masa yg agak lama...Rupa-rupanya sangakaanku meleset sama sekali.Anak2 suka makan daging ni...Nisa makan berulang kali..Sedap katanya rendang ni...tambah lak bila digandingkan ngan Ketupat Daun Pisang a.k.a Ketupat Dakap ni.Memang sangat2 mabeles.Kepada yang belum mencuba resepi ni...silalah cuba sangat berbaloi..Tempoh memasak agak lama, tp sangat berbaloi sebab sangat sedap..Kalau nak rasa kelainan dari rendang, kena try ni...
saya sukakan yang basah2 camni..bila dicicah kuahnya akan berpalut pada ketupat..
Inilah setnya...ketupat dan daging sekilo bawang sekilo.Kalau berminat ngan rcp KETUPAT DAUN PISANG silalah klik kat link tu yea

RESEPI DAGING SEKILO BAWANG SEKILO
Sumber : kak Amie
Sumber2 : LiNa Pg

Bahan-bahan:(Lina pg buat setengah saja) 
  • 1/2 kg daging (potong kecil-kecil)
  • 500ml  santan cair (Lina pg guna air jer-tambah ikut suka)
  • 250ml santan pekat
  • 3 ulas bawang putih - pecahkan dan cincang
  • 1/2 kg bawang besar (potong kasar-kasar)
  • 8 biji cili merah (potong nipis-nipis)
  • 3 biji bawang putih (tumbuk)
  • 2cm halia (tumbuk)
  • 5 cm kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • garam & gula / perasa pilihan
  • 2 batang serai titik (Lina pg tambah rcp asal tadak)
  • minyak
  • 1 sudu teh pati asam jawa (Lina pg guna 2 asam keping)
  • 40g kerisik (Lina pg tambah rcp asal tadak)
Cara:
  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
  2. Masukkan lada merah dan serai dan terus kacau hingga layu.
  3. Masukkan daging dan bawang. Biarkan hingga daging layu.
  4. Gunakan api besar supaya bawang dan lada segera hancur.
  5. Kemudian masukkan 500ml santan cair (lina pg masukkan air jer) dan perlahankan api. Tutup kuali.
  6. Setelah kuah hampir kering dan bawang serta lada menjadi hancur, masukkan pula santan pekat serta garam dan gula / perasa pilihan serta pati asam jawa dan kerisik.Gunakan api perlahan.
  7. Kacau selalu supaya sebati dan tutup api setelah  kuah pekat dan terbit minyak.
  8. Daging sekilo bawang sekilo siap untuk dihidangkan dan enak dimakan bersama nasi himpit / ketupat / roti dll.
Resepi yang menggunakan banyak bawang akan menjadikan hidangan itu sangat sedap dan rasa manis...
 Lina pg masak guna double grill pan..senang kije..pas kacau tutup ajer..biarkan dia mereneh dan daging empuk..semuanya terkumpul kat dalam piyuk tuh.Hasilnya....sangat lazat
Daging, bawang sudah agak layu..Lina pg tambah air jer..hingga daging agak empuk..Gambar seterusnya tadak ya..sebab sibuk membalut ketupat haha

12 comments:

Norzila Zakaria said... Balas

dapur x berasap zila dtg makan sini ye kak..sedap tu..zila pes time tgk ketupat gitu..ketupat nasi ke pulut kak lina

Chik Mimi said... Balas

sedap ni lina boleh tiru nanti

LiNa_Pg said... Balas

@Norzila Zakaria
Ketupat pulut zila, sama cam ketupat daun palas gak.Bezanya dibalut ngan daun pisang

LiNa_Pg said... Balas

@Chik Mimi
Silalah tiru kak mimi...sedap tul gandingan dua sejoli ni hihi

Amie said... Balas

Assalamualaikum Lina,
lembut je harum aroma daging sekilo bawang sekilo ni kan Lina... kakak kalau buat sekilo gerenti habis punya, sebab dagingnya lembut, manis & sudah semestinya enak! Selalu kakak buat bawa ke sekolah makan dengan kawan2, mereka kata memang sedap, tapi bila tengok resepinya memang tak berani cuba... dah cuba sekali memang nak cuba lagikan Lina.

LiNa_Pg said... Balas

@Amie
wslm kak amie,
Memang betul kak amie..nmpk menu macam sedap, tp tgk rcp macam agak 'ngeri' sket sebab bawang sampai sekilo guna huhu.Tu lah kalau tak cuba, tak tau...dah cuba terus jatuh chenta...
Memang lembut dan rasa manis bawang yang mmebuatkan daging sangat sedap...InsyaAllah akan buat lagi..raya nanti lah kot..makan ngan ketupat hehe..Terima kasih kak amie atas resepinya.
Kepada kawan2 dan adik2 kat luar sna, cubalah sangat2 berbaloi..

tun_telani said... Balas

Salam kak lina.. hihi.. lucu la nama lauk nih.. tun biasanya xmakan daging, tp bila daging masak ala rendang atau gulai pekat2, blh gak makan sikit2.

LiNa_Pg said... Balas

@tun_telani
wslm Tun,
Nama dia dah jadi rcp terus dah hehe..
owh Tun tak makan daging ek..cicah ngan kuah pun sedap Tun..sedap manis bawang tu membuatkannya sedap

hana said... Balas

menark dan tertarik la na... arini insyaAllah puasa.. tengah mencari menu sesuwai ngan anak tekak... nmpknyer mcm dah tersangkut tak gerak2 dr lappy nenngok daging ni... haishhhhh penggoda sungguh la! hehehe

LiNa_Pg said... Balas

@hana
Ha..kalau dah tersangkut n takleh gerak, kena wat jugak la tu...Sedap taw hana..really recommended..
Best part is..anak2 suma bleh makan..even maisarah pun makan gak..

Sue @ Nenie said... Balas

Assalamualaikum..Ohhhh daging sekilo bawang sekilo rupanya..ingatkan rendang...Tapi kalau saya yang masak dah kena ubah nama ni..daging ½kilo bawang ½kilo..he he he

EmbunRosaliza said... Balas

Assalam, simple je nampak resipinya, dua tiga kali ulang baca resipinya, hanya guna cili merah ,tanpa kunyit bagai. Mesti sedap n manis rasa bawang tu. Raya nnt boleh la buat kat kampung heheh. Akk dh ada dgg tu, tapi cili merah pulak tak beli,

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...