Resepi Gulai Kawah

By LiNa_Pg - Thursday, June 13, 2013

Assalamualaikum...
Nama ajer gulai kawah tapi versi kuali haha.Aci tak macam tu.Kalau nk betul2 asli masak dalam kawah kena tunggu kenduri la jawabnya hehehe.Kali ni saya menggunakan daging cincang/daging tetel.Daging cincang ni bukan suma daging.Ianya termasuk lemak n urat2 gitew.Memang ginilah kekdahnya gulai kawah.Tapi bagi saya lebih baik guna daging pejal sebab daging cincang ni lama benor nk empuk.Bercinta dok tunggu daging empuk adoyai..Tapi berbaloi bila siap masak memang dagingnya lembut.Memang gitulah tektur daging gulai kawah ni.
Sekarang ni tak payah nk tunggu kenduri kawen kalau nk makan menu kenduri, gugel ajer resepi kat internet, berderet2 kuar.Semua ada.Mak bapak jer yang tadak dalam intrenet ni hehe.
Okey sebelum merapu lebih jauh, jom la kite semak resepi.Kalau nk tengok versi dulu, klik SINI

Picas snap ngan enpon jerr
RESEPI GULAI KAWAH
Bahan-Bahan:

  • 1/2 kg daging lembu hiris nipis (kali ni LiNa Pg gn dgg cincang)
  • 1paket kerisik (40g) 
  • 1 paket kecil kari daging
  • 1 labu bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 2cm halia (kisar)
  • 1cm lengkuas (kisar)
  • 2 batang serai (ketuk)
  • 3-4 sb cili giling
  • 3 helai daun limau purut (carik-carik) option xletak pun xpe
  • 1 cawan santan pekat
  • Rempah 4 beradik
  • 3sb gula merah
  • 2-3 keping asam keping
  • minyak
  • garam 
  • Air

Cara-Cara: 

  1. Panaskan minyak, tumiskan rempah 4 beradik, bahan kisar,serai ketuk sehingga wangi dan garing
  2. Satukan cili giling dan rempah kari, jadikan pes.
  3. Masukkan pes (cili giling+rempah kari) tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan daging dan kacau rata.Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
  5. Bila daging agak empuk, masukkan santan, kerisek, garam, gula merah, daun limau purut dan asam keping
  6. Biarkan mereneh hingga daging betul2 empuk.Kacau sekali sekala (untuk mengelak hangit)
  7. Biarkan sampai pekat.Tutup api.Dah siap
  8. Sedap dimakan dengan nasi atau roti

  • Share:

You Might Also Like

9 comments

  1. Saya pun suka daging tetel... walaupun nak masalnya kena ambil masa tapi hasilnya berbaloi sebab lebih sedap berbanding daging pejal.

    ReplyDelete
  2. Assallamualaikum kak Lina..

    Aaahhh..kalau dah masak di rumah utk keluarga saja tak kan nak masak dalam kawah kan kak. Masak dalam kuali atau periuk jer la..heheee..
    Ermm..kalau di sini, gulai kawah ni senang nak cari. Tapi mmg gulai kawah yg betul2 best, dagingnya kena betul2 empuk dan kuahnya pekat..Tapi kan kak, kalau hari raya korban, Nadz tak lalu nak makan pula gulai kawah ni sbb hari2 jumpa gulai kawah ni. hihhiii.. Setiap rumah hidang gulai kawah, daging goreng atau singgang daging..

    ReplyDelete
  3. assalam lina..acik selalu dengar..masak dalam kawah jadi namanya gulai kawah ye..kalau tentok ada kari..rasa macam masak kari ye lina..bezanya letak kerisek..nanti acik nak cuba la..terima kasih lina..

    ReplyDelete
  4. @Amie
    Daging tetel ni sedap tp tu la nk masak tu bercinta tul huhu

    ReplyDelete
  5. @Nadz Nazharzan
    wslm,betul tu Nadz..kalau takat nk makan 4-5org..tak kan nk masak sekawah ya dak?jajnji rcpnya gulai kawah...kira orait la tu...
    samalah ngan akak, kalau ry haji..tgk dgg pun dah tak lalu, rasa cam sanggup mkn ngan ikan kering n nasi panas ajer huhu

    ReplyDelete
  6. @Acik Erna
    wslm acik..kalau kat klate, ada rempah khas untuk gulai kawah..tp dah tadak guna ajerlah rempah kari biasa..letak kerisek bg pekat sket n bila makan da lekat2 bau kat jari..ye lah tu gulai kawah haha

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Sedapnya Sis tengok kari ni. Makan dengan nasi panas or cicah roti memang layan ni

    ReplyDelete
  8. ehmmm sedapnye
    tol ar skang sume dihujung jarikan
    xyah tunggu kenduri tok makan gulai kawah ek
    memang terbaik
    jemput meriahkan blog saya ye
    saya ni newbies blogger
    umielman.blogspot.com

    ReplyDelete