Thursday, December 12, 2013

Resepi Sambal Tomato Udang Kering Yang Sedap

Assalamualaikum...
Aik tadak lauk ayam ke ari ni?Oh! no..no...ayam wajib ada setiap hari..Tapi arini mama dia agak malas, cuma wat ayam goreng bodow dan sayur terung masak lemak putih untuk anak2 kih2.Mama ngan abah layan Sambal Udang Kering dan tomato ni digandingkan dengan ikan gelama masam..walllaaaa memang layan abes.My lalink makan bertambah2.Memang sangat2 sedap.Mula2 tengok Evelyn tayang kat fb terus gi sekodeng kat blog dia...senang sangat rupanya..apa lagi bila ada stok tomato segar terus ON projek ni.Disebabkan saya cuma tengok seimbas lalu resepi kat blog lyn ada kesilapan kecil, sepatutnya udang kering ditumbuk asing dengan bawang tu...tapi takpolah rasanya menten meleTOP hehe..
Apa pun terima kasih banyak lyn..
simlpe tapi sedap....
RESEPI SAMBAL UDANG KERING DAN TOMATO
By : Evelyn Gemina
Sumber : LiNa Pg

Bahan-Bahan:

  • 250g udang kering (tumbuk)
  • 4 biji buah tomato (buang biji - dadu)
  • 3 biji bawang merah (tumbuk)
  • 3 ulas bawang putih  (tumbuk
  • 5 - 10 biji cili padi  (tumbuk)
  • Garam dan gula/perasa

Cara2:

  1. Rendam udang kering dalam air panas hingga lembut.Kemudian toskan
  2. Tumbuk udang kering, bawang dan cili padi.
  3. Tumiskan bahan tumbuk hingga garing kemudian masukkan buah tomato yg telah didadu.
  4. Kacau sebati.Biarkan sebentar hingga tomato layu.
  5. Masukkan garam dan gula/perasa.Sesuaikan rasa.Tutup api
  6. Sengetkan kuali supaya minyak dan sambal terasing.
 bahan yg digunakan 
dah siap tumbuk

9 comments:

Amie said... Balas

Saya pun terasa2 betapa enaknya dapat cicah dengan sambal tomato ni Lina... wadeeehhh lagilah time pewoot lapar!

Umie Jazz said... Balas

menu simple cenggini mmg menyelerakan tak sedar bertambah2 nasi dalam pinggan ...=)

Chik Mimi said... Balas

Manyak sedapppp lor

LiNa_Pg said... Balas

@Amie
Tu la kak amies..sedap lak makan sambal camni...anak2 pun makan gak

LiNa_Pg said... Balas

@Umie Jazz
Sangat setuju ngan UJ, simple tp nasi bertambah

LiNa_Pg said... Balas

@Chik Mimi

Hehe..manyak2 sidap

tun_telani said... Balas

nyumm!! tun kalau ada sambal2 mcm nih, mmg lajuu makan nasik :)

MaDiHaA a.k.a Ratna said... Balas

akak pun buat juga sambal ala2 cenggini yg gunakan tomato fresh.. ikut resepi amie... mmg sedap sgt2... walaupun dpt byk.. tp byk juga yg luaknya.. hehe..

re: paruh burung tu akak buat guna hujung cili padi merah. maaf ye lambat plak reply.. dah baca comment tp tak reply terus.. lama2 lupa.. hari ni baru teringat lina ada tanya pasal tu belum berjwp.. hehe..

mama sara nur said... Balas

assalam lina
mengancam betul ni
sedappp

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...