Wednesday, March 26, 2014

Resepi Mudah Sardin Masak Tempoyak

Assalamualaikum...
Hari ni kebuntuan...tak tau nak masak apa....malas pun yea jugak..okey paling senang sekali..masak lauk sardin jer la.Pastu buat telur mata..hurm menu ringkas tapi menyelerakan bila layan dengan nasi panas..Untuk mamanya buat ikan bilis goreng garing2...Sebenarnya Sardin tempoyak ni secara tak sengaja.Time dok masak tu tercari2 asam keping.Tapi mata terpandang tempoyak..hurm boh ajerlah tempoyak pun..janji boleh bagi impact masam tu...bleh rasa..wow sedap jugak la...eksperimen berjaya heheeee..Resepi paling malas ni main hiris n ketuk jer kih3..Kalau ada yang nk mencuba, silakan..
Menyelerakan tak?? sedap ni...kalau nk cicah roti pun sedap.

RESEPI SARDIN MASAK TEMPOYAK
By : LiNa Pg

Bahan-Bahan:
  • 1 tin sardin saiz besar
  • 1 cm halia ( hiris/mayang)
  • 1 labu bawang besar (hiris)
  • 2 batang serai (ketuk)
  • 1 sb cili giling
  • 5 biji cili padi ( ketuk)
  • 1 sb sos tiram
  • 2 sb tempoyak
  • 1 biji tomato (belah 4)
  • Garam dan perasa/gula
  • Minyak
Cara-Cara:
  1. Panaskan minyak tumiskan halia, bawang besar dan juga serai hingga wangi dan sedikit garing.
  2. Masukkan cili giling.Tumis sekejap hingga pecah minyak.
  3. Masukkan tempoyak, tumis lagi.
  4. Masukkan sardin bersama kuahnya sekali.Gaul sebati
  5. Masukkan sos tiram, tomato dan cili padi.Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula (jika perlu)

3 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said... Balas

Salam ukhuwah..

Wah boleh juga di cuba sardin masak tempoyak ni...

Akak follow #1451 jemputlah ke blog kecik akak ye :)

Sue @ Nenie said... Balas

Salam Kak Lina..he he he he Macam ada hati lah plak nak mencubanya....By the way..Thanks untuk idea ni...

Sue Bee said... Balas

belum penah lak SB try campur tempoyak..pasni nak buat ngetest tekak family dulu..

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...