Assalamualaikum...
Agak bizi sejak dua menjak ni..dengan badan tak berapa sihat..terlupa terus dengan GA kak amie ni...memula hasrat memang nk joint sebagai tanda sokongan kepada kawan2 tp kesuntukan masa.Seb baik kak amie lanjutkan tarikh tutup GA, bolehlah joint.Saya buat simple 2jer tau kak amie..ni pun dah ingat2 lupa dah ni hihiii..Saya kongsikan pengalaman paling latest iaitu Debar Menanti Kelahiran Maisarah...Sebenaranya Maisarah dilahirkan pada 22hb Julai 2010 16 hari lebih awal dari tarikh jangkaan.Tapi disebabkan baby ni tak sabar2 nak melihat dunia...walaupun dilahirkan awal, dia lahir dalam keadaan sihat dan sempurna..
Saya masih ingat lagi pada 20hb Julai masih lagi pergi bekerja seperti biasa, memandangkan saya akan mula bercuti maternity leave..segala dokumen mesti mendapat approval dari pihak management.Bila dah setel terus bagitau boss start cuti mggu depan.Minggu depan konon heheee..rupanya esok tu dah bersalin
Malam tu kami dapat call dari kampung, F.I.L sakit tenat di kampung..en.asben ambil keputusan untuk pulang menjengok orang tuanya esok pagi..Okeylah memandangkan saya menanti hari, biarlah dia balik sorang2...awal pagi dalam kol 3am camtu..saya telah 'turun tanda' tapi tak rasa sakit pun..
Dalam en.asben siap2 nak balik kampung terus bagitau pasal turun tanda tu...kami ambil keputusan untuk terus ke hospital...Bila doktor buat pemeriksaan..katanya belum rahim belum terbuka lagi..dan disuruh balik jer..
Dari pagi sampai ke tengahari tak rasa apa2 sangat..bila petang sudah rasa sakit..Suami dalam dilema nk balik kampung atau stay kat sini temankan isterinya...
Lepas Marghrib dapat call dari kampung lagi..F.I.L akan dipindahkan ke Hospital Kota Bharu...Ya Allah makin serius nampaknya.Suami mesti meronta2 nk balik kampung..Bila suamiku dapat bercakap dengan ibunya dan ibunya menyuruh supaya temankan saya di sini sebab kat kampung dah ramai sedara mara katanya..Mungkin ayat inilah menyebabkan suamiku terasa lega sedikit...
Dalam pukul 9.30pm,kami ke hospital lagi..kali ni bukaan rahim 5cm...kena tolak masuk ward dulu..adeh napelah tak masuk labour room terus...Kol 11.30pm call nurse sebab sakit makin kerap..bila check dah buka 8cm...kelam kabut nurse tolak ke labour room yg berada di tingkat atas..beberapa minit kemudian barulah doktor sampai...cun2 untuk menyambut baby jer...Tepat jam 12am Maisarah selamat dilahirkan..
Alhamdulillah...
2-3 hari selepas itu..F.I.L telah selamat discharge dari hospital KB dan dibenarkan pulang ke rumah.Selang seminggu beliau dimasukkan kembali ke hospital.Kali ni suamiku pulang ke kampung menjaga orang tuanya memandangkan saya dah sihat sedikit dan mampu menguruskan serba sedikit..yea lah sihat2 orang pantang camanalah sangat...
Semasa umur maisarah genap 20hari arwah tokwannya telah kembali menemui penciptanya..al fatihah buat tok wan..Semoga rohnya dicucuri rahmat
Inilah dia maisarah selapas siap mandi2...senget2 mulut hihiii
Inilah gambar terbaru Maisarah..pantang jumpa air..suka sangat mandi.Ni mandi manda kat Kolam Air Panas Ulu Legong..best jugak
SAYA SUKA WARNA PINK/PURPLE
2 comments
Acik tak boleh nak join lina..dah lama sangat..anak dah besar2.
ReplyDeletetapi acik tak pernah lupa setiap kali debaran ketiga2 anak tu
Terima kasih Lina atas sokongan itu... ribuan terima kasih! Dapat Kak Amie bayangkan dalam kesibukan Lina itu Lina imbas kembali saat 'indah' kelahiran Maisara, dan pada masa yang sama suami Lina pula bergelut antara pulang dengan tidak untuk bersama FIL.
ReplyDeleteApa pun sempat juga suami Lina bersama ayahandanya walaupun seketika sebelum pemergiannya.
Nanti Lina emelkan nama penuh, alamat & no hp ke alamat emel Kak Amie ye : salamiez@gmail.com