Resepi Ayam Kalio

By LiNa_Pg - Wednesday, April 16, 2014


Assalamualaikum...
Saban hari masak, jenuh dok pikir nk masak apa lagi..selalunya jadi bila nk hujung2 mggu...bila semua masakan kegemaran keluarga dah masak dalam minggu tu...terpaksalah gugel sana sini mencari idea.Kebiasaanya kalau masak untuk lunch saya suka yg berkuah..senang,malam nnt panaskan ajer.Kalau yg goreng tu leceh sket sebab petang nnt kena menggoreng lagi...

Kuahnya agak pekat,tp disebabkan saya snap time panas2 lagi nmpk cair sket...

RESEPI AYAM KALIO
By : Malina LiNa Pg (https://linapg.blogspot.com/
Sumber : Wana Potret Kasih

Bahan-Bahan
  • 400g ayam ( anggaran dalam 1/2 ekor ayam )
  • 4-5 ulas bawang merah ( kisar )
  • 3 ulas bawang putih ( kisar )
  • 2-3 sudu makan cili kisar ( boleh tambah jika suka pedas )
  • 4 biji cili merah (kisar)LiNa Pg tambah rcp asal xde
  • 1 inci halia ( kisar )
  • 1 inci lengkuas ( kisar )
  • 2 batang serai ( kisar )
  • 2 cm kunyit hidup ( kisar )
  • 250 ml santan atau susu cair
  • 3 -5 helai daun limau purut (hiris nipis)
  • 1 batang karot (potong baji)
  • 1 biji tomato (belah 4)
  • 2 keping asam keping
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa
  • Air dan minyak
Cara penyediaan
  1. Tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan ayam dan asam keping. Masak hingga ayam kecut.
  3. Kacau dan balikkan selalu agar ayam yang di masak sekata masaknya.Tambah sedikit air
  4. Masukkan santan atau susu cair serta daun limau purut dan juga karot. Jika mahu kuah lebih boleh di tambah sedikit air lagi.
  5. Masakklah hingga kuah agak pekat.Masukkan tomato, sesuaikan rasa…. bolehlah diangkat.

  • Share:

You Might Also Like

5 comments

  1. nampak sedap la lina... boleh try ni nnt.. akak selalu ckp nak try nak try.. tp bila lupa print resepi sampai rumah melopong takde idea nak masak.. hehe... sbb kdg tu.. copy & save je dlm pendrive.. pendrive plak tinggal kat opis.. abis camno? hehe.. nak kena printla baru cepat sikit eksperimen menjadi... tq sharing..

    ReplyDelete
  2. nampak sungguh sedap..SB pon kalau dah abis idea nak masak apa,gugel sana sini la jawabnya

    ReplyDelete
  3. em, sedap dan menggiurkan ayam tu kak lina..makan yang berkuah ni memang best..kalau sya, tuang kuah banyak2 dalam nasi..sedap dan layan abis..hihi..

    ReplyDelete
  4. Nk tnye,dlm pntang leh mkn ke?

    ReplyDelete
  5. Nk tnye,dlm pntang leh mkn ke?

    ReplyDelete