Tuesday, April 1, 2014

Resepi Blooming Onion

Assalamualaikum...
Sedar tak sedar dah masuk bulan April...sudah abes 1 quarter di tahun 2014.Cepatnya masa berlalu..seolah2 berlari meninggalkan kite....Jangan ada yg kenakan kawan2 yea pada tarikh 1 April ni heheeee...Ingat tak April Fool..memang seronok dapat kenakan orang, tp yg terkena tu mesti sakit hati....
Okey, berbalik pada tajuk n3 ni...sekarang tengah meletop blooming onion yg crisphy dan sedap dicicah dengan cili sos dan juga mayonis..Bila tengok kawan2 maya sudah mencubanya..barulah saya semak resepi.Senang sangat rupanya, tp perlukan sedikit ketelitian semasa nk potong bawang.Saya cuma gunakan bawang yg saiz biasa jer..Kalau ada bawang yg saiz besar mesti best...takpelah percubaan pertama..hantam sajalah labu....Bawang yg saya gunakan spesis Holland, bawang berwarna kuning...rasanya semulajadi manis dan rangup....Memang tak rugi mencuba..
Kalau tak silap saya, pestaim saya tengok kat grop masakan PBT-Kelentung Kelentang.Terima kasih kepada tuan punya resepi...dan juga kawan2.
Walaupun tak begitu BloOoming...tapi rasanya memang sedap..
RESEPI BLOOMING ONION 
By : LiNa Pg
Sumber Cuci Mata : Alongroz

Bahan-Bahan: (Version LiNa Pg)
  • 1 labu bawang besar
  • 2 sb tepung jagung
  • 2 sb tepung gandum
  • Sedikit garam
  • Sedikit ajishio
  • Sedikit lada hitam (freshly crash)
  • Sebijik telur (dikocok)
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-Cara:
  1. Satukan tepung gandum, tepung jagung, garam,ajishio, lada hitam.Gaul sebati.Ketepikan
  2. Bawang besar dikupas kulit, cuci bersih dan dipotong membentuk 16 kelopak.
  3. Pisah-pisahkan kelopak bawang, taburkan campuran tepung meliputi semua kelopak bawang.
  4. Celupkan ke dalam telur yg telah dikocok.
  5. Gaulkan ke dalam tepung sekali lagi..Double coating...
  6. Kemudian goreng secara deep fry.Pastikan minyak telah dipanaskan terlebih dahulu.Goreng bahagian kelopak menghadap ke bawah dahulu hingga garing kemudian terbalikkan untuk menggoreng sebelah lagi.
  7. Apabila kedua2 bahagian telah garing.Angkat dan toskan minyak.
  8. Sedia dihidang bersama sos cili dan mayonis.
Nota LiNa Pg
Boleh juga gunakan tepung KFC atau tepung yg sedia terjual di pasaraya

12 comments:

Cheq Sue said... Balas

saya dah tengok alongroz buat...memang teringin nak cuba ni kak lina. mesti sedap rasanya

LiNa_Pg said... Balas

@Cheq Sue
Sedap cheq sue..anak2 kak lina puna makan..tak terasa pun makan bawang kikiii

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said... Balas

Wah.. mudahnya Lina .. akak nak cuba juga nanti ni :)

MaDiHaA a.k.a Ratna said... Balas

aduh sedapnya... teringat2 kesedapan onion ring.. yg ni mesti sesedap tu jugak kan.. insyaAllah ada kesempatan nak juga mencuba.. tq sharing..

Bicara Kak Noor said... Balas

kak noor pun teringin nak buat bila tengok kat fb Eda ni dah ada resepi mungkin cepat sikit kot buat hahaha, thanks Lina kongsi resepi ya

LiNa_Pg said... Balas

@CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati)
Sangat la mudah..sedap pulak tu...cube jangan tak cube

LiNa_Pg said... Balas

@MaDiHaA a.k.a Ratna
Rasanya lebih kurang cam onion ring gak la kot...tp tak terasa pun bawang tu...sedappp

LiNa_Pg said... Balas

@Bicara Kak Noor
Sama2 kak noor..saya cuma panjangkan kat blog TMK ni heheee

Rizziela said... Balas

blh try ni

Bbwana adienia said... Balas

salam kak lina..

x pernah makan..tapi nampak menarik ni..

Sue Bee said... Balas

belum penah cuba buat ni..mesti sedap sbb bawang besar manis rasanya..

Hafizah Mohamad said... Balas

Assalam kak...pernah nampak kat FB..memandangkan fiza x suka makan bawang tu yg x ambik port tu...hihihi...tp nampak cantik jer kan....he he he

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...