Wednesday, October 1, 2014

Resepi Ikan Bakar Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Sedar tak sedar dah masuk bulan Oktober dah.Terlalu cepat masa beredar..Terasa seperti kite baru jer sambut taya puasa..dah tinggal berapa hari jer lagi nak sambut raya haji pulak..
Okey la kite pun tak boleh membazir masa, terus jer ke n3 hari ni.Kali saya nak kongsikan satu resepi yang sangattttt senang dan cepat yang penting sedap.Dua tiga ari lepas, saya singgah di rumah kak amie yg menghidangkan ikan bakar..wow..sungguh menggoda jiwa raga.Bila semak resepinya..alahai simple sangat bahan2 yang digunakan.Kebetulan ikan pulak ada stok  apa lagi dengan pantas terus mencuba.Menurut kak amie..resepi tu diambil dr blog kak Azie Kitchen..tp tiada sukatan..Jd saya CnP saya rumah kak amie..Sukatan yg kak amie berikan untuk 1kg ikan..saya cuma ada 4ekor jer ikan kemubung.Agak malas nak kurangkan sukatan.Saya tambah seekor ikan siakap...Ya ampun sedap betul yg gunakan ikan siakap ni isinya manis..husband saya ratah gitu ajer..Tambah lak makan panas2 (yg ni saya tak snap gambar cuma ikan kembung jer ada gambar)
Apa pun terima kasih kepada kedua2 pakar masak kak amie dan kak azie.Jom semak resepi
Simple tapi sedap..bahan2 pun sangat mudah...

RESEPI IKAN BAKAR MUDAH DAN SEDAP
Sumber Cuci Mata: Kak Amie (Little Kitchen)

Bahan-bahan:
1 kg ikan kembung (LiNa Pg gn 4ekor kembung 1siakap)

Bahan Perencah:

  • 1/2 cawan pati santan 
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh garam / perasa pilihan (LiNa Pg gn 1/2 kiub ikan bilis)
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu teh susu pekat

Cara:

  1. Ikan dibersihkan.Perasakan garam kunyit.Ketepikan.
  2. Satukan kesemua bahan perencah.
  3. Panggang atau bakar ikan. Setelah ikan masak, lumurkan dengan bahan perencah.
  4. Balik-balikkan ikan
  5. Bila mata ikan menjadi putih atau tersembul ke atas, angkat.
  6. Hidangkan bersama sambal belacan, air asam atau ratah begitu saja.

saya perap ikan dengan perencah dan bakar terus..Kes tak bagi arahan kikiii..Apa pun mmg sedap

9 comments:

sud@is said... Balas

Cantik dan kemas, ikan tak melecet kulitnya....sedappp nmpak

Amie said... Balas

ho hoooo... saya pun nak cuba guna ikan lain selain ikan kembung, memang ringkas cara penyediaannya, makan panas2 lagilah ummppphhh!

Acik Erna said... Balas

terliur jugak acik tengok gambar ikan lina ni..suami acik paling suka ikan bakar macam ni..

Bicara Kak Noor said... Balas

best jugak ikan bakar ni kan boleh try nanti

EmbunRosaliza said... Balas

Sedapnya nampak kebasah2an, mkn panas2 meme sodap ni

Ayu said... Balas

Assalam lina,
wah first time juga buat akak ikan bakar bahan2nya ada susu pekat..something new lah..:)

Bbwana adienia said... Balas

ikan bakar memang membuka selera..wana suka makan ikan bakar ni..bila kena lagi dengan cicahnya..fuh, layan abis kak..hihi

mawar merah said... Balas

Aslm..lina. bleh kongsi info x cam mna nk pos laju kek buah kukus.

MaDiHaA a.k.a Ratna said... Balas

aduhaiii... akak ni memang penggemar ikan... memang terliuq la bila tgk ikan ni... bleh buat lenkali..

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...