Monday, October 20, 2014

Resepi Potato Fritters

Assalamualaikum...
Akhirnya terjebak gak ngan fenomena Potato Fritters ni..tp rasanya dah slow down sket kat fb.Dalam 2 minggu lepas, pagi petang potato fritters ni muncul di news feed fb saya.Tapi saya pejamkan mata dulu hahaa...Fritters ni saya buat kemarin (Ahad) pas balik JJCM.Malam malas nk masak,sbb xlapar sangat.So,buat la yg ni untuk alas perut anak2.Alhamdulillah sedap.Tambah lak makan panas2...Tp budak sarah langsung x makan huhu...mmg susah tul nak tangkap selera dia..Ribuan terima kasih buat tuan punya asal/pencetus idea yg kreatif.
Sedap..rangup dan mengenyangkan...

RESEPI POTATO FRITTERS
Asal : Noraida Durani (fb)

Bahan-Bahan

  • 3 biji kentang (sagat halus)
  • 1 batang karot (sagat halus)LiNa Pg tambah-asal xde
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • Cili merah (dadu halus)LiNa Pg tmbah-asal xde
  • 1 biji telur
  • Daun bawang
  • Sedikit serbuk lada hitam kasar (LiNa Pg tambah rcp xde)
  • Garam
  • Ajinamoto (LiNa Pg letak ajishio)
  • Minyak masak (utk mgoreng)

Cara-Cara:

  1. Satukan tepung jagung, tepung gandum, garam,ajishio dan serbuk lada hitam kasar dalam bekas yg besar.
  2. Kemudian masukkan kentang,karot,cili merah,daun bawang ke dalam campuran tepung tadi.Pecahkan telur.Gaul sebati.
  3. Panaskan minyak masak, sudukan adunan (tekan sedikit supaya menjadi agak leper)Goreng hingga garing (kuning keemasan)
  4. Sedap dimakan bersama sos

 Sesuai untuk minum petang...

5 comments:

AMIIZAA said... Balas

salams lina, ambik resepi ya:)TQ

EmbunRosaliza said... Balas

Akhirnya sampai juga ke TMK, rumah embun blum sampai lagi, baru je beli kentang, cuti2 ni boleh lah buat juga

sud@is said... Balas

Dah buat semalam, tapi berminyak sikit kan...apa pun sedapppp

Bbwana adienia said... Balas

hihi..terjebak juga kan kak..simple dan sedap..ranggup ja nampaknya..krup krap makan..

Amie said... Balas

Kelmarin saya hampir menjebakkan diri dalam arus potato fritters ni... tapi ntah nape, tak jadi pulak padahal bahan semua cukup!

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...