Tuesday, October 14, 2014

Resepi Puding Telur Mata Kerbau

Assalamualaikum...
Ada yang tertunggu2 n3 terbaru dari TMK ke?Maaflah tuan umah msak menu biasa2 ajer kebelakangan ni.Kemarin pun cuma masak gulai Ikan Aye/Tongkol pastu goreng telur dadar dan sayur simple2 ajer..Memandangkan tak bizi ngan sangat, sempat la godek2 wat puding.Agak lama juga tak test skill buat puding asyik membaking jer kan..Kek orang lak tu hahaa..
Okey back to track...Puding telur mata kerbau ni pernah melintas di newsfeed fb saya..maybe ada kawan2 yg share (kot) tp bila cari balik x jumpa pun.xpe la kite gugel jer mesti hado la tu.Rupanya Puding bentuk telur mata kerbai ni berasal dari Tanah Seberang..dikenali sebagai puding mata sapi..tp kebanyakan menggunakan jely bereperisa oren, pastu bahasa lak saya tak berapa nak faham...So, buat eksperiment ajer la...Saya menggunakan basic puding/agar2 yg biasa ajer..Cuma ambil sedikit untuk diwarnakan kuning...Selebihnya biarkan warna asal (putih).Alhamdulillah percubaan berjaya...Kalau ada yg berminat nak cube dipersilakan...Tapi pasni jangan ngaku resepi sndri dah la ya...Kalau facebooker tu rajin2 la seru nama saya (peace)
Macam real punya telur mata kerbau kan?Tipah tertipu lagi

RESEPI PUDING TELUR MATA KERBAU
By: LiNa Pg

Bahan-Bahan:
  • 1 paket agar-agar serbuk 10g
  • 600ml air
  • 1 tin susu cair 
  • 3/4 cawan gula
  • 1 sudu besar tepung kastad
  • Sedikit pewarna kuning
  • Acuan lompang dan bekas
Cara-Cara:
  1. Satukan agar-agar, air, gula.Masak hingga agar-agar dan gula hancur.
  2. Tuang susu cair ke dalam adunan.Kacau sebati.Biarkan mendidih.Tutup api
  3. Cedukkan satu setengah cawan adunan ke dalam periuk lain.
  4. Masukkan pewarna kuning dan tepung kastad.
  5. Kacau hingga nampak likat.Tuang ke dalam acuan kuih lompang.Biarkan bahagian telur kuning mengeras
  6. Bila keras, keluarkan dari acuan, letakkan dalam bekas yg sesuai, tuangkan adunan putih.
  7. Bahagian kuning mestilah menonjol sedikit dari bahagian putih.Untuk menampakkan bentuk telur mata separuh masak.
  8. Sejukkan...bila puding telah keras, siap dihidang...

Puding Telur Mata Kerbau tapi puding yang tidak menggunakan telur langsung...sedap..tektur lembut2 ala-ala2 telur mata
LiNa Pg gunakan acuan kuih lompang untuk membentuk kuning telur..

28 comments:

EmbunRosaliza said... Balas

Assalam sejubik telur mata kerbau, meme tipah tertipu ni, sedapnya mkn sejuk2. Menarik n tertarik puding ni

cheq da said... Balas

Memang tertipu...

MaDiHaA a.k.a Ratna said... Balas

ni kalau hidang atas meja pagi2.. silap2 ada yang tuang kicap dengan pepper... hihihi...
menarik sgt lina... memang sebiji mcm telur mata kobau... pandai...

LiNa_Pg said... Balas

@EmbunRosaliza
wslm kak rosa..mmg tertipu..nisa lagi lawak..bila panggil makan puding, jenuh dia dok cari..bila cakap dok atas meja..dia cam kompius...ni telur mata..bila kata tu la puding...dia gelak hahaa

LiNa_Pg said... Balas

@cheq da
Heheee tipah tertipu kan??

LiNa_Pg said... Balas

@MaDiHaA a.k.a Ratna
Hahaa...harus la kan kak madihaA...jenuh puding ada perisa kicap n pepper kikiii

Teacher Basariah said... Balas

serius sama..cuma sbb nmpk dia licin benar je yg rasa tu puding..huhu..kreatif betoi akak..saya taktaula bila nak rajin buat ni..btw,susah tak nak kuarkan agar2 dr bekas lompang tu kak?

LiNa_Pg said... Balas

@Teacher Basariah
Hehee..telur mata yg perfect tadak gelembung2 time goreng gitu kikiii

adda syuhada said... Balas

Laju sy sampai sini bila ajer nampak kat wall....
agak-agak boleh dapat sebijik tak?
hehee ....

LiNa_Pg said... Balas

@adda syuhada
Hahaa..ngam2 ada sebijik jer lagi..tapi anak dah pesan jgn makan sbb dia nk makan pas blik sekolah hihi

Acik Erna said... Balas

Tengok gambar memang betul2 rupa telor mata tu lina

Kak Rose said... Balas

kalau tengok gambar jer mmg tetipu la tipah. he he he

Cheq Sue said... Balas

Haaaaaa lawak sungguh puding ni. Sekali imbas memang mcm telur mata sungguh tambah pulak elok aje duduknya dalam koli.... ☆★☆★☆

Bbwana adienia said... Balas

Serius macam telur mata sapi..hebat la Kak lina..

LiNa_Pg said... Balas

@Acik Erna
Sajer jer tu bg acik terliur hihi

LiNa_Pg said... Balas

@Kak Rose
Kalau tengok dr tingkap nmpk cam betoi jer kan kak rose

LiNa_Pg said... Balas

@Cheq Sue
Pan kecil tu pelakon tambahan tu

LiNa_Pg said... Balas

@Bbwana adienia
Tq wana...saja test skil lama x memuding

sud@is said... Balas

Pandai Lina buat kuih tipu2 ....memang ingat teloq btoii

maz said... Balas

memang tipah tertipu...sbjik mcm telur kan....

Sue Bee said... Balas

aloloo..kiutnya mata kerbau PG..mmg kreatif ni

zana fahmi said... Balas

Senang me bahannya, boleh cuba ni....

Amie said... Balas

Comelnya.... Kak Amie pun nak panjangkan penipuan ni Lina.... nampak macam betul!

LiNa_Pg said... Balas

@sud@is
Kuih tipu2 yg boleh dimakan hihiii...

LiNa_Pg said... Balas

@maz
Hahaaa...ramai tul yg terpedaya..kalau teropong dr Bahrain ikut tgkap kompom napok cam telur mat..bila sampai kat TMK nmpk la 'tipu2' tu kikii

LiNa_Pg said... Balas

@Sue Bee
Kiut2 pun abes gak SB

LiNa_Pg said... Balas

@zana fahmi
Senang sangat kak PB

LiNa_Pg said... Balas

@Amie
Penipuan berhemah ni kak amie kikiii

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...