Friday, May 13, 2016

Acar Epal Hijau Dan Petua Epal Kekal Segar Tidak Lebam

Assalamualaikum...
Kebiasaannya kalau buat nasi berperisa, saya akan buat acar sebagai pelengkap hidangan.Tak kiralah sama ada Acar Timun atau jelatah.Kali ni ada sedikit lebihan buah epal hijau untuk NASI JUS EPAL SELERI saya buat Acar Epal Hijau.Sebenarnya dah banyak kali buat, cuma xsnap gambar jer.Kali ni saya spesel siket sebab buat untuk shooting (aritu punya heheee) Bayangkan berapa lama buah epal tu terdedah pada udara.Meh sini saya nk kongsikan petua supaya buah epal kekal segar dan tidak bertukar menjadi lebam atau keperang-perangan.Kalau dah lebam mesti tak cantik maaaa....gambar mau keluar majalah ni kikiiiiii.Petuanya mudah saja.Sediakan air biasa, tambah secubit garam kemudian rendam hirisan epal ke dalam air tersebut sekejap (LiNa Pg rendam dalam 5min camtu)Kemudian toskan.Garam tu jangan banyak sangat nnt buah epal akan masin..agak2 ajer la.Itu saja.Senang kan...Hasilnya sangat memuaskan...tengok Acar Epal saya putih mulus ajer hehee.
Okey bab petua elak epal menjadi lebam dah abes..jom kita semak resepi Acar Epal Hijau pulak...senang ajer nak buat.Tapi rasanya lebih sedap dari acar timun yang biasa tu...op kos la kan guna epal granny smith...lebih crunchy..krup krap gitew....
Petua Epal Tidak Lebam
Epal masih kekal segar biarpun agak lama terdedah pada udara....tengok masih berselera nk makan...Kalau dah lebam..nk makan pun hilang selera kan?

ACAR EPAL HIJAU
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Bahan-Bahan
  • 2 biji epal hijau Granny Smith (hiris)
  • 1 batang karot (potong bentuk batang mancis)
  • 5 biji tomato ceri (belah 2)
  •  2 biji cili merah
  •  ½  labu bawang besar (hiris)
  • 1 biji limau nipis (ambil jus)
  • 1 sudu kecil gula (atau secukup rasa)
  • ½ sudu kecil garam (atau secukup rasa)

Cara:
  1. Satukan jus limau nipis, garam,gula, bawang dan cili.Kemudian  kacau hingga gula/garam hancur.
  2. Sesuai rasa masam manis masin dan pedasnya terlebih dahulu.
  3. Kemudian masukkan bahan bahan lain.
  4. Sejukkan dalam peti ais sebelum menghidang supaya semuanya mesra

3 comments:

Sue Bee said... Balas

Boleh cuba buat acar cam ni. Biasanya SB luumur dengan samboi merah saja kalau nak makan epal..

Ayu said... Balas

Assalam Lina
wah acar epal hijau..sedap ni..
macam salada pun ada..akak suka akak suka..
ni tak jadi lauk ni Lina
buar ratah2 aje ler..:)

Nooriah Abdullah said... Balas

assalamualaikum Lina
hari ni jenjlaan sampai umah Lina ni
tengok acar epal yg putih bersih ni
boleh lah try nanti
kena ada gu nya nasi tumis baru besttt kan

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...