Cucur Magik Guna 3 Bahan

By LiNa_Pg - Monday, May 30, 2016

Assalamualaikum
Cucur Susu Lemak Manis ialah jemput jemput yang paling mudah disediakan dan yg penting sedap.Kenapa saya panggil cucur magik?Sebab Cucur senang ni hanya menggunakan 3 bahan utama sahaja iaitu tepung, bahan penaik dan susu.Tp hasilnya sangat sedap.Sesuai untuk minum petang atau sarapan ringkas.Time cuti sekolah ni sangat sesuai dijadikan kudapan anak2.Biasalah budak2 cepat lapar sebab xde wat apa kan?Asyik minta makan ajer kikiiii..Bolehlah kalau mak2 nk buat untuk depa.Nnt dah masuk puasa xde dah la nk buat kuih camni kan?Ekceli dah banyak kali sangat buat siaran ulangan Cucur Manis ni saya suka tengok sebab cucur kembong dan bulat2.Jom buat cucur susu lemak manis untuk anak2.Cucur ringkas dan mudah.

Cucur Kembong
Semudah 1 2 3 dah siap cucur manis yang enak untuk seisi keluarga hahaaa...Cam iklan la pulak 

RESEPI CUCUR SUSU LEMAK MANIS
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Sumber : Kak Fida (myR)
Bahan-Bahan: 

  • 1 1/4 cawan tepung gandum  
  • 1/2 sk baking powder  
  • 1/2 sk bicarbonate soda  
  • 6 sb susu manis (lebihkan jika suka)  
  • 1/2 cawan susu segar/cair 
  • garam secukup rasa 

Cara-cara 

  1. Ayak bahan2 kering ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan susu manis dan tuang susu segar/cair sedikit2 sambil dikacau hingga adunan licin dan sebati. 
  3. Goreng cucur dalam minyak yang panas sambil dibalek2kan untuk mendapatkan cucur yang bulat gelembong hingga keperangan
  4. Angkat cucur dan hidangkan. 

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. mmg sesuai utk bekpes ni... sbb simple jgk resepinya

    ReplyDelete
  2. comelnya cucur lina..nama pun keamin "magic" patut comel kan lina

    ReplyDelete