Monday, May 29, 2017

Kuih Tepung Pelita Sedap Resepi Mudah Dan Cepat Tak Perlu Kukus

Assalamualaikum..
Masuk hari ketiga kita berpuasa, dah ada idea ke nak masak apa untuk berbuka petang nanti?Hari ni saya nak kongsikan satu resepi Kuih Tepung Pelita yang sangat mudah.Dalam masa 1/2jam dah setel semuanya.Sejukkan dalam peti ais, tunggu masa untuk berbuka jer.Tepung Pelita versi LiNa Pg ni tak perlu kukus,main kacai2 atas dapur jer.Nak lagi best kalau buat sampan/bekas tu menggunakan daun pisang.Bila tadak daun pisang mould/bekas kecil pun jadilah kan asalkan boleh makan.Mahal jugak harga daun pisang kat Penang ni,bukan boleh beli selai dua..jualnya seikat terus.Okeylah jom kita semak resepi Kuih Tepung Pelita ni
 Sejukkan dulu dalam peti ais, makan sejuk2 mak ai dappppnyerrr
KUIH TEPUNG PELITA SEDAP DAN MUDAH
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Sumber YaniMnor MyR Tun Telani
Bahan-Bahan 

Bahan B (Bawah)

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan air (*)
  • 4 helai daun pandan kisar dgn sedikit air
  • 1 sudu kecil air kapur
  • LiNa Pg tambah Sedikit pewarna hijau epal
  • sedikit garam

Bahan A (Atas)

  • 4 sudu besar tepung beras(ratakan)
  • 2 sb tepung ubi (LiNa Pg guna tepung jagung)
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 cawan air
  • 1 sk garam
  • Gula  sudu besar (LiNa Pg tambah rcp asal xde)

Bahan C

  • Gula utk ditabur ditengah lapisan 
  • Bekas kecil/daun pisang dibentuk sampan


Cara Cara Bahagian B

  1. Satukan semua bahan B, kacau atas api yang kecil hingga kelihatan meletup2 dan nampak berkilat.Refer pada gambar
  2. Kemudian tuang ke dalam acuan yang disukai/sampan daun pisang
  3. Taburkan gula atas lapisan hijau (jika suka lebih manis)Biarkan seketika

Cara Cara Bahagian A

  1. Satukan semua bahan A, lakukan proses yang sama seperti Bahagian Bawah tadi.Kacau hingga masak berkilat dan ada letupan kecil.Refer pada gambar
  2. Kemudian tuang ke atas bahagian hijau tadi.
  3. Sejukkan ke dalam peti ais,Ena dimakansejuk2 dari peti ais...Yummy...Selamat Mencuba
Refer pada gambar..senang sangat dan Tepung Pelita ni sanat sedap dan mudah

Lumayan hasilnya
Saya nk kongsikan kebaikan susu Rizqi ni, kalau minum susu ni ms bersahur, insyaaAllah badan kita akan bertenga dan tidak layu seharian berpuasa.Sangat bagus untuk ibu2 yang menyusu, boleh banykkan susu.Untuk berbuka boleh kisar susu rizqi bersama sedikit air sejuk dan kurma.Enak menyegarkan.Berminat?Sila wasap http://www.wasap.my/60179113347 Adora Mamadil

3 comments:

adda syuhada said... Balas

amboiii...sedapnyer...

Phong Hong said... Balas

Lina, comel tepung pelita letak dalam bekas kecik macam ni. Lagi senang, tak payah susah2 buat sampan daun pisang.

Unknown said... Balas

Saya share ya .mohon halal.sedap kuih ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...