Thursday, June 8, 2017

Puding Soya Karamel Resepi Mudah Ala Ala Taufufa

Assalamualaikum...
Bila dah buntuk tak tahu nak masak apa, pi mai pi mai, kita olah balik resepi lama gitew kekdahnya.Resepi Puding Soya Karamel ni hasil olahan dari Puding Karamel Tanpa Telur, cuma saya gantikan susu cair dengan susu soya yeo's itu saja.Rasanya ala ala taufufa siket..cuma taufufa guna gula melaka yang ni gula karamel.Okeylah jom kita semak resepi serba ringkas ni.
 Simple jer puding
Puding Soya Karamel
By Malina LiNa Pg
Bahan Bahan

Bahan A (Gula Hangus)
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1/2 cawan air
Cara
  1. Taburkan gula ke dalam periuk,biarkan cair kemudian tambah air biarkan ia mencair semula.
  2. Tuang ke dalam loyang/acuan
Bahan B (Puding)
  • 10g agar2 serbuk
  • 1 liter air soya
  • 1 cawan air (jika suka puding yang lebih lembut)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 3 sudu besar gula (LiNa Pg xmasukkan gula)
Cara Cara
  1. Satukan semua bahan, masak hingga agar2 hancur, biarkan mendidih sedikit
  2. Tuangkan ke dalam acuan yang berisi gula karamel tadi.
  3. Biarkan puding mengeras.Sedia dihidang

Cara membuat puding soya karamel

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...