Wednesday, May 23, 2018

Murtabak Cheese Mudah Dan Sedap Hanya Guna Kari Ayam Yeo's Dan Kulit Popia

Assalamualaikum...
Ramadan datang lagi, tentu ibu-ibu atau yang bujang pening kepala nak masak apa yang mudah kan? Balik kerja, kena hadap jalan sesak dan menyebabkan kekangan untuk menyediakan juadah yang berbaloi untuk dimakan buat berbuka. Pastinya kita semua memerlukan makanan yang sedap dan paling penting sihat. Jadi untuk memastikan kita semua mendapat yang terbaik.Jom cuba resepi mudah dengan hanya beberapa langkah sahaja.
Dengan ada makanan dalam tin Yeo's ni sangat memudahkan urusan dapur.Hanya perlu luang masa 30min sahaja, maka terhasil juadah enak yang panas untuk hidangan keluarga tersayang.Resepi hari ini iaitu Murtabak Cheese Mudah Dan Sedap Hanya dengan menggunakan kari ayam yeos sebagai inti murtabak dan juga kulit popia...hidangan murtabak panas2 sedia terhidang.

Hidangan Murtabak Cheese Kari Ayam Yeo's lengkap dengan Cuka Pencicah dan Minuman Yeo’s Laici sebagai pelengkap hidangan. Selamat Berbuka Puasa!
Bahan-Bahan yang digunakan serba ringkas.Jika tidak ada keju mozarela, boleh buat murtabak biasa.
RESEPI MURTABAK CHEESE MUDAH DAN SEDAP HANYA GUNA KARI AYAM YEO'S DAN KULIT POPIA
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan-Bahan (4 keping murtabak)
1 tin kecil Kari Ayam Yeo's 
1/2 labu bawang besar cincang
1 ulas bawang putih cincang
1 biji telur (gred B)
1 biji kentang dadu kecil 
Sedikit air
Keju mozarela secukupnya(option)
Kulit popia saiz besar secukupnya

Cara-Cara
  1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi dan sedikit layu (tak perlu terlalu garing)Masukkan kuah Kari Ayam Yeo's (kuah sahaja).Kemudian masukkan kentang.Masukkan sedikit air.Kacau rata dan tutup periuk supaya kentang cepat empuk
  2. Sementara itu asingkan isi tulang (Kari Ayam Yeo's) dan carik-carikkan isi ayam, Setelah kentang empuk masukkan isi ayam dan kentang (dari Kari Ayam Yeo's.Masukkan 1/4 kiub ayam.Kacau rata.Inti Murtabak sedia digunakan.Masukkan inti ke dalam mangkuk
  3. Pukul telur kemudian masukkan ke dalam inti murtabak.Boleh jugak dimasukkan hirisan bawang dan hirisan daun bawang jika suka
  4. Ambil sekeping kulit popia dan letakkan beberapa sudu inti murtabak.Kemudian letakkan keju mozarela.Lipat seperti dalam gambar di atas.
  5. Panaskan minyak dan goreng murtabak hingga masak (guna api perlahan sahaja supaya tidak cepat hangus)
Note: Boleh guna kentang yang direbus empuk supaya mempercepat proses membuat inti

Pencicah Cuka Bawang Murtabak 
Bahan-Bahan
1 labu bawang besar (dihiris nipis) 
1 mangkuk air biasa (*)
2 sudu besar cuka makan 
1/2 sudu kecil garam 
2 sudu besar gula 
Sedikit pewarna merah
3/4 cawan air suam

Cara-Cara
  1. Titiskan pewarna merah ke dalam 1 mangkuk air (*) kemudian masukkan hirisan bawang besar.Rendam selama 10min
  2. Dalam mangkuk yang lain,masukkan air suam, masukkan cuka, ditambah dengan garam dan gula.Kacau rata hingga garam dan gula hancur
  3. Akhir sekali masukkan bawang yang direndam dalam pewarna merah tadi (ambil bawang sahaja)
  4. Sedia untuk dijadikan pencicah murtabak.
untuk lebih jelas sila ke Youtube Channel LiNa Pg
Untuk Maklumat lanjut sila lawati  www.yeos.com.my 
atau hubungi 1300-80-2828

1 comment:

Phong Hong said... Balas

Wah, Lina! Mesti sedap nih. PH kena pergi cari kulit popiah lah ya heh..heh... Tapi tak suka kari tin. So nampaknya kena masak inti sendiri. Kalau ada leftover kari ayam boleh try buat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...