Friday, April 5, 2019

Cara Buat Nasi Ayam Paling Mudah, Ringkas Dan Sedap (Resepi Lengkap Nasi Ayam)

Assalamualaikum...
Bersiaran di hari Jumaat.Nampak mendung jer pagi.Sekarang ni cuaca tak menentu.Pagi macam cerah jer..Kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan ribut petir di tengahari.Beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan fenomena Belalai Air di Pulau Pinang.Saya pernah menyaksikan sendiri fenomena Belalai Air ni tapi bukan di Penang, kejadian depan di mata di negeri Sabah (dua tahun lepas)masa tu tengahari dalam pukul 1pm macam tu.Pusing2 sekitar bandar KK sementara nak check in ke epot.
Okey kita tinggalkan cerita Belalai Air, semoga kita semua dijauhkan dari segala musibah.Setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya.
Berbalik kepada n3 hari ini, saya nak kongsikan Resepi Lengkap Cara Buat Nasi Ayam.Kira pakej lah Nasi Ayam, Sup, Kicap dan Sambal.Sebenarnya dah banyak kali buat Nasi Ayam ni saya ulang siar jer.Memang suka guna resepi ni sebab senang dan memenuhi citarasa kami sekeluarga.Kali ni terajin siket buat video tutorial.Kalau masak biasa jer dalam masa 1jam++ dah siap dah Nasi Ayam ni, tapi bila record buat video memang jadi lambat la.Almaklumlah semuanya saya buat sendiri.
Untuk Nasi Ayam ni 'keyword' dia ialah SUP.Saya suka masak Sup versi SUP AYAM yang makan dengan nasi putih tu.Cuma kalau korang nak buat lauk SUP AYAM tambah jer kentang, karot atau celery.Kalau Sup dah sedap senang jer yang lain ta perlu adjust apa-apa dah.Kita guna sup ini untuk semua resepi ayam, kicap dan sambal/sos.Mudahkan?
Gambar tak berapa cun, sebab anak2 dah kelaparan.Snap lebih kurang.

RESEPI NASI AYAM MUDAH DAN SEDAP
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/ 
https://www.youtube.com/watch?v=ii2xYdtxYuA&t=13s
BAHAN A (Sup)  

  • 1 ekor ayam potong 12 (cuci bersih)  
  • 3 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk) 
  • 1 inci halia (ketuk)   
  • 1 batang kulit kayu manis  
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga  
  • 1 kiub ayam maggie 
  • 1 sup bunjut
  • Sedikit daun bawang (ambil bahagian batang)
  • Garam dan perasa (jika perlu)  
  • Air secukupnya 
  • Sedikit minyak

Cara-Cara:  

  1. Panaskan minyak, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga,halia, daun bawang dan bahan tumbuk hingga wangi dan garing.  
  2. Masukkan ayam (kalau ada bahagian tulang/kaki/leher) masukkan sekali.Kacau sebentar.Tutup peiuk anggaran 2-3min.Untuk kecutkan ayam (ayam berubah menjadi pucat sedikit)
  3. Tambah air hingga paras yg diinginkan(kena lebih dari sup biasa sebab nak guna untuk nasi) 
  4. Masukkan sup bunjut,garam dan perasa.Biarkan ayam hingga hampir empuk.
  5. Keluarkan ayam (untuk nasi ayam)tinggalkan bahagian tulang/kaki/leher (jika ada)
  6. Tambah kiub ayam dan sesuaikan rasa Sup sesedap rasa.Tambah air jika kuah nampak berkurangan.Masak hingga ayam (bahagian tulang2) betul2 empuk.
  7. Sup Ayam Dah Siap.Ketepikan sebentar.
BAHAN B (AYAM)

  • 12 ketul ayam (dari Sup)
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram (atau secukupnya)
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu besar kicap pekat (option:kalau nak warna lebih gelap)


Cara-Cara

  1. Gaul rata semua bahan di atas.Perap selama 1/2 jam (dalam peti ais)
  2. Kemudian goreng secara deep fry.Balik-balikkan ayam semasa proses menggoreng supaya ayam masak sekata dan tidak hangus.
  3. Note: Guna api sederhana/kecil sahaja.Goreng sekepaj sahaja sebab ayam dah masak.

BAHAN C (NASI AYAM)
  • 3 cawan beras basmati 
  • 4 cawan sup
  • 3 hiris halia
  • 3 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 helai daun pandan (LiNa Pg habis stok x letak)
  • 1 batang serai
  • sedikit butter dan minyak
Cara-Cara
  1. Cuci beras basmati, rendam selama 20-30min kemudian toskan.Kalau guna beras biasa tak perlu rendam.
  2. Panaskan minyak masak dan butter.Tumis serai, bahan tumbuk dan halia hingga naik bau (tak perlu garing)
  3. Masukkan beras dan gaul rata.Masukkan sup (bergantung jenis beras)
  4. Masak seperti biasa (LiNa Pg guna rice cooker jer) Selepas nasi masak, gembur-gemburkan nasi.Nasi Ayam sedia dihidang.
BAHAN D (KUAH KICAP)
  • 1 ulas bawang putih (cincang)
  • Lebihan perapan ayam (lepas goreng ayam jangan buang bahan perapan)
  • 1 cawan sup
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu besar kicap pekat
  • Bancuhan tepung jagung (1 sudu kecil+air)
  • Sedikit minyak (anggaran 1 sudu besar)
Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minya, tumis bawang putih hingga sedikit garing.
  2. Masukkan lebihan perapan ayam tadi.Masukkan sup ayam
  3. Masukkan sos tiram, masukkan kicap pekat (untuk warna lebih gelap)Kalau tak ada boleh skip jer.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung.Tips supaya kuah kicap nampak pekat sedikit.
  5. Reneh sekejap hingga kuah nampak pekat.Sesuaikan rasa (tambah garam+perasa jika perlu)Kalau sup sesedap rasa.Tak perlu tambah apa-apa dah.
  6. Kuah Kicap dah siap.
BAHAN E (SAMBAL NASI AYAM)
  • 1 ulas bawang putih (blend)
  • 1 ulas bawang merah (blend)
  • 1 biji tomato (buang biji-blend)
  • 5 biji cili merah (blend)
  • 1 cawan sup
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar cuka
  • Garam dan gula/perasa (jika perlu)
Cara-Cara
  1. Kisarkan bawang merah, bawang putih, tomato dan cili merah bersama 1 cawan sup.
  2. Masukkan ke dalam periuk kecil.
  3. Masukkan sos cili, cuka dan masak sekejap di atas api hingga nampak pekat.Sesuaikan rasa tambah gara dan gula/perasa jika perlu.
  4. Sambal Nasi Ayam Dah siap.
Untuk memudahkan adik adik yang baru belajar nak masak Nasi Ayam.Jom kak LiNa Pg kongsikan tips.Supaya proses membuat Nasi Ayam berjalan lancar dan tidak kelam kabut.
  1. Sediakan sup terlebih dahulu.Pastikan sup sesedap rasa.Kerja-kerja yang lain akan jadi mudah sebab tak perlu adjust/ sesuaikan rasa.Keseluruhan Nasi Ayam ni kita guna SUP.
  2. Sup dah siap.Keluarkan Ayam dan perap.
  3. Sementara Ayam diperap (selama setengah jam) Tanak nasi terlebih dahulu.Tanak guna rice cooker jer.Lepas tumis,masuk beras.Tunggu siap jer.
  4. Lepas tu buah Kuah Kicap..sementara reneh, blend bahan untuk Sambal.Kuah Kicap siap...masak sambal...
  5. Last sekali goreng ayam...Nasi Masak, Ayam Siap Goreng (panas-panas) Kuah Kicap dan Sambal Pun siap...Senang kan??
  6. Esok dah hujung minggu.Boleh buat hehee...
  7. Untuk lebih mudah faham boleh tengpk video tutorial di bawah.Jangan Lupa Subscribe okey
Kalau paparan kecil/kurang jelas.Sila klik link di bawah

2 comments:

Ora Adzlin said... Balas

my fav ! nasi ayam :)

Amie said... Balas

Lama saya tak masak nasi ayam. Pagi tadi makan nasi ayam di kantin. Petang2 gini jenguk dapur Lina, sekali lagi jamu mata dengan nasi ayam...look yummy!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...