Roti Gulung Sosej Cicah Bersama Jalapeno Cheese

By LiNa_Pg - Wednesday, May 15, 2019

Assalamualaikum....
Roti Gulung Sosej ni bukan sekadar untuk sarapan pagi sahaja tetapi juga sesuai untuk dijadikan juadah bersahur.Ye lah kan kadang2 pagi2 hari memang tak berselera nak makan nasi atau dah jemu dengan nasi.Kita tukar selera dengan roti gulung sosej pulak dapat juga memikat selera anak2 kecil untuk makan sahur.Kadang kesian kalau ada mak mak yang cerita anak mereka cuma minum segelas milo panas dan sambung tidur sebab tak berselera makan pada hal si sibu dah siapkan macam2 hidangan.Selera anak2 di pagi hari ni susah kita nak duga.Tambahan mereka celik mata terus tercongok depan meja makan..mana nak ada selera kan?Lainlah dengan si ibu bangun awal siapkan itu ini..mata pun dah cergas ada jugalah selera nak jamah nasi atau apa yang terhidang.
Panjang pulak bebel padahal Roti Sosej jer pun hahaa..
Untuk lebih 'kick' saya gandingan Roti Sosej ini dengan Jalapeno Cheese alaaa cheese yang kita makan dengan wedges kat KepC tu..itulah dia jalapeno cheese.Memang sedap sangat.
Untuk membuat cheese wedges tu cheese powder tu hanya campur dengan air panas dan kacau rata.Tambah air siket2 tau.Itu saja.Mudah kan?
Untuk resepi Roti Gulung Sosej ni saya sediakan video tutorial di youtube sana...Yang mana belum subscribe tu silalah subscribe..PERCUMA saja tau hehee..
Okey jom kita semak resepi
Oh..sebelum tu nak bagitahu di youtube channel ada video terbaru hari ini.Jam 10am..Jangan Lupa tonton okey

Simple pun sedap dan mengenyangkan.Makan panas-panas lagilah sedap.
ROTI GULUNG SOSEJ
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan A
  • 10 keping roti putih
  • 10 batang sosej
  • Sebiji telur (dikocok sedikit)
  • Serbuk roti secukupnya
  • Minyak
Bahan B
  • 1 cawan jalapeno cheese
  • Air panas secukupnya
Cara-Cara
  1. Didihkan air dan celur sekejap sosej.Angkat dan toskan.
  2. Canai nipis roti dan potong bahagian tepi.
  3. Letakkan sosej dan gulung.Letakkan sedikit telur bahagian hujung jadikan gam melekatkan roti.
  4. Potong roti kepada 2 bahagian.Celup dalam telur dan golekkan ke dalam serbuk roti.
  5. Ulang proses hingga semua roti habis.
  6. Panaskan minyak dan goreng hingga kuning keemasan.Angkat dan toskan
  7. Untuk membuat cheese wedges.Hanya campur bahan B dan gaul sebati.
  8. Selamat Mencuba.Untuk video tutorial sila klik paparan di bawah
Note:
Jika ingin membuat stok makanan selepas digolek dengan serbuk roti, masukkan ke dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais (bahagian chiller)
Bila nak makan cuma keluarkan dan goreng.
Boleh tahan 2-3 hari

  • Share:

You Might Also Like

0 comments