Puding Permata Ikatan Kasih

By LiNa_Pg - Tuesday, May 21, 2019

Assalamualaikum...
Nama resepi tu bukan main lagi kan hahaa...Puding Permata Ikatan Kasih ni hasil olahan Agar Agar Permata yang saya pernah buat tahun 2011.Tu dia punya lama.Zaman tu bukan main rajin lagi memuding...bukan biasher2 punya puding...yang berlapis dan segala mak nenek yang mencabar skill semua cuba buat dan eksperimen.Cuma sekarang ni jer......... (korang sambung la ayat tu hahaaa)
Puding Permata Ikatan Kasih ni bukan sekadar canti dipandang tapi rasanya enak memikat.Memang sedap.Makan berketul2 pun boleh habis.Puas hatilah si tukang masak bila semua makan penuh berselera.Sampai husband kata gigihnya mama buat kiub2 macam ni hahaaa...Nampakkkk punya lama si wife dia tak buat 'benda pelik' ni selalu buat agar2 atau puding yang straight foward jer..
Okey untuk resepi Puding Permata ni saya sediakan video tutorial juga, boleh tengoj di youtube dah seminggu jugaklah upload kat sana.Cam biasalah tunggu Q untuk buat n3 kat blog ni.Okey jom kita belajar cara cara buat puding permata ni.

Amacam terliur tak tengok puding ni.Sedap tau...harus dicuba

PUDING PERMATA IKATAN KASIH
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 10g agar-agar serbuk
  • 200g gula pasir
  • 800ml air
  • 200ml santan
  • 3 helai daun pandan
  • secubit garam
  • Pewarna kegemaran
Cara-Cara
  1. Satukan air, gula,garam, agar2 serbuk dan daun pandan.Masak hingga mendidih dan gula hancur.
  2. Masukkan santan dan kacau supaya tidak pecah minyak.Setelah mendidih terus tutup api.
  3. Bahagikan adunan kepada 5 bahagian.Setiap satu bahagian 100ml dan tinggal selebihnya pada warna asal.
  4. Titiskan pewaran kegemaran pink, biru, hijau, kuning dan oren.
  5. Bekukan puding berwarna.LiNa Pg masukkan ke dalam freezer selama 2-3min supaya cepat mengeras.
  6. Potong agar2 berwarna kepada saiz kiub2 kecil.
  7. Sediakan loyang 7x7in dan basahkan sedikit dengan air tips supaya senang untuk mengeluarkan puding apabila telah beku nanti.
  8. Masukkan potongan puding berwarna ke dalam loyang dan tuang adunan asal.
  9. Sejukkan ke dalam peti ais hingga puding mengeras.Selamat Mencuba.
  10. Untuk video tutorial sila klik paparan berikut
Untuk lebih jelas sila klik link di bawah



  • Share:

You Might Also Like

0 comments