Assalamualaikum...
Berbuka puasa dengan Sira Ubi Kayu pun sedap jugak tau.Al kisahnya en.suami ke market dibelinya pulak ubi kayu besar gedabak pulak tu.Pening jugak la nak masak apa puasa2 ni dengan ubi kayu.Kalau biar lama takut masuk angin mesti tak boleh makan.So, buat ajerlah Sira Ubi Kayu ni..walaupun agak rare buka puas dengan Sira Ubi kalau Sira Pisang tu 'masuk line' jugaklah kan?Nasib baik la anak2 pun makan sira ni Alhamdulillah abes jugak.Sira Ubi Kayu ni saya buat masa minggu pertama puasa lagi.Tapi tulah selalu lambat jer nak update kat blog ni.Masa tu setiap hari asyik hujan jer kat Penang ni.Macam musim banjir hehee...Bila masuk hari ke 19 dan hingga hari ni cuaca agak panas...Agaknya sebab musim hujan tulah ada yang menjual ubi kayu...Hurmm n3 ni nampak sangat dah basi kan?Tapi takpe lah walaupun dah lambat tetap nak update jugak.Resepi Sira Ubi ni saya pernah buat dulu cuma kali ni saya buat video tutorial sekali.
Resepi sama jugak saya guna resepi kak nor ganu cuma adalah adjust sesikit...Terima kasih kak nor
- Rebus ubi kayu bersama air hingga empuk.
- Setelah empuk, keluarkan lebihan air dan tinggal separuh periuk sahaja.
- Masukkan nisan kerek/gula melaka, gula merah, gula pasir, garam dan daun pandan.
- Tutup periuk dan biarkan semua gula larut, sambil kacau sekali sekali supaya bahan sira bersalut rata dengan ubi kayu.
- Reneh hingga kuah pekat.Sira Ubi Kayu sedia dihidang.Selamat Mencuba
0 comments