Assalamualaikum...
Sejak Ramadan ni cuma sehari sahaja bumi Pulau Pinang disinari sang mentari..hari selebihnya salji cair membasahi bumi.Alhamdulillah sejuk nyaman...berbuka puasa pun minum air panas hahaaa...Okeylah hujan2 macam ni memang sesuai kalau berbuka dengan kuih yang berkuah dan makan panas2 atau sedikit suam..Manisnya sedang2 ditambah dengan aroma biji halba dan pandan memang terasa sungguh enak.
Untuk Resepi Bubur Biji Nangka ini saya menggunakan warna asali sahaja sebab itulah warna hijau tu pastel jer..hanya guna jus dari air pandan sahaja.Biasanya saya suka campur dengan sedikit pewarna hijau epal...kali ni warna asli jer.Yang warna merah itu pula saya menggunakan buah naga.Kesian buah naga tergolek dalam peti ais..agak lama bermastautin dalam esbok...Puasa2 ni takde maknanya nak makan buah camtu hahaa...Kalau buah tembikai ke apa memang dah lama wasalam..Kalau buah naga ni agak kureng siket la.So dari membazir saya blend dan buat Kuih Butir Nako ni...Kebetulan ada buah nangka madu yang saya beli dari pasar malam, masukkan sekali dalam bubur ni.Jadilah kaler macam traffic light.Berwarna warni dan sungguh menyelerakan.Eh!kalau korang tak ada buah naga takpe tau..just buat guna daun pandan pun boleh.Kalau tak ada daun pandan letak lah pewarna hijau.Buah Nangka tu hanya aksesori.Kalau tak letak pun tak ada masalah.Tak payah gigih pergi beli okey.Saya ni memang dah ada semua dalam esbok terus On jer.Stock clearance gitu kekdahnya.Jangan membazir di bulan mulia ni..itu amalan syaitonnnn nirrojim..
Okey untuk Resepi Bubur Biji Nangka ni saya sediakan video tutorial, so korang boleh tengok di Youtube Channel LiNa Pg okey.
Sebelum tu saya nak bagi sedikit pencerahan.Kalau korang perasan setiap Resepi Kuih LiNa Pg yang menggunakan tepung pulut, saya akan masukkan sedikit tepung gandum.Tujuannya ialah supaya kuih lembut..bila gigit tu rasa lembut dan senang dikunyah.Sekiranya menggunakan tepung pulut sahaja, kuih agak liat dan keras sedikit.Itu terpulang selera masing2.Saya suka buat eksperimen untuk bezakan rasa dan tektur.
Sedikit lagi tips sekiranya masa membancuh adunan, doh terlembek sedikit kerana terlebih air, tambah sedikit tepung pulut dan uli hingga menjadi doh.
Okey jom kita semak resepi Kuih Butir Nangka yang mudah dan sedap ni.
- Untuk membuat doh, satukan tepung gandum bersama tepung pulut kemudian masukkan jus pandan sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh.
- Ulang proses untuk doh buah naga.
- Didihkan air dan rebus doh hingga terapung.Angkat dan rendam sekejap dalam air sejuk.Kemudian toskan dan ketepikan sebentar.
- Untuk membuat kuah, satukan semua bahan C kecuali buah nangka.Masak hingga kuah mendidih, kemudian masukkan doh yang direbus tadi.
- Akhir sekali masukkan hirisan buah nangka.Biarkan sebentar sahaja kemudian tutup api.
- Bubur Biji Nangka sedia dihidang.Selamat Mencuba.
- Untuk video tutorial sila klik paparan di bawah
0 comments