kek

Resepi Kek Sarang Semut | Cara Buat Kek Gula Hangus Tips Bersarang Resepi Mudah Tak Perlu Perap

By LiNa_Pg - Wednesday, May 08, 2019

Assalamualaikum...
Masuk hari ke-3 kita semua berpuasa.Nampak sangat kan n3 hari ni bukan juadah berbuka hahaa...Saya buat posting ikut Q sebab banyak resepi yang dah upload ke youtube tapi masih belum publish dalam blog.Kita ikut turutan la.Takpe la kan, Kek Gula Hangus a.k.a Kek Sarang Semut ni korang boleh buat untuk raya nanti.InsyaaAllah kek bersarang dan tak perlu perap.Sedap lembut dan paling best tak muak dimakan.Biasalah kek old skool macam ni boleh makan banyak.
Okey sebelum tu resepi kek Sarang Semut ni saya sediakan video tutorial.Boleh tengok di youtube LiNa Pg ok.Alhamdulillah view pun sangat2 memberangsangkan.Bagi yang belum subscribe tu jangan segan silu tekan jer butang SUBSCRIBE untuk melanggan..Jangan risau free jer tau.Dan jangan lupa tekan butang loceng tu untuk mendapatkan notifikasi video terbaru.Dan terima kasih jugak untuk 10K SUBSCRIBER.Muah love u olls

Alhamdulillah nampak tak jaluran sarang semut tu?Cantik kan...dan rasanya pun sedap.
 Ni hasilnya lepas siap dibakar

KEK SARANG SEMUT
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 8 biji telur gred B
  • 2 cawan gula
  • 2 cawan air panas
  • 100g mentega
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sb baking soda
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk esen vanila
Cara-Cara
  1. Mula mula buat gula hangus terlebih dahulu.Menggunakan kuali atau periuk, cairkan gula hingga keperangan (guna api kecil sahaja)
  2. Apabila gula mencair keseluruhan, masukkan air panas (semasa masukkan air panas, gula akan berketul) kacau dan biarkan gula larut semula.
  3. Masukan mentega dan biarkan mentega larut.Tutup api dan ketepikan sebentar.
  4. Sementara itu ayak tepung gandum bersama baking soda dan baking powder.Ketepikan.
  5. Satukan telur dan esen vanila pukul hingga telur berbuih sedikit (macam buat telur dadar) TAK PERLU pukul hingga kembang.
  6. Masukkan susu pekat manis dan masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata.
  7. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi.Tuang adunan ke dalam loyang (9x9in) yang telah disapu dengan mentega dan alas dengan baking paper.
  8. Rehatkan adunan selama lebih kurang 20-25min (sementara itu panaskan oven suhu 160'C mengikut suhu oven masing-masing.
  9. Bakar kek selama 1jam menggunakan api bawah selama 30min pertama dan selebihanya api atas dan bawah hingga masak.
  10. Selamat Mencuba.Untuk video tutorial sila klik link di bawah


  • Share:

You Might Also Like

0 comments