Sambal Kering Ikan Bilis Bersama Kacang Sedap Dan Mudah
Assalamualaikum...
Selamat Bercuti kepada semua.Seronok kan anak2 sekolah...Isnin cuti sekolah hari Selasa, Rabu cuti lagi, Khamis Jumaat sekolah lepas tu terus bercuti hingga raya....
Okey hari ni saya nak kongsikan Resepi Sambal Kering Ikan Bilis Bersama Kacang kalau nak letak tempe goreng pun boleh jugak.Resepi Sambal Bilis ni sesuai dijadikan hidangan sahur, memang berselera makan.Kalau nak makan bersama Nasi Lemak Sambal Sotong pun boleh jugak.Tambahan kalau sambal sotong bersantan gandingkan dengan Sambal Kering ni memang padu.Nak makan bersama Lontong pun ok jugak.Pendek kata sesuai segalanya la...Nak bekal untuk anak2 balik ke asrama atau nak travel pun molek jugak ni.
Untuk Resepi Sambal Kering Ikan Bilis ni saya sediakan video tutorial di youtube channel sana.Alhamdulillah tinggi jugak lah view video ni.
Okey budak Maisarah bangun dan hi jack lappy mama dia..jom cepat2 siapkan n3 kali ni hahaa..Camni lah kalau hari cuti sampai berebut laptop.
- 1 mangkuk ikan bilis
- 1 mangkuk kacang tanah (goreng)
- 10 ulas bawang merah (kisar)
- 2 sb cili giling
- 1 asam keping
- 2 sb gula pasir
- sedikit garam
- sedikit kiub ikan bilis (LiNa Pg guna kurang dari 1/2 kiub)
- Minyak
- Ikan bilis dicuci bersih dan goreng hingga garing.Angkat dan ketepikan sebentar
- Keluarkan lebihan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumis bawang merah kisar hingga sedikit garing.
- Masukkan cili giling, tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan asam keping, gula ,garam dan kiub ikan bilis.Tumis lama sedikit hingga warna menjadi gelap sedikit.Semakin lama ditumis semakin sedap dan sambal lambat basi.
- Tutup api dan biarkan sambal sejuk sepenuhnya.Tips supaya ikan bilis kekal rangup setelah sambal siap.
- Setelah sambal sejuk, masukkan ikan bilis dan kacang tanah yang telah digoreng.Kacau rata.
- Sambal Kering Ikan Bilis Bersama Kacang siap dihidang.Selamat Mencuba.
- Untuk video tutorial sila lihat paparan di bawah
0 comments