Assalamualaikum...
Jangan memandai nak mengintai puteri yang sedang mandi kang naik ketumbit haha..Kalau di negeri Kelantan Kuih Puteri Mandi ni dikenali sebagai 'Kepek Hidung' kepek tu bermaksuk kemek...kan kena kemek atau tekan sedikit kuih ni sebelum direbus hahaa.
Hurmm macam tak ada idea pulak nak menulis panjang lebar.Untuk Resepi Kuih Puteri Mandi ni saya sediakan video tutorial di youtube sana.Dah seminggu lebih publish kat youtube tak sempat jer nak post ke blog ni.Sebelum tu, hari ni ada video terbaru jugak di youtube sana.Kalau nak cari idea berbuka boleh tengok di youtube LiNa Pg ok.
Okey jom kita semak resepi Kuih Puteri Mandi ni.
Suka kuih yang basah dan bersalut macam ni.
RESEPI KUIH PUTERI MANDI
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan A (Doh)
1 cawan tepung pulut
1 sb tepung gandum
Jus pandan (3 helai daun pandan kisar bersama seikit air)
Bahan B
1/2 cawan air
1 cawan kelapa parut putih
1 keping nisan kerek/gula melaka
2 sb gula merah
1 sb gula pasir
2 helai daun pandan
1 sb tepung gandum
sedikit garam
Cara-Cara
- Satukan tepung gandum dan tepung pulut, masukkan jus pandan sedikit demi sedikit sambil uli hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
- Ambil sedikit doh anggaran sebesar guli, gentel dan tekan sedikit bahagian tengah.
- Ulang proses hingga doh habis.
- Rebus air hingga mendidih, jika ada lebihan jus pandan masukkan sekali ke dalam air rebusan.Jangan membazir itu amalan syaitonnnn nirrojimmm (tujuannya supaya memberi lebih aroma kepada air rebusan.
- Rebus doh hingga terapung kemudian angkat dan masukkan ke dalam air sejuk terlebih dahulu.Cuci bersih dan toskan.Ketepikan sebentar.
- Masukkan setengah cawan air ke dalam periuk.
- Masukkan gula melaka/nisan kerek, gula merah ,gula putih, garam dan daun pandan.Biarkan semua larut.
- Masukkan kelapa parut putih , kacau rata.
- Masukkan doh yang telah direbus tadi dan gaul rata dengan inti kelapa.
- Taburkan tepung gandum tips supaya inti kelapa bersalut dengan doh.Gaul rata dan tutup api.
- Kuih Puteri Mandi sedia dihidang.Tapi jangan makan lagi.Tunggu berbuka puasa dulu tau...
- Selamat Mencuba.Untuk video tutorial, sila ke youtube LiNa Pg
Untuk paparan lebih jelas, sila klik lin berikut
0 comments