Cara Buat CIli Jeruk Yang Rangup Mudah dan Sedap Tanpa Air Kapur | Resepi Cabai Jeruk

By LiNa_Pg - Friday, March 26, 2021

 Assalamualaikum....

Kembali bersua di dapur maya Teratak Mutiara Kasih.Hari ni saya nak kongsikan satu resepi simple sahaja iaitu Cili Jeruk, selalunya kalau di Penang ni cili jeruk atau nama glemer dia kat sini ialah cabai jeruk sangat popular dimakan bersama char koay teow.Kalau dengan sizzling mee atau hot plate pun memang selalu juga digandingkan bersama.Bercakap mengenai hot plate sebenarnya saya ada buat video dah post di youtube sana.Kalau teringin nak makan sizzling mee boleh check di youtube lina pg ya.Nak menulis kat sini kena tunggu turn dia la.Panjang lagi Q ni hehe.

Berbalik kepada Cili Jeruk ni, saya dah cuba pelbagai resepi ada yang terus masukkan garam,gula dan cuka, ada yang rendam terlebih dahulu cili dengan air kapur dan ada juga yang cuka dimasak terlebih dahulu dengan garam dan gula.Sebelum saya buat video ni saya dah cuba pelbagai versi, yang paling menepati citarasa saya ialah kaedah memasak cuka,garam dan gula terlebih dahulu sebelum dituang ke dalam bekas berisi cili/cabai yang telah dipotong.Paling best kaedah ini paling cepat boleh dimakan dan hasilnya sangat rangup dan sedap.Apa yang saya suka ialah cukanya tidak terlalu masam dan menepati selera.Kalau campur terus cuka dengaan garam gula tanpa dimasak, Ya Allah peritnya tekak bila makan cabai jeruk tu.Walaupun kita cuma makan cili jeruk tapi kadang-kadang cuka tu terceduk sekali.Ok jom kita semak resepi Cili Jeruk Paling Simple dan Mudah versi lina pg


Cili Jeruk Rangup, Sedap Dan Tahan Lama (Tidak Berkulat)
by Malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
15 biji cili hijau
1 cawan cuka makan
1 cawan air
6 sudu besar gula
3 sudu besar rata garam
Sedikit perasa (jika suka)

Cara-Cara

  1. Cili hijau dibersihkan terlebih dahulu, kemudian potong ketebalan yang sesuai (jangan terlalu nipis atau terlalu tebal)Boleh rujuk video tutorial di youtube malina lina pg
  2. Masukkan cili yang telah dipotong ke dalam penapis dan cuci menggunakan air paip.Tujuannya supa biji cili terpisah/terasing.
  3. Masukkan cili ke dalam bekas yang sesuai.
  4. Sementara itu satukan cuka,air,garam,gula dan perasa ke dalam periuk.Kemudian masak sebentar sehingga semua bahan larut.Tak perlu hingga mendidih.
  5. Tuang larutan cuka ke dalam bekas berisi cili (tuang terus semasa masih panas) Biarkan hingga sejuk, barulah tutup bekas tadi.
  6. Apabila cili bertukar warna (paling cepat 3-4 jam)bolehlah dimakan.Simpan cili jeruk dalam peti ais supaya tahan lama.Selamat Mencuba

Memandangkan semua gambar masakan dah wassalam dalam laptop..memang tak adalah gambar thumbnail untuk Cili Jeruk ni.Dah la gambar solo cili jeruk saya tak post ke IG, nasib jugaklah 'beliau' ada enterprem bersama mee celup dan juga mee goreng.Bolehlah tepek gambar kat sini.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments