Resepi Kerutuk Ayam Sedap

By LiNa_Pg - Saturday, June 09, 2018

Assalamualaikum...
Happy Week End..hari minggu pun update jugak..kes banyak bahan untuk update tapi kesuntukan masa huhu..Hari ini saya nak kongsikan idea untuk juadah raya..(saya makan untuk berbuka hehee)Kerutuk Ayam ni saya masak bersama Nasi Hujan Panas versi cincai2 ajer letak aje bahan2 yang ada dalam peti ais..Takpe lah tak ikut undang2 pun jadi ianya sedap di tekak sendiri.Kalau nak masak hidangan istimewa bersama nasi berperisa tu sangat sesuailah..Saya guna kaedah tumis bahan kisar supaya Kerutuk ni tahan lama..ada juga setengah orang guna kaedah lebur jer semua (seperti gulai darat) tapi bonda saya masak macam ni..kita pelbagai jer kaedahnya..tak menjadi kesalahan pun..janji sesedap tekak yang merasa.Okey jom kita semak resepi.Untuk lihat video..boleh refer ke youtube LiNa Pg okey...dah upload kat sana..

Set Nasi Hujan Panas dan Kerutuk Ayam...
KERUTUK AYAM
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
BAHAN-BAHAN 
  • 1 ekor ayam (LiNa Pg potong 12)  
  • 1 labu bawang besar (kisar) 
  • 3 ulas bawang merah (kisar) 
  • 2 ulas bawang putih (kisar) 
  • 1cm halia (kisar) 
  • 1cm hiris lengkuas (kisar) 
  • 1cm kunyit hidup (kisar) 
  • 1 paket kecil rempah kerutuk 
  • 1 sudu besar cili giling 
  • 1 keping asam keping 
  • 1 paket kerisik (35g)
  • 1 helai daun pandan (siat dan simpul) Lupa nak letak
  • 2 biji kentang (belah 4) 
  • 2cm gula nisan/gula melaka
  • 1 cawan santan pekat
  • Garam dan gula/perasa 
  • Minyak 
  • Air secukupnya 
  • 1 kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • Bunga cengkih dan pelaga (jika suka-LiNa Pg skip)
CARA-CARA 
  1. Panaskan minyak, tumis rempah 4 beradik dan bahan kisar, dan tumis sebentar.Sementara itu bancuh rempah kerutuk bersama cili giling (Jadikan pes pekat) Masukkan bancuhan rempah,Tumis hingga betul2 masak dan pecah minyak. 
  2. Masukkan ayam dan gaul sebati.Biarkan sebentar untuk kecutkan ayam.Semasa proses mengecutkan ayam.
  3. Masukkan kentang, santan, tambah air secukupnya.sedikit garam, gula nisan, asam keping dan perasa (jika suka) Biarkan hingga mendidih.Masukkan kerisik.Kacau selalu supaya tidak pecah minyak 
  4. Renehkan sebentar hingga ayam betul2 masak, kentang empuk dan kuahnya pekat sedikit.Sesuaikan rasa.
  5. Tutup api sedia dihidang.

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. There's noticeably a bundle to find out about this. I assume you made certain nice factors in options also. gsn casino games

    ReplyDelete