Cara Simpan Daun Kesum Kekal Segar Dan Tahan Lama (Berbulan-Bulan) | Tips Simpan Kesum malina lina pg

By LiNa_Pg - Tuesday, June 15, 2021

 Assalamualaikum....

Okey hari ni saya nak share cara untuk simpan daun kesum supaya kekal segar berbulan-bulan.Kalau biasanya kita beli kesum, guna siket jer, selebihnya akan kecut atau daunnya bertukar kuning.Akhirnya buang begitu sahaja.Membazir jer kan?Walaupun harga daun kesum tidaklah begitu mahal, tapi sayanglah kalau buang jer.Sebolehnya kita usaha supaya kekal segar dan tahan lama.Tambahan sekarang tengah pendamik covid19 nak ke market kerap2 pun terasa malas nak bersesak.

Sebenarnya tips simpan daun kesum ni saya pernah share dalam blog dan juga di IG tapi secara bertulisan sahaja.Ramai juga yang request supaya saya buat video.Kata mereka kurang faham cara nak masukkan ke dalam plastik aiskrim.Okeylah memandangkan saya ada beli daun kesum dan ada masa lebih untuk buat video, saya tunaikan permintaan dorang ni.Selalunya kalau hari ke pasar/market memang sangat bizi dan siang/kemas segala mak nenek sayuran dengan nak masak lagi.Tapi sekarang ni keje2 siang segala haiwan tu abang long yang buat.So,mamanya rilek siket.Sempat buat video hahaa..

Okey untuk lebih mudah faham...kita tonton sahajalah video tutorial cara simpan daun kesum kekal segar dan tahan berbulan.Tips ini sesuai untuk bunga kantan dan daun pisang jugak.kalau nak buat daun limau purut mungkin sesuai jugaklah teknik ni.Daun limau purut dan daun kari saya tak frozen sebab memang sentiasa ada stok segar hehee.Saya tanam dalam pasu Alhamdulillah tak pernah putus keluarkan daun.

Kalau nak tengok bertulisan, klik link kat SINI

tips simpan daun kesum, daun kesum, daun kesum kekal segar, cara simpan daun kesum tahan lama, daun kesum tidak layu, petua daun kesum,
Sayang kan kalau daun kesum segar bugar macam ni terbuang begitu sahaja
tips simpan daun kesum, daun kesum, daun kesum kekal segar, cara simpan daun kesum tahan lama, daun kesum tidak layu, petua daun kesum,
Haa..buat macam ni..InsyaAllah berbulan pun kekal hijau.Aromanya tetap sama.Nak guna gunting sahaja plastik tu.

CARANYA BAGAIMANA?TONTON VIDEO TUTORIAL NI

https://youtu.be/S2hVI0fwBVQ

  • Share:

You Might Also Like

0 comments