Resepi Apam Nasi Mudah dan Sedap | apam beras sukatan cawan malina lina pg

By LiNa_Pg - Saturday, June 12, 2021

 Assalamualaikum...

Hari ini saya nak kongsikan resepi ulangan (sebab dah pernah post dalam blog ni)iaitu resepi apam nasi atau adad juga yang memanggilnya dengaan nama apa beras (sebab menggunakan tepung beras).

Saya ni suka juga buat kuih muih tradisional macam ni, kalau ada kelapangan sebab buat kuih ni saya boleh buat video secara santai sahaja.Kalau masak lauk pauk tu agak kelam kabut sebab selalunya bila shoot video ni mengambil masa yang lama.Kalau masak biasa tu 20min dah siap, bila shoot mau lajak 1 jam lebih.Itu kalau resepi simple 3-4 bahan.Bayangkan kalau resepi yang kena tumis lama dan kena reneh mesti lamaaaa dan kelaparan jugak la heheheee...Hurmm hari ni bebel benda yang luar tajuk pulak dah..

Okeylah berbalik kepada tajuk kita hari ni, bila ada nasi lebih yang siket jer, nak buat nasi tak cukup, nak buat cucur pun rasa tak ada mood kita buat apam pulak.Bancuh pagi, perap dan petang baru kukus.So, adalah masa santai sambil masak untuk lunch.Begitulah selalunya saya bahagikan masa shoot dan masak2 biasa.

Resepi apam nasi ni saya guna resepi yang sama jer.Cuma kali ini saya blend sekali harung jer semua.Sebelum ni saya blend asing asing dulu, kemudian baru bahan lain.Kalau tak salah resepi kak fiza lgk.

apam nasi, resepi apam nasi sukatan cawan, cara buat apam nasi mudah dan sedap,apam beras, apam nasi malina lina pg,apam beras linapg,kuih tradisional,kuih muih melayu,
Kalau guna warna pink nampak cantik siket la.Tapi warna pink dah habis, guna jer la warna apa yang ada dalam peti ais.Almaklumlah lama tak keluar beli barang-barang baking.


APAM NASI SUKATAN CAWAN 

By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/

Bahan-bahannya (~16 mould kecil)

1 cawan nasi

1 cawan tepung gandum (ayak)

1 cawan tepung beras (ayak)

1 cawan gula pasir

1+ 1/2 cawan air

1 sudu kecil yis (LiNa Pg guna saf instant)

Kelapa parut

sedikit garam

pewarna (jika suka)


Cara membuatnya: 

  1. Satukan nasi,air, gula ke dalam pengisar dan kisar hingga halus.
  2. Dalam mangkuk berasingan, satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.Gaul rata.
  3. Masukkan bahan kisar tadi ke dalam bekas tepung dan gaul sebati (hingga adunan nampak licin/tidak berketul).Tutup bekas dan perap selama 3-4jam
  4. Setelah adunan kembang, bahagikan kepada beberapa baahagian dan letakkan perwarna (jika suka)
  5. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil dan panaskan acuan kosong sekejap.
  6. Tuangkan adunan dan kukus selama 12-15min api sederhana (Pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu sebelum mula mengukus)
  7. Satukan kepala parut dan garam.Gaul rata dan kukus sekejap.
  8. Setelah kuih masak, letakkan kelapa parut.Dan kuih apam sedia dinikmati

Note:Boleh juga balut penutup kukusan untuk mengelakkan air menitik ke atas kuih (tapi LiNa Pg kukus begitu jer..cantik jugak hasilnya..janji api sederhana sahaja)

  • Share:

You Might Also Like

0 comments