Resepi Kek Pisang Klaster Kayangan | kek Pisang Coklat Malina Lina Pg
By LiNa_Pg - Wednesday, June 09, 2021
Assalamualaikum...
Pagi ni ditemani hujan sambil menaip n3 ringkas untuk blog kesayanganku.Kek pisang kayangan ni pernah viral suatu ketika dahulu.Macam biasalah lina pg ni dia selalunya outdated dengan benda-benda macam ni.Dah suam dah hilang viral tu baru nak cuba.Bukan apa tak terkejar dengan benda-benda viral ni.Ada masa ada bahan baru kita buat.
Kat rumah saya ni selalunya kalau beli pisang, tengok2 dah tinggal sikat jer...pisang dah habis kena makan.Semua pun memang peminat pisang.Yang boleh jadi kek ni sebab si abahnya beli pisang 2 hari berturut2.Jadinya sikat yang pertama memang 'clear' la bila ada pisang sesiakt yang baru....tak berapa nak pandang la sebab baruuuuu jer makan.Ok selamatlah untuk mama meng'kek' kan pisang tu hehee
Kek pisang kayangan lepas dibakarhasil post mortem...kek sangat moist dan mewah dengan rasa pisang dan coklat
Resepi Kek Pisang Kayangan
by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan A (Buttermilk)
1/2 cawan susu cair (100g)
1/2 sb cuka
1/2 buku mentega (125g)
2 biji pisang cavendish (240g)
1 1/2 cawan tepung gandum (170g)
1/2 cawan serbuk koko (30g)
1 sk serbuk penaik
1 sk baking soda
35g coklat gelap (cincang kasar)
1/3 cawan walnut (35g)
1 cawan gula perang (120g)
2 biji telur
1 sk esen vanila
Cara
- Mula-mula buat buttermilk.Satukan susu cair dan cuka.Kacau sebati dan biarkan selama 10-15min (hingga nampak pekat dan berketul)
- Cairkan mentega menggunakan api kecil sahaja supaya tidak hangus.Atau boleh cairkan dalam microwave.Biarkan mentega cair sejuk sebelum digunakan.
- Sediakan mangkuk dan lenyek kasar pisang.Ketepikan sebentar.
- Satukan tepung gandum, serbuk koko, serbuk penaik dan baking soda.Ayak dan ketepikan.
- Dalam mangkuk berasingan, masukkan gula perang dan telur,kemudian kacau sebentar hingga gula larut.
- Masukkan buttermilk (campuran susu dan cuka tadi) gaul rata. Kemudian masukkan campuran tepung.Gaul sekejap tak bergaul rata pun tak apa.Masukkan pisang, esen vanila dan akhir sekali butter cair.
- Gaul sekadar sebati sahaja.Jangan over mix nanti kek bantat.
- Tuang ke dalam loyang 8in.Alas dengan baking paper dan sapu sedikit butter.
- Susun walnut atas adunan kek dan taburkan coklat gelap.
- Bakar suhu 170'c selama 20.Turunkan suhu ke 150'c dan bakar selama 30-40min (hingga masak).Jangan terlebih bakar kerana tektur kek akan menjadi kering.
1 comments
wow nampak moist sgttt sedap ni kek kayangan
ReplyDeletemsk list kena try hehee
kena beli pishanggg