kek

Burnt Cheese Cake Paling Mudah Dan Sedap Guna Blender dan Air Fryer Jer

By LiNa_Pg - Tuesday, June 01, 2021

 Assalamualaikum...

Hai semua hari ni kita semua kena menjalani PKP 3.0 semoga semuanya baik baik sahaja.Semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya.Kita sabar dan redha menjalaninya.Kita jaga kita dan stay safe semua ya.

Okey untuk resepi hari ini saya nak kongsikan resepi viral kat tiktok iaitu basque burnt cheese cake.Sebenarnya resepi dah agak lama cuma jadi viral sebab guna air fryer.Mula-mula memang teruja nak mencubanya bila tengok hasil memang sangat menjadi.Tapi bila rata-rata yang mencuba resepi viral ni tunjuk hasilnya di tiktok hurmmmm terus rasa cuak sebab bahagian tengah cair macam valcano cake tu.Burnt cheese cake tekturnya memang sedikit underbake tapi BUKAN CAIR meleleh macam tu.Kalau cair kira tidak menjadi la tu dan ada kesilapan kat mana-mana.Saya pun terus terus roger kanda syaza liza sebab dia dah pernah buat.Katanya memang lembek tapi sedap jer katanya.Saya pun gugel sana sini untuk dapatkan tips, rupanya ada teknik lain kalau bakar guna air fryer.Iaitu 1st bake dan 2nd bake.Alhamdulillah menjadi dengan jayanya.Okey kalau korang nak cuba, boleh guna mana-mana resepi yang ada dalam koleksi korang, cuma ambil teknik kaedah bakar sahaja.

resepi burnt cheese cake, basque burnt cheese cake, cheese cake mudah, kek keju sedap,burnt cheese cake guna air fryer,kek guna blender, burnt cheese cake lina pg,

Kek ni memang sedap, tak terlalu manis dan paling best tak payah kunyah pun..masuk mulut boleh ngaib macam tu

resepi burnt cheese cake, basque burnt cheese cake, cheese cake mudah, kek keju sedap,burnt cheese cake guna air fryer,kek guna blender, burnt cheese cake lina pg,
Ni hasilnya selepas dibakar.Dah siap makan kena sejukkan paling kurang 4 jam

resepi burnt cheese cake, basque burnt cheese cake, cheese cake mudah, kek keju sedap,burnt cheese cake guna air fryer,kek guna blender, burnt cheese cake lina pg,
Sedia untuk potong....kena cuba tau senang sangat ni.

BURNT CHEESE CAKE
by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Rujukan : kombinasi pelbagai sumber (YouTube/TikTok) TQ semua
Bahan-Bahan
250ml whipping cream (dairy)
250g cream cheese
1/2 cawan gula kastor
1 sb lemon
1 sk esen vanila
2 sudu besar tepung berserbuk penaik
2 biji telur

Cara
  1. Satukan whipping cream,gula,telur, tepung,esen vanilla dan jus lemon ke dalam blender.Kisar hingga halus
  2. Sediakan loyang (lina pg guna loyang 6in)alas dengan baking paper.Tuang adunan kek tadi.
  3. Masukkan ke dalam air fryer.
  4. TIPS penting. Bakar suhu 180'c selama 25min.Kemudian turunkan suhu ke 150'c selama dan sambung bakar 10-15min.Lepas 10min dah boleh check kalau masih goyang kuat sambung 5min lagi.Kalau nampak macam dah set (sedikit sahaja yang bergoyang)boleh keluarkan dari air fryer.
  5.  Lepas kek siap dibakar kena sejukkan terlebih dahulu, kemudian simpan dalam peti ais selama lebih kurang 4jam.Barulah potong.Kalau potong masa panas kek belum set mungkin cair di bahagian tengah.

Note:
Dalam video ni whipping cream saya berketul-ketul sebab terrrrrsimpan di bahagian freezer.Almaklumlah selalu guna yang non diary memang simpan kat freezer.Bila beli diary pun (tak baca label)terus masuk freezer.Nasiblah menjadi juga cheese cake ni

  • Share:

You Might Also Like

0 comments