Resepi Udang Telur Masin Simple Mudah Dan Sedap

By LiNa_Pg - Wednesday, June 02, 2021

 Assalamualaikum...

Kembali bersiaran cuba sedaya upaya untuk update blog selagi ada content yang belum habis.Resepi udang telur masin dah banyak kali saya buat sebenarnya.Sejak ada stok serbuk telur masin tu memang sentiasa buat resepi ni.Kalau tak ada udang, ayam pun boleh, cuma lebih sedap kalau potong kecil-kecil macam saiz ayam kunyit atau chicken popcorn tu.Nak guna sotong pun boleh.Kalau ketam tu sangat klise la kan?Itu sememangnya pencetus atau resepi asal telur masin.

Udang telur masin kalau terasa malas nak buat lauk sampingan, cukup sekadar satu lauk ini jer.Kuah dia yang siket2 tu gaul dengaan nasi panas memang sedap.Rasa lemak masin dan sedikit pedas menaikkan selera.Tapi kalau kat rumah saya ni, makanan laut memang tak sudahlah, kena juga buat lauk lain ayam goreng pun ok paling tak pun telur dadar, sebab budak maisarah tu tak makan lauk cenggini haaa...haish kenalah ada lauk back up untuk dia.Selera anak tekak dia memang pelik siket la.

Okeylah jom kita semak resepi udang telur masin, saya ada sediakan video tutorial jugak.Nanti boleh refer ke sana.Hurmmm sekarang view di youtube agak merudum..tapi mujurlah view video ni di tiktok sangat memberangsangkan.Lebih dari 150K tontonan.Begitulah kan...kadang 'laku' di sini tapi sendu di platform yang lain.Jangan putus asa, terus berkarya dan menyumbangkan resepi semoga dapat memberi inspirasi kepada mereka di luar sana mencari idea memasak untuk keluaarga tersayang.

resepi udang telur masin, cara buat udang telur masin, resepi lauk harian, resepi udang mudah dan sedap, udang nak masak apa,malina lina pg,udang telur masin lina pg,

Udang Telur Masin
by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-bahan
500g udang besar (anggaran 8 ekor)
2 sudu besar tepung goreng ayam
2 sudu besar mentega
3 sudu besar serbuk telur masin
1/2 cawan susu sejat
7 ulas bawang putih (cincang/dadu)
7 biji cili padi (terpulang kepedasan masing-masing)
3 tangkai daun kari
Minyak

Cara
  1. Bersihkan udang, salut dengan tepung goreng ayam.
  2. Panaskan minyak, goreng udang hingga masak.Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan lebihan minyak tingga sedikit untuk menumis.
  4. Cairkan mentega, tumis daun kari, bawang putih dan cili padi sehingga garing.
  5. Masukkan serbuk telur masin, kacau hingga berbuih.
  6. Masukkan susu cair/susu sejat dan kacau sekejap hingga bertukat menjadi kuning keemasan.
  7. Masukkan udang yang telah digoreng tadi.Gaul rata, kacau2 siap.

Note: udang telur masin ini tidak menggunakan garam kerana tepung goreng ayam dan serbuk telur masin sudah ada rasa masin yang seimbang.Jika rasa kurang masin, boleh letak sedikit garam atau sedikit kiub ayam.
Jika ingin menggunakan telur masin yang direbus.Guna 3 biji kuning telur dan sebiji putih telur.Lecek kasar sahaja.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments